Followers

Pages

Saturday, January 22, 2011

alamak..takut lah!





Assalamualaikum.



Harini nak cerita pasal rumah sewa lagi boleh tak?



Boleh kan?



Tak boleh ke?



Ala boleh la....



Boleh laa....



Pleaseee...



kekekeke....:p





Sejak bila kau jadi gedik macam ni yana? hehehe...

Petang semalam aku dan housemate dah pergi membasuh rumah. Penat gila weh membasuh rumah tu. Rasa macam nak tertanggal segala sendi-sendi yang ada. Rumah tu ada tiga bilik dan of course bilik tak sama besar. Kalau sebelum ni aku duduk rumah sewa, sewa semua untuk setiap orang sama rata je even kau dapat master bedroom sekalipun. Sekarang ni, diorang nak kira ikut kebesaran bilik pulak. Maknanya, bilik yang besar haruslah membayar lebih sedikit daripada yang dapat bilik yang kecil. 

Tapi tak lah jauh mana pun beza harga. Beza dalam rm10 ke rm20 macam tu la. Bila undi dibuat, aku mendapat bilik ketiga iaitu bilik paling kecil dan paling murah. hahaha..Bagus juga sebab pasni komitmen makin banyak. Nak bayar twin caldina lagi. heeee. :p

Oh ya pasal Kak Avril. Kan aku dan kawan-kawan beria cuak nak bagitau dia yang kitorang nak pindah rumah kan. Padahal dia sebenarnya pun ada plan nak pindah. Hampeh betol. hahaha..Lalu, settle sudah kekusutan itu. :)

Beberapa minggu lepas kan, satu kemusykilan telah terjadi tau.
Suatu petang, aku dan kawan-kawan tengah lepak-lepak kat depan tv di tingkat bawah. Bilik kitorang kat tingkat atas. 
So, bila dah habes tengok tv, kitorang pun naik lah ke bilik masing-masing. Tiba-tiba kat atas tilam aku ada kesan basah. Agak banyak juga. Bila aku hidu, bau air kencing. Aku ngan kawan-kawan mula lah rasa pelik sebab mana datang air kencing tu. Siapa yang kencing? Kalau kucing, memang tak logik tau sebab kesan basah tu setompok je pastu banyak pulak tu. Siap boleh tembus dari comforter aku sampai ke tilam. Ha bayangkan lah betapa banyaknya air kencing tu.

Masa tu maghrib tau. Fikiran aku mula lah fikir yang bukan-bukan. Takut. 
Sampai sekarang persoalan tu still takde jawapan lagi. Siapa yang kencing tu weh? Hantu boleh kencing ke???  Hadoyai...



8 butterflies concerned.:

Anonymous said...

alamak. takotnya.

Hizami Li said...

air tertumpah kot?
ke siling bocor?
XD

HEROICzero said...

HAHA! hantu terkencing eh? maybe jugak mcm orang atas ckp, siling bocor. bau nye kurang lebih, mungkin. =)

Anonymous said...

bikin aku takut je weh.. ko biar betol?

sekali skale jadi anonymous pon oke jugak kan???

M.U.H~

yana lyana said...

mira ;

huhuhu kan?
serius cuak weh.

yana lyana said...

hizamirahim ;

air tak tumpah juga siling tak bocor.

ianya MISTERI!

ha seram tak seram takk.

hee

yana lyana said...

heroiczero ;

tu lah..mcm tak logik je hantu boleh kencing kan?
hehe

yana lyana said...

yunie ;

amboi ape mimpi jadi cik anon ni?hehe

tu lah tu..takott

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com