Followers

Pages

Sunday, January 16, 2011

oh landskap !


Assalamualaikum.
Masa mula-mula jejakkan kaki ke bilik pengetua untuk membincangkan subjek apa yang akan aku ajar, dalam fikiran aku memang dah set subjek kemahiran hidup je. Sebab tu je subjek yang tak lari banyak dengan pendidikan teknik dan vokasional.

Tidak lah pula aku tahu yang sekolah aku tu ada menawarkan mata pelajaran vokasional yang terdiri daripada Landskap dan MPED (Elektrik). Kebetulan, memang ada kekurangan guru untuk mengajar landskap. Lalu, aku ditawarkan untuk ajar subjek tu. Aku terima je.
SAYA YANG MENURUT PERINTAH. katanyaaaaa.




Subjek tu macam sangat subjektif tau. Murid-murid tak dibekalkan buku teks untuk subjek Landskap tu. So, untuk nota-nota, memang diorang harus salin di dalam buku nota masing-masing. Caranya? Sudah tentu cikgu yang tulis kat papan hitam lalu murid menyalin. Kenapa? Sebab..kelas tu ialah kelas last, di mana ada antara mereka yang tak tahu membaca.
*___*




Ni kolam kat Bengkel MPV : Landskap. Masa mula-mula masuk kelas untuk subjek ni aku ajar teori dulu. Teori ok je sebab takde aktiviti sangat pun. Guna teknik chalk and talk je pun diorang dah faham. Bila hari esoknya ada landskap lagi, aku mula gundah gulana. Apa nak ajar ni...hahaha..




Masa mula-mula aku dapat tahu aku kena ajar subjek ni, aku dah berjumpa dengan cikgu yang lebih berpengalaman dah. Dia kata subjek ni memang banyak amali. Sehari, untuk subjek landskap sahaja dah makan 3 waktu. Setiap hari ada subjek ni kecuali hari jumaat. Lagi satu, mengikut perancangan, bab-bab yang ada dalam buku panduan tu kita tak ikut seratus peratus pun. Kiranya ada bab yang dalam tingkatan lima akan diajar ketika tingkatan empat.
*Aku semakin blur*




Serius ohh. Pada pendapat aku, untuk subjek yang macam ni...kalau cikgu baru macam aku ni diberi tanggungjawab mengajar subjek ni, memang boleh. Tapi bukan terus masuk kelas dan ajar. Sebabnya, aku takde basic pun pasal landskap ni. At least, dalam masa sebulan ke..biar aku diberikan seorang mentor. So, bila mentor ni masuk kelas dan start mengajar, aku boleh tengok macam mana, apa benda semua tu pasal subjek ni. Tak la aku terpinga-pinga nak mengajar. Kalau suruh bancuh konkrit yelah aku boleh sebab kita dah pernah buat...ni landskap? celah mana pulak aku pernah belajar kan. :(




Tapi cabaran ni aku hadapi juga. Muka habes kawal dah untuk membentuk keyakinan diri di hadapan murid-murid. First amali, aku ajar diorang medium semaian. Tiba-tiba aku macam dah expert pulak benda tu sebab dia main dengan nisbah jugak. Macam bancuhan konkrit jugak lah kan ada nisbah bancuhan tertentu kan. heee




Alhamdulillah diorang buat jugak kerja dengan baik walaupun mulut asik pok pek pok pek tak berhenti bercakap. :)


durantal gold

Inilah kerja pertama yang diorang buat. yeayyyy! :)
Seronok pulak bila nampak kerja diorang siap. Ni kerja paling mudah, masing-masing rajin lah kan...cuba bila tiba masa projek besar macam simen fero nantiiii...haa siapa yang selalu bermalas-malasan tu memang mendapat lah dia. Cewahh..hahaha :p




Ajar landskap pakai crocs sudah.


UOLS DOAKAN AKU BERJAYA HADAPI SEMUA NI K.


7 butterflies concerned.:

Anonymous said...

oh semoga berjaya nana!

rockinsudu said...

selamat mengajar cikgu :D

s.h.i.d.a said...

all the best yana..!!!!!!

Desk Of Carlo Santeekee said...

Salam..

Seronok tgk kawan2 wat projek semaian.. kalo jd cikgu tgk ank murid wat projek sukses mesti lagi syok.. Gud Lak!!

HEROICzero said...

haha selamat berkebun!

ameen ameen~!!! =)

iNtAn sUfiNaz said...

sentiasa doakan yg terbaik nana!
gudluck teacher!

yana lyana said...

mira, rockinsudu, shida, desk of carlo santeekee, heroiczero, intan ;

thanks semua!
huhuhu..terharu i tau..:')

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com