Assalamualaikum.
Kita capslock kan huruf s tu sebab tu word english bergabung dengan bahasa ibunda. *tiba-tiba
KesayanganS itu ialah yang tergolong dalam orang-orang yang aku sayang. Mereka ialah Wan, Mak Long dan Pak Long. Pada malam hari jumaat, mereka dijangka sampai ke KLIA. Maka, aku sekeluarga juga turut serta untuk menyambut ketibaan mereka di bumi bertuah MALAYSIA ini cewah. Diorang sampai tengah malam. Tengah malam itu bermaksud pukul 12 lah kan? Jadi, kami bertolak dari Senawang pada pukul 11 malam. Family aku, family Pak Teh dan Pak Ndak. Anak-anak Pak Long tunggu terus kat sana tak konvoi sekali sebab bukan dari arah yang sama.
Oh ya, Naim tak ikut serta sebab nak settlekan assignments dia dulu baru balik Seremban, maka kita tiada fotografer! Lalu tugas fotografer jatuh kepada adik dan aku sikit-sikit. hee..Gambar pun banyak tak jadi sebab tiba-tiba penyakit parkinson adik datang di kala tiba masa untuk snap gambar. Serius ohh. Kita tau posing je, ambik gambar tak reti. :p
Adik yang berada di ambang kemerdekaan. Esok dia ada last paper nak kena hadap. Tapi tidaklah begitu poyo untuk membawa buku dan membacanya di KLIA itu kan. hee. Bajet ilmu penuh di dada tak payah nak baca sangat walau pergi bersuka ria ke mana jua pun. Tapi kat rumah mesti kena pulun sampai nak makan semua buku yang berkaitan.
Good luck, adik! :)
Aku dan kupu-kupu bernama Anis.
Kupu-kupu ini sebaya dengan Naim juga super duper junior aku di Kolej Matrikulasi Melaka dulu. :)
Ini juga ialah kupu-kupu aku bersama husbands masing-masing. Tak nampak muka pulak kan. hee
Konon-konon kembar adik.
Muka macam muka fotostat je dua-dua ni tau cuma berbeza jantina. haha. :p Kau tengok tang hidung diorang tu, sama kan? hee
Budak kecik ni diajar oleh bapanya untuk memanggil aku Makcik Nana. What? Makcik?
Ahh tidak akan ku biarkan. Kau mesti panggil auntie k..auntie! hahaha
Ni pun sama tau. Panggil auntie tau. :p
Suasana mereka-mereka yang menunggu ketibaan orang tersayang. Diorang dijangka sampai tengah malam pastu dah bertukar pukul 1 pagi pulak. Meriah gila suasana dengan diorang-diorang yang menunggu tu.
Jeng jeng jeng...
Kalau dah family sayangkan kucing, inilah jadinya. Ini bukan cage baby ok. Ni cage kucing Pak Teh bernama boboy. hehehe..
Tu dia boboy. Sangat comel dan gebu!
Sangat geram ok melihatkan boboy ni. Dah la besar pastu bulu macam karpet pulak tu. Rasa nak genggam-genggam badan dia yang kecik tu. Badan kecik tapi bulu kembang tu yang buat di nampak besar. ggrrrrr
Kupus-kupus yang tak semua dapat datang. Ha yang lelaki seorang itu pelik tapi benar orangnya. Dia dari kecik tak pernah makan nasik! Tah hape jenis orang aku pun tak tahu..hehe. Dia hanya akan makan nugget sahaja. Dulu masa dia kecik, Mak Teh pernah nak cuba bagi dia makan nasi dengan cara masukkan nasi dalam nugget tapi kesudahannya dia muntah. Memang tak boleh terima nasi langsung.
Ni kalau bagitau harian metro ni boleh jadi topik kat front page ni. hahahha
Sepupu aku dan keluarga. Diorang kahwin dulu i yang jadi pengapit tauu. hikhik
:p
Ibunda. :)
Tiba-tiba flight delay sampai pukul 2 pagi. Mata dah ngantuk-ngantuk dah tapi still excited nak menyambut diorang. Semangat gila bila nampak diorang sorongkan troley bag tu. Pastu melambai-lambai. Sebak pulak tiba-tiba tau haha gedik. :p
Ini Mak Long.
Muka ceria je. Sampai-sampai terus cium-cium cucu-cucu dia. Rindu sangat agaknya. Pastu cakap yang cucu-cucu dia dah nampak tembam. :)
Ha dari sini gambar dah banyak yang gegar. Haha tukang ambik gambarnya sebak sama mana lah gamba nak menjadi. hehehe..
Ini Pak Long. Part ni sangat touching ok. Nampak sangat kerinduannya pada cucu-cucu siap peluk dan cium dengan sangat lama sampai menangis-nangis. Kitorang yang lain ni pun sebak sampai tak tahan-tahan menahan air mata dari jatuh. Punyalah drama sebabak kat situ.
Sob..sob..sob...
Tengok tu. Masing-masing dukung cucu. :)
Dan inilah Wan yang tersayang. :)
Wan nampak pucat sangat. Penat agaknya dengan kesihatan Wan yang kurang baik apabila terpaksa dimasukkan 3 botol air semasa di tanah suci. Maklumlah cuaca sana kan panas dan kering maka badan juga mudah kehilangan air. Kesian Wan tapi alhamdulillah Wan nampak ok je. :)
Suasana indah itu.
:)
Hambik. Gambar gegar macam tengah gempa bumi. hehehe
Ni antara beg-beg mereka.
Dan last sekali gambar fotografer kita ni.
Reunion family macam ni best juga!
Alhamdulillah semuanya selamat. Mudah-mudahan di hari mendatang suasana ini akan berulang kembali. Dan ketika itu, turn mak dan abah pula ke tanah suci. Dan mungkin ketika itu aku menunggu bersama suami dan cahaya mataku. :)
InsyaAllah.
16 butterflies concerned.:
Amin...semoga impian nya untuk menghantar org tuanya ke tanah suci termakbul...^_^
jom join GA ni..
http://mangges.blogspot.com/2010/12/hijaucantik-giveaway.html
alhamdulillah semuanya selamat sampai
konpem best kan berkumpul kat airport rmai2 anak branak,haha
lama dh xrasa macam tu, kecik2 dulu pernah la gak
ada gak ye org takleh makan nasi?
pelik tapi benar, patut pun kurus semacam je tengok
btw, thanks sudi singgah komen at my blog
salam kenal
alhamdulilah..dah selamat pulang...
geram tgk kucing tu..ada anak dia tak?hahaha
seseksli kumpul ramai2 cmtu mmg best..
tu baru kt airport..
cube pg holiday ngn sume2..
mst lg meriah..
kucing tu mmg buat i GERAMMMMMMM~
yang last part tu aku suka. hehe. tp nnt jgn ajar cahayamata ko panggil aku makcik plak. auntie okeh? :p
comel mke u cm mbr lme i.huu
dinaz ;
aminn juga. terima kasih ye..doakan sekali tau..hehe :)
manggosteen ;
GA lagi? hehehe
thanks sudi tag saya. :)
penaberkala ;
memang best rasa meriah je sambil boleh bergosip-gosip..hehe
aah memang kurus sebab tak makan nasik!hee
welcome..thanks juga sudi singgah sini. :)
edy ;
eh ehh kalau ada anak dia nanti kita buat giveaway k..haha.. :p
adihays ;
betol sangat! nanti la buat gathering family sambil pergi holiday. :)
shida ;
kann?? gggrrrrrr
mira ;
hahaha bereh auntie mira! hikhik :p
atiqa aris ;
hehehe thank you.kot-kot memang i kawan lama u kot?haaa..:p
Post a Comment