Followers

Pages

Friday, December 3, 2010

tudung fesyen lama tetap di hati



Assalamualaikum.




Terlebih dahulu, ha ok tak aku dengan memakai shawl ini? Tak tahu la apa nama dia tapi aku tetap nak try pakai supaya korang tak kata aku ketinggalan zaman dengan hanya memakai tudung bawal setiap masa. hehehe. Aku bukan tak suka pakai shawl. Tapi mengenangkan muka aku ni jenis lebar dan tembam maka kadang-kadang kalau pakai shawl nampak bulat gila nak mati ibarat ikan buntal. Sungguh malu ok. Sebab tu la aku tak berapa nak ngam dengan selendang-selendang yang semakin mendapat tempat di hati ramai wanita yang mengikut trend terkini. Tapi aku gagahkan juga memakainya biar lah orang nak kata apa pun. hee




Petang tadi, aku ke Uniten menjemput Naim yang saja-saja nak balik sebab nak ambik motor. Mengada-ngada tau dia tu taknak naik komuter. Tapi bila dah jemput dia tadi, dia tak banyak cakap sebab mengalami ulser yang teruk di lidah. Kesian pulak. Ok ok dia tak mengada-ngada. *__*





Selepas itu, teruslah kami ke Tesco yang baru dibuka ini. Sejak dia dibuka haritu, jalan keluar dari highway nak masuk Seremban tu jadi sesak je sentiasa. Semua nak ke Tesco ni. Harini barulah aku berkesempatan nak pergi sebab dengar cerita macam meriah. Kata warga Seremban kan..maka haruslah terjah juga.




Ehem. Adik pun dah mengikut trend tau. Shawl yang ada pemberat tu nampak macam datin-datin pulak. hee Tapi best sebab selendang tak bergerak-gerak. Brooch pun tak payah pakai haa jimat di situ.




Alang-alang dah sampai sana, jom lah kita buat kad tesco. Ceh macam lah banyak sangat nak shopping nanti. Berapa sangat lah point yang dapat nanti sebab kat dalam Tesco tu kedai-kedai sampingan lain banyak. Kedai tudung, kedai cermin mata, kedai baju, kedai kasut, kedai jamu, kedai makan, kedai minum, kedai ubat, macam-macam lah. Silap hari bulan datang Tesco memang tak membeli belah kat tesco pun tapi membeli belah kat kedai sampingan tu. Kedai sampingan boleh guna kad tesco tak untuk kumpul point? heee




Ha ni lagi satu. Makan kfc boleh kumpul point guna kad tesco takk?
kekekeke :p




Untuk penutup, saksikan gambar ini. Tajuk gambar ialah si tua dan si muda. 
Hadoii kenapa muka aku nampak sangat tua pakai tudung ini? Atau memang aku telah tua? Baiklah. Sekarang boleh panggil saya Makcik Nina. hahahah


Apa-apa pun, tudung bawal memang the best tudung ever!


14 butterflies concerned.:

Fahimah Mahayuddin said...

sayapun suka tudung bawal lagi dari semua2 tudung yg ada dipasaran..hehehe.Tapi tetap ada beli jugak tudung2 skrg cuma taklah banyak sgt.Just nk up to date ckit perkmbngan fesyen.hehehe.Tapi awak nampak cantik je pkai shawl tu

Unknown said...

har ni pulak pandangan lelaki.
nak menyampok jugak aku nie..xkira aper pom jenis nyer..xkira bawal ke ikan lampam,tudung patin ke..asal xlari tujuan asal tudung tu semua manis...
** ok la pki mcm dlm gmbr nie.

Nur Azila Ismail said...

comel dua2 :)

Lovely Bella said...

ermm.. aku pun dh try pkai tudung len.. cuba nak up to date konon tp memandangkan bntuk muka bumi aku nih x bp nak sesuai.. jadi tudung bawal gaks yang menjadi pojaan hati ku! btw, nice pic dear.. :)

Zulfahmi Abidin said...

alah.klu org nyer dah cantik pkai ape pon cantik.^_^

"Okay girls,time to confuse the boys again! If you are single write spongebob in your status, if you are taken write patrick and if you are single but your heart is taken, write squidward:) Pass this on to every girl on chat....dont tell the boys its a girl thing.You can write all 3 as well."

Terkini: Perempuan Dan Nasi | Microsoft Apple | Peti Mel Suara

Unknown said...

comelnya gambar berdua tu..haha

NaniE said...

samalah. saya pun pakai shawl bagai dah macam apam je muka..hehe..

yana lyana said...

eiymah ;

hehehehe.thanks. :)
tu lah kan.beli memang la beli tapi nak pakai tu kadang2 fikir byk kali sbb rasa mmg sgt xsesuai..hehe

yana lyana said...

gaung ;

halamak! halamak!
bila lelaki mula bersuara..
hahaha ye ye baiklah.niat asal memang tak pernah lari.

thanks. :)

yana lyana said...

azila ;

senkiuu! awak pun comel juga. :)

yana lyana said...

bella ;

thanks dear.
bentuk muka bumi mmg tak sesuai kann..tapi kalau selalu pakai lama2 jadi sesuai rasanya..jom kite same2 try...:)

yana lyana said...

zulfahmi ;

ewah ewahh..jgn puji sgt dah mula mengembang ni..hahahaha

apo bondo plak spongebob2 tu..hadoii

yana lyana said...

edy ;

amboi perli nampak?

hahaha

yana lyana said...

nanie ;

kalau apam comel takpe nanie, kalau dah macam kuih pau tu ape cite? hehehe

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com