Followers

Pages

Monday, December 6, 2010

makan banyak jadi gebuu



Assalamualaikum.
Siapa tak suka makan? Tipu. tipu. tipuuu tauu. Kemana juga kita pergi mesti makan ialah agenda yang penting. Tak kiralah breakfast ke, lunch ke, dinner ke, dan semua kategori makan. Sebab itu macam-macam makanan yang tercipta untuk memenuhi selera kita terutama yang suka makan di luar. Aku tak terkecuali lah kan. hee

Aku suka makan chinese food. Eh yeke? Kalau aku cakap aku suka makan makanan yang dimasak oleh seorang chinese boleh? Ada ke yang geli eh yana makan makanan yang orang cina masak la. Geli siot. Ha macam tu. Selera masing-masing kan. Aku ok je makan chinese food ke mamak food ke asalkan halal sudah. Ada kawan aku yang geli sangat nak makan kat kedai mamak. Alasan dia geli sebab kotor la apa la padahal dia tu aku tengok tak la pembersih mana pun sama je pengotor tapi nak geli-geli konon. Macam tak standard la makan kat warung dan kedai yang konon kotor tu. Ewahh tak kuasa mak nak layan tau. :p




Tapi di sini aku bukanlah nak bercerita pasal aku makan kat kedai mamak atau kedai cina. Aku nak bagitau pasal satu kedai best kat Seremban. Bagi aku dan keluarga lah, bagi uols i tak tahu lah selera macam mana kan. huhu




Ewah. Dah makin kerap nampaknya pakai tudung tu. hehe. Bukan apa uols, tudung ni aku main capai je masa nak keluar makan malam tu sebab takde tudung yang siap gosok. Shawl kedut-kedut ni tak payah gosok hadoyai bahagianya rasa kalau nak cepat pastu rasa tak sempat nak gosok-gosok tudung, terus capai tudung ini. Biarlah kepala nampak macam bola punnn. *__*




Si penyokong setia tudung bawal.




Taraaaa!
Inilah kedainya. Rasanya ramai yang tahu kedai ni. Terletak di Pekan Rabu, Seremban. Kedai ni dah jadi kedai favourite keluarga aku dari aku kecik lagi. Dulu kedai ni ada kat area belakang The Store Baru, Seremban. Dekat dengan bukit yang ada kubur tu. Sekarang kawasan tu dah takde kedai makan dah, semua dah bertukar jadi parking lot rasanya. Maka, kedai ini berpindah ke Pekan Rabu.

Kedai ni popular dengan yong tau fu. Sedap! dan memang sedap!

Haritu masa buat majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan sekolah rendah, makan kat kedai ni la tapi aku tak berapa nak feel la. Siap tak habes lagi. magic betul. Kena makan dengan family baru rasa nikmat. hehehe




Muka kenyang. hee :)
Psssst! tengok bola mata i tuu......




Nah kite kasi jelas lagi. Sekarang kite pakai mata butterscotch ala ala vampire dalam cerita twilight gituu tau.
Hahaha memang bajet mat salleh tak sedar diri kann. :p
Okay. Habes dah cerita yong tau fu. Sekarang nak cerita pasal bebola yang besar pulak.




Aku memang penggemar bebola tak kira bebola ketam ke, bebola udang ke, bebola daging ke dan pastinya bola-bola api tak tersenarai. hehehehe. Ok tak kelakar.
Dulu masa belajar kat U, time bulan puasa aku mesti beli bebola kat bazar ramadhan. Tak tahu lah dadah apa yang diletak dalam bebola tu sampai aku tak boleh nampak orang jual bebola. Mesti nak beli. Mesti!
 Kan yunie? hehehehe :p




Pernah nampak bebola sebesar ini? Wahh aku sangat teruja ok bila melihatkan saiz bebola ini tidak seperti kebiasaan. Rasa nak beli sepuluh. Wahhhhhh! gitu...




Jeng jengg jenggg...
Rupa-rupanya memang indah rupa dari khabar. Bukan indah khabar dari rupa ok. Luar macam bebola ketam, dalam macam ais krim uolss! Eh tapi ni memang ais krim. Ais krim strawberry yang lazat. Ini ialah ais krim goreng rupanya. Bagi adik-adik aku ais krim goreng ni biasa je tapi bagi aku..walla! memang luar biasa.
Hahaha over.
Bebola ni dikeluarkan dari bekas tempat simpan ais tu then terus digoreng menggunakan minyak masak. Macam goreng ikan tu la. Dah siap goreng, bila kita gigit terasa sejuk di dalam. Serius sedap!




Muka aku makan ais krim goreng ni tak dapat disiarkan sebab betapa rakusnya menghayati sampai memalukan diri sendiri.
Itu sahaja makanan untuk kali ini. Lain kali i cerita lagi.




Siang tadi aku pergi majlis pertunangan kawan aku sejak zaman berhingus dulu.
Selamat Bertunang, ANIS yang manis!
Nanti i buat entri khas buatmu.
:)


5 butterflies concerned.:

kamen55 said...

mak aku on gemar ke kedai yong tau foo tuh.. hahaha.. mmg bagus dan sedap ke kedai nih??

Unknown said...

yana..
ko saje kan..
stok2 makanan sedap2 jek ko tayang lately..
menggugat timing aku nak diet btol la..
hahaha~

hampir2 tertipu td..
ingatkn bebola ketam/udang/mixed tadi yg besar gedabak tuh.
rupenye2 eskrem goreng..
eh?ade tak jual eskrem goreng yg tak goreng lagi? ktne ek?

aaaaaaaaaaaaa... tgk!
kan aku dh cakap.
tergugat btol la ngan mknn sedap2 ni..
hahaha~

yana lyana said...

sang kamen ;

memang bagus n sedap weh. baik ko pergi.memang ada ummph lah!

hehehe

yana lyana said...

yunie ;

hehehe
mane ade i saje..sharing is caring and loving kan? :)
tu lah tu i pon tengah carik eskrem goreng yang tak goreng lagi..

kat mane agaknye ye..huhuhu

Unknown said...

kalo dh jumpe, sile update ye cik yana~

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com