Followers

Pages

Monday, January 31, 2011

geng enam jahanam



Assalamualaikum.
Kehidupan aku di Gemas ialah hanya untuk bekerja. Seluruh hati nurani aku bukan di sana. Serius.
Tapi, alhamdulillah aku ada kawan yang membahagiakan hari-hari aku. Cewahh. :p Kat sana, aku terputus hubungan dengan internet sebab aku takde broadband. Memang niat aku dan housemate nak pasang streamyx tapi ialah apabila dah pindah nanti. Dan sekarang kami telah pun berpindah. Belum daftar untuk pasang streamyx pun lagi sebab tak sempat. Banyak sangat urusan yang kene settle haritu.




Ini broadband kawan lelaki. Bukan housemate punya tau. Kat Gemas, aku ada dua orang housemate dan tiga kawan lelaki yang sama-sama posting bulan november haritu. So, kitorang selalu keluar makan sama-sama secara berjemaah. Meluahkan perasaan pasal kerja, pasal anak murid dan pasal semua. :)





Ni lah kami. :)
Oh housemate aku lagi sorang takde mase ni sebab dia ada hal. So tinggallah kami berlima menghadirkan diri ke kenduri di rumah seorang Cikgu India ni. Cikgu India ni dulu SMK Gemas pastu dah bertukar ke SMK Jelai. Sebab tu dia kenal aku dan yang lain-lain tu. Dua orang lelaki dari kiri tu sewa rumah kat Gemas tapi diorang cikgu kat SMK Jelai. Terpaksa duduk kat Gemas sebab kat Jelai takde rumah sewa. Hanya ada Ladang getah je kot. :p

Kau tengok perempuan paling kanan tu. Tak boleh selekeh lagi ke makcik? hehehe...Dah kata jiwa raga aku bukan di situ kann..ggrrrrr




27 dan 28 Januari lepas ialah birthday Kay dan Zaki. So, aku dan yang lain-lain nak celebrate lah konon-konon untuk menghiburkan hati. hee
Dah kat Gemas tu fast food nya ialah semata-mata hanyalah KFC, maka kita terjah KFC je lahh.
Boring. boringg.




Ok jom aku kenalkan kawan-kawan aku kat sini. :)
Ini Rosmi. Satu sekolah dengan aku. Dia sebaya dengan abang aku kot tapi takde maknanya aku nak panggil dia Abang Rosmi ok. Kirim salam banyak-banyak. hehehe :p




Ini Fizi. Dia cikgu kat SMK Jelai. Mula-mula kenal macam malu-malu kambing sikit. Dah lama kenal ok je. Bab bahan membahan ialah lumrah perbualan. hahaha :p
Oh ya dia juga tua setahun dari aku tapi still aku  tidak memanggil dia Abang Fizi ! hee




Ini Zaki. Birthday boy kita merangkap pemilik broadband yang aku curik pakai. hehehe..
Dia sebaya dengan aku.




Dua jejaka macho ( KE? ) ini ialah sama sekolah.




Ini Kay a.k.a birthday girl kitaa.
Kay tua setahun dari aku tapi betapa magicnya sebab aku tak panggil dia Kak Kay pun sebab macam geli je nak panggil dia kakak. hehehe.. Bukan apa, Kay ni sekepala la jugak dengan aku so bila panggil dia kakak, nanti macam ada jurang perpisahan dan tak berapa mesra gituu. hehehe...




Berkat keikhlasan kitorang membeli kek ini, rasa dia sebijik macam kek chocolate indulgence kat secret recipe tu tau. Serius weh aku tak tipu. huhu..




Yang tengah berdiri ambik gambar tu ialah Una. Takde gambar dia sensorang pulak sebab dia willing to be a photographer pada malam itu. hehehe..
Alamak yang tudung pink tu. Sebok macam lah tu cake birthday dia. :p




Gambar diambil oleh pekerja kfc yang asik jeling-jeling kek weols. kekeke..
Inilah enam jahanam. Aku main reka je nama ni sebab ahli jawatankuasa ada enam orang kan. Tapi semua baik-baik belaka. Tak jahanam pun. heee
So, susah senang gembira duka aku kat Gemas ialah bersama mereka.
:)



lastly.......






HAPPY BELATED BIRTHDAY CIKGU KAMARIAH & CIKGU ZAKI !
:)



2 butterflies concerned.:

mie said...

wwowwoo!!
kek dijeling pekerja kfc..
ehehehe

NaniE said...

tajuk tak boleh blah..hehe
bosannya ada kfc je..hehe..sabar2..semoga lepas kawin ngan kss, lyana dapat posting dekat2 kss..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com