Followers

Pages

Friday, January 28, 2011

kenderaan, cepatlah sampai !




Assalamualaikum.

Dua tiga empat hari ni, hujan je manjang. Dari pagi sampai lah petang dan terbawa juga ke malam. Sekolah aku ada buat merentas desa semalam. Nak buat petang dalam pukul 3.30 macam tu. Segala persiapan dah buat, siap balik awal lagi dari hari biasa. Last-last hujan turun dengan maha lebatnya, maka aktiviti merentas desa tersebut terpaksa ditunda ke esok hari.

So, pagi tadi seperti biasa..hari ialah hujan juga. Maka semua pun bajet ohh merentas desa bakal ditunda lagi. Tetapi encik yang menguruskan hal merentas desa tu cakap biar hujan mahupun panas, aktiviti akan dijalankan juga ! Omg..diorang kena lari dalam hujan-hujan nampaknya. Pelajar perempuan habes seksi lah nanti kan. dush!

Aku kena jaga check point 11. Tapi pagi tadi, ketika Cikgu Liyana ni tengah mengajar Kemahiran Hidup Form 1, pihak pejabat call. Hoii kau marah bila menggunakan handphone ketika mengajar tapi kau telefon boleh pulak kan?? *marah


Cikgu Liyana...saya baru dapat fax surat panggilan mesyuarat untuk cikgu...

Meeting ape tu kak?

Meeting Pandu Puteri kat Sekolah Kasih Sayangmu (nama terpaksa ditukar) pukul 3 petang ni...


Aku mula resah. Aku takde transport nak pergi meeting kat Sekolah Kasih Sayangmu tu. Lagipun kena meeting Pandu Puteri..daerah pulak tu. Aku tak tahu apa-apa langsung pasal Pandu Puteri. *sigh
Tapi aku tak tahu nak mengadu kat siapa. Nak ngadu kat pengetua takut kena lempang, nak ngadu kat guru penolong kanan koko takut dia kata aku tak pandai berdikari, nak mintak tolong cikgu pandu puteri lain yang lebih berpengalaman takut diorang cakap aku saje nak skip tugas tu.

Terpaksa aku tanda tangan juga untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Nak naik teksi ke? Nak naik bas ke? Atau jalan kaki? Saat-saat genting macam tu aku terus call orang yang uruskan hal pembelian kereta aku. Aku tanya kenapa lambat sangat kereta aku sampai. Lalu dia pun menggelabah eh belum lagi, eh tak sampai lagi, saya akan usahakan untuk awak...bla..bla..blaa...(ayat memujuk tapi tak terpujuk!) Benci tau dulu cakap kejap je dah boleh dapat. Biasalah ayat orang penjual semuanya manis.

Ni bukan kali pertama aku ada masalah kenderaan ni. Dah banyak kali. Aku kena turun training volleyball setiap petang. Setiap petang tu lah aku rasa tak tenteram...eh petang ni nak pergi macam mana. Aku pergi sekolah dengan housemate aku. Tapi yelah, setiap aktiviti kita kat sekolah kan lain-lain. Tak sama duaratusperatus. Lalu, bila aku perlu ke sekolah, dia dah pulang awal. Bila aku perlu pulang awal, dia ada meeting..ha begitu. Kan susah tu.


Oleh itu, tolonglah wahai akak penjual kereta. Saya harapkan kepantasan awak bekerja! (cewahh..macamlah dia tu baca belog ni kan..hehehe..) Muka dah hampir tua berkedut ni sebab hari-hari masalah datang.




Ohh. Ini muka ketika takde masalah. Esok i balik Seremban sebab cuti Chinese New Year. Yeay yeay! hee :)


Bye.



8 butterflies concerned.:

HEROICzero said...

heheh dah nak dpt dah kereta nye.

e m a r o z a i n i said...

abes tu kmu? gi mesyuarat cmne?hehe.

Unknown said...

sebulan jugak eh?
takpe lambat, asalkan dapat nanti puas hati..
jangan lupe mintak free gift banyak2x..

(~~")

Anonymous said...

nnt bawak aku jalan naik kete baru ko, heh,

yana lyana said...

heroiczero ;

belommm lagi.

yana lyana said...

kemba ;

gi meeting housemate sy hantakan..sedih betol..huu

yana lyana said...

yunie ;

yeahhh..free gift itu penting..
benda free kan?? :p

yana lyana said...

mira ;

of course sayang! :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com