Followers

Pages

Saturday, January 1, 2011

Butik tudung best kat Seremban!



Assalamualaikum.
Selamat Tahun Baru 2011 buat semua pembaca belog ini. :) Semoga tahun 2011 ni membawa banyak perubahan yang lebih baik dalam hidup kita semua. Bagi aku pulak, tahun 2011 ni ialah tahun permulaan kerjaya yang aku impikan selama ini. Alhamdulillah..macam mimpi pun ada bila cita-cita telah tercapai. Dah masuk tahun baru ni, aku macam biase lah..tak reti nak ada azam-azam semua tu cuma harapan aku semuanya yang terbaik.

Aku kat Seremban sekarang ni. :) Saje, berhujung minggu dengan keluarga. Semalam dengan jayanya aku telah menaiki kereta api dari Gemas ke Seremban. Aku ingatkan aku dah tak akan naik kereta api lagi dah, rupanya kena hadap jugak. hee




Ingat lagi tak aku ada join Contest Manisnya Senyuman haritu? Ohh semalam ialah hari keputusan pemenang diumumkan. Maka, aku ialah tewas di situ. Tapi bila aku usha entri pasal contest ni kat belog penganjur, aku antara peserta yang masuk final list! Alahai cuma nasib tak menyebelahi untuk menang. Tiada mengapalah..huhu




Warga Seremban semua mesti kenal dengan tempat ni kan? Kalau sebut Seremban Plaza mesti ada yang tak tahu, tapi kalau sebut bangunan Mara mungkin harapan sedikit cerah untuk kau lebih mengenali tempat ini. hee
Apa yang best kat sini?

Haa meh aku nak cerita. Untuk wanita-wanita yang suka membeli tudung-tudung, shawl-shawl yang sekarang dah macam-macam fesyen tu, uols beli kat mana untuk mendapatkan harga tudung yang murah? Jangan kata kat Jalan TAR kat kl tu ok. Tu memang lah murah kan tapi kau nak pergi sana dah satu hal. So, di sini aku telah menjumpai kedai yang marvelous! cewah..haha




Ni masa first time aku pergi. Rasa macam nak gila shopping inner dengan selendang kat sini. Murah! Masa tu gaji takde lagi, maka shopping pun macam segan-segan je kan. :p




Alhamdulillah, rezeki aku apabila dapat elaun akhir tahun! :) Bila check je akaun bank dan nampak duit tiba-tiba menjadi banyak, maka minda aku terus melayang ke Butik D Haja ni. hahaha
Kebetulan pulak masa aku pegi siang tadi, promosi akhir tahun masih berjalan walaupun telah masuk tahun baru. Lagi lah hilang kawalan aku pilih tudung. hehehe
Serius ohh memang murah gila. Kalau pergi carik tudung kat KM Plaza sana memang tak dapat punya harga macam ni. So, sekarang Seremban Plaza ni aku dah cop dah sebagai kedai jual tudung favourite aku. :)
Dan kalau balik Seremban, haruslah pergi ke butik ini untuk membeli tudung baru..boleh? hehe :p




Lepastu, kita sambar kasut Vincci satu sebagai hadiah tahun baru buat diri sendiri.
hikhik :)
Bye.



6 butterflies concerned.:

Alynn Notnot said...

thanks!

nak pegi la next time :)

Jemput datang jenguk blog yee ; "This is my story".

farah shamira said...

wei. meenachi. kan dah kata, first pay belanja aku makan. uish.

HEROICzero said...

amboi shopping! =)

Selamat tahun baru~

butterflyana said...

alynn notnot ;

welcome...silalah datang :)

butterflyana said...

mira ;

aippp! :p

butterflyana said...

heroiczero ;

hehe..selamat tahun baru juge..:)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com