Assalamualaikum...
Hari ni aku nak bercerita pasal rumah sewa. Ya rumah sewa. Siapa tak pernah ada pengalaman duduk di rumah sewa? Ohh perasaan duduk di rumah sewa bagi aku tak la best dan tak la tak best. Bergantung pada sejauhmana kau pandai handle semua hal berkaitan rumah sewa yang disewa itu.
Setelah berjaya dipostingkan ke Gemas, aku dan rakan-rakan dah dapat sebuah rumah sewa atas bantuan pengetua sekolah kitorang. Memang tak banyak dolak-dalih pasal rumah tu, terus je kitorang bersetuju nak sewa sebab tiada pilihan lain. Keadaan sangat mendesak. huhuhu
Rumah tu ialah rumah dua tingkat, ada 4 buah bilik. Memang dah ada 3 orang yang sewa kat rumah tu. Bila aku dan kawan-kawan nak masuk, kitorang diberikan dua buah bilik untuk dikongsi dengan bayaan RM400 dibahagi kepada 6 orang. Disebabkan kitorang dapat dua bilik je, maka haruslah hidup berkongsi-kongsi sebab kitorang bertiga. Bilik yang sedikit besar dikongsi dua orang dan bilik yang kecil duduk lah yang seorang lagi. Terpaksa.
Untuk seminggu dua kitorang rasa ok lagi. Tapi bila difikirkan untuk jangka masa yang panjang, memang tak boleh blah share-share bilik macam tu. Sempit. Dah la nak hidup lama kat Gemas tu, paling busuk pun 5 tahun berkhidmat baru boleh mintak tukar kalau tiada kabel yang betul-betul kuat. :(
So, sejak sesi persekolahan bermula awal bulan haritu, kitorang pun berusaha mencari rumah sewa 3 bilik di sekitar Gemas. Kat Gemas ni memang banyak taman perumahan. Tapi yang menjadi masalahnya, si encik-encik askar berebut-rebut nak menyewa juga. Diorang taknak duduk dalam kem tah pesal tah. Geram je. Setiap kali jumpa rumah sewa, owner rumah tu mesti cakap....
ooo tu askar dah booking...
Rumah tu askar baru je pindah...
Ehh baru seminggu askar tu masuk...
Askar. Askar. Askar.
Semua pun askar. Gggrrrrrrr! Diorang nak kuasai semua tempat agaknya. Menyampah tau. Tak nak sangat duduk kem, meh bagi kitorang duduk sana boleh?? :p
Tapi kitorang still cari juga macam lah Gemas tu besar sangat. Padahal semua taman dah habes ronda dah. huuu
Housemate kitorang yang lagi 3 orang tu terdiri daripada cikgu juga tapi sekolah lain, ada yang kerja kat bank dan lagi sorang tu nurse. Yang nurse tu berasal dari Seremban dan aku namakan sebagai Kak Avril ok. hehe
Kak Avril ni la yang aku selalu tumpang kereta dia bila nak balik Seremban. Dia memang baik.
Tapi bermula tahun ni, dia bawak pulak anak-anak dia seramai 2 orang untuk bersekolah kat Gemas ni ha. Maka penghuni rumah sewa kami sekarang ialah seramai 8 orang. Tapi Kak Avril ni bayar sama harga dengan semua orang dah la bilik dia palinggg besar sekali. Oh itu tak mengapa sebenarnya. Anak-anak Kak Avril dah la kemain lasak tak hengat. Pastu jerit-jerit sampai bergema rumah kami yang tak berapa nak ada harta ni. Maklumlah rumah orang bujang. huhu..Kitorang terpaksa menerima dengan hati separa terbuka. Siapa lah kitorang nak halang-halang kan. Rasa macam menumpang pun ada. *___*
Lama-kelamaan, nafsu kitorang untuk berpindah dari rumah itu semakin membuak. Cewahh..macam bagus je kann.. hahaha :p
Alhamdulillah, pencarian rumah sewa kami berakhir sudah apabila berjaya menemui sebuah rumah 3 bilik yang berada begitu dekat dengan sekolah. Boleh jalan kaki je pergi sekolah untuk pergi latihan sukan ke petang-petang tu kan. Selain itu, boleh menjimatkan minyak kereta sebab rumah dan sekolah terletak tak berapa jauh pun. Haihh twin caldina i ni bila lah nak keluar nii. oppps iklan. :p
Setelah berbincang dengan kawan-kawan yang lagi dua orang tu, kitorang pun bersetuju untuk berpindah bulan Februari ini. So, sekarang dah boleh basuh-basuh rumah baru, nak letak tikar pasang langsir semua tu. TAPI, kitorang tak sampai hati nak bagitau Kak Avril yang kitorang nak berpindah. :(
Perasaan tak sampai hati tu wujud sebab Kak avril ni sangat baik orangnya. Sampai sekarang kitorang tak pernah bayar satu sen pun kat dia. Kak Avril cakap bayar hujung bulan Januari ni nanti. Dah la masa minggu orientasi yang seminggu kitorang duduk haritu dia kata tak payah bayar. Memang sangat baik ok. Kitorang jadi serba salah. Kalau di siang hari masing-masing dah bertekad bersatu hati OK MALAM NI KITA MAKE SURE KITA BAGITAU KAK AVRIL YANG KITA NAK PINDAH OK!
Tapi bila malam menjelma, bila Kak Avril dah berada depan mata, masing-masing menjadi layu di tasik madu. Lidah jadi kelu nak bercakap. Hadoiiii...
Dan Khamis haritu, aku dan sorang lagi kawan menumpang lagi Kak Avril untuk balik ke Seremban. Maka sampai sekarang still tak bagitau dia lagi..hehehe..
Cuak la nak bagitau....
Macam mana ni..huhuhu...
11 butterflies concerned.:
katakan benar walaupun pahit.
:) :) :)
just bagitau.. dengar dari mulut orang lain lagi menimbulkan kesan yang buruk
terbaeekkk!!!!
singgah pagi dari mknace unlimited">mknace unlimites
ko bagi je kak avril baca entri ni. hehe.
sabar,,kumpul duit banyak2..then beli la rumah besar2..hehe..btw ni cikgu ye
benrauf ;
yes betul tu. saya akan cuba :)
mknace ;
betul jugak cakap encik tu..thanks ye..
akan ku berusaha! hehehe
mira ;
hahahaha...bagus jugak idea ko mira..
cuak la wehh..hee
al-hakim ;
taknak beli rumah kat gemas tu..huu
ye sy cikgu..takde gaya cikgu ke?hehe
susah juga camnih..hehe..misti cakap jugak..carilah alasan yang paling munasabah supaya dia tak terasa hati..
belanja dia makan lah, bila dah nak abes makan, tengah tengah sedut air, baru bagitau.
Bkn en askar xnk duk kt kuarters, tp dilarang duk dlm kuarters dgn alasan isteri x duk sama... mcm situasi sy, suami kena kuar sbb sy dipostingkn ke srwk.. x duduk dgn dy.. just duk waktu cuti skola jek.. dan kami pn mcr rumah sewa di gemas jgk skang nie..
Post a Comment