Followers

Pages

Thursday, December 30, 2010

ayuh kembali ke sekolah..ayuh!


Assalamualaikum.
Hai semua! :) Tahniah buat pasukan Malaysia kerana menang Suzuki Cup tadi. Beria aku dengan housemate nak makan kat luar malam ni semata-mata nak tengok bola tau. hee




Oh ya sekarang aku ke sekolah dengan mata hitam sahaja. Tiada lagi mata kelabu, mata ungu, mata coklat dan segala mata yang bajet omputih tu. Sekarang pakai yang colorless saja. Tak glamour dah i tauu. hikhik :p

Semalam aku dah mula merasai bahang menjadi guru yang sebenar walaupun tak mula persekolahan lagi. Semalam buat kali kedua aku join mesyuarat guru. Kali pertama aku pernah join masa latihan mengajar dulu. Macam-macam ragam sebenarnya cara diorang ni bermesyuarat. Ada yang skema, ada yang sempoi, ada yang tegas, ada yang lalang, ada yang panas baran.. macam-macam lah. Aku yang baru posting ni just dengar pastu terkebil-kebil mata buat muka comel. kekeke :p Padahal terkebil-kebil sebab tahan mata mengantuk. :p

Aku dah mula rasa bahang bukan sebab apa, tiba-tiba bedebush! dapat satu jawatan. pastu bedebush! lagi satu jawatan. Eh ehh bedebush! lagi jawatan hinggap kat kepala ni. Suka hati je tau jawatan ni datang-datang tau padahal i tak panggil pun tau.




Jom kita tengok tugas yang dah bersedia nak hinggap atas bahu cikgu tak glamour ni :

1. Aku jadi guru tingkatan 4 Cantik ( nama kelas terpaksa ditukar untuk keperibadian hakiki ). Dah la kelas 4 Cantik ni kelas paling hujung kau tahu? Silap haribulan aku akan ajar anak murid aku membaca sebab ada antara diorang yang masih tak tahu membaca. sob..sob..sob... Budak darjah 3 Maju dulu pun lancar membaca tau. Takpe-takpe ini cabaran.

2. Aku jadi penolong setiausaha Latihan Pelajar. Ok bak sini gaji kerani sikitttt. hee

3. Aku jadi penolong setiausaha jawatankuasa SKPM. Hamboii terpaksa terima juga.

4. Aku jadi ketua badan beruniform Pandu Puteri. Hadoii lemah gemalai aku dengar. Kalau bagi Kadet Polis baru rasa tough sikit diri ini kann..hehe

5. Aku jadi guru penasihat Kelab Lanskap. Ni memang secara automatik memang aku lah ketua ni sebab partner aku ialah cikgu yang berpangkat tinggi. Nak pulak dia conduct kelab kann?

6. Aku jadi pengurus sukan bola sepak. hamboii ni paling mencabar emosi ni. hahaha :p Tahu pulak aku nak menyepak bola? Menampar bola ada la jugak kegigihan kan. hehehe 

7. Mengajar subjek Kemahiran hidup (Sains pertanian), Lanskap dan Sains. 26 waktu seminggu! ha ambik kau. hee

Itu lah tanggungjawab aku setakat ini. Kalau ada lagi bagilah lagi. Memang sikit jawatan yang ada ni. I memang banyak pengalaman nak uruskan hal ehwal jawatan yang i pegang tu. :p
Kalau pihak berkaitan baca ni...mati lahhh. haha

Yess selamat datang alam persekolahan !
:)





Oh cerita percutian kat Bukit Tinggi tak habes lagi kan.
Banyak pulak ceritanya..ish3
Kita kiv dulu lah yang tu k.:)

Bye!


Monday, December 27, 2010

percutian ke bukit tinggi vol 1


Assalamualaikum.
Hai semua..:) Aku kat Gemas dah ni. Baru lepas menyiapkan kerja-kerja kerani sikit. hee *__*
Jom sambung cerita haritu...
So di pagi Sabtu yang indah itu, kami sekeluarga pun bangun awal pagi, bersiap-siap dan breakfast dulu sebab kedai jual makanan atas Bukit Tinggi  sana mahal kan maka harus berjimat cermat.





Dan saya juga. Latar belakang yang sebegitu haruslah dimaafkan ye sebab memang awal pagi, kedai pun tak bukak lagi dan diri menjadi tidak berapa malu untuk ambik-ambik gambar walaupun pemandangan langsung tak cantik. huhuhu




Dan kita pun sampai. Hari itu boleh tahan ramai jugak pengunjung sebab Hari Krismas kan. Jadi ramailah pengunjung terutama yang chinese-chinese. Tiket untuk naik ke Bukit Tinggi itu ialah RM 12 seorang sahaja. Bagi yang sukakan pemandangan dan keindahan alam, memang rasa berbaloi-baloi lah pergi Bukit Tinggi itu, tetapi bagi aku biasa-biasa saja. Tak best mana pun. Pergi pantai mengendap ikan lagi best kott.





Welcome!




Keterujaan bermula apabila kita disambut dengan bangunan yang vogue gila ni. Cantik yang amat.





Cepat-cepat snap gambar sebab memang tak berhenti kat sini pun. Dia terletak di laluan kita nak pergi ke tempat utama kat Bukit Tinggi tu.




Ok kita dah sampai...yeayyy! Terus laju-laju keluarkan mafla masing-masing..hehe
Tapi tak lah poyo pun sebab memang sejuk kot atas tu. Feeling berada di New Zealand gitu..haha




Sebok bergambar je kat sana. Kejap kat sini kejap kat sana. Nasib baik ada photographer yang sporting! heee :p




:)




Before naik lif. Ini sahaja yang ada termasuk Naim yang tengah tangkap gambar. Abang aku memang harapan setinggi gunung berderai menjadi debu lah nak harap dia ikut. huh memang tak sporting tauu !
*sentap tetiba




Kami pun berjalan-jalan di situ dalam hari itu juga. Tak larat ohh nak jalan beria sangat sebab dah la ramai gila umat manusia kat sana. Tah hape yang best sangat tak tahu lah. Bukan ada apa sangat pun. Kalau pergi berbulan madu bahagia lah jugak kot sebab tempat dia cantik menawan gitu. Dan cuaca yang sejuk-sejuk macam dalam peti ais kannn..haha :p

Ok dah. Nanti sambung lagi..I nak tidur dah ni esok ada mesyuarat guru nak kena menyebokkan diri tanpa rela..haha boleh cakap camtu? Ahh boleh sajee..hee

Good Night !


Sunday, December 26, 2010

cuti-cuti keluarga bahagia



Assalamualaikum.
Aku baru balik dari bercuti di hujung minggu. Takdelah hujung minggu pun sebab sampai hari sabtu je pun. Percutian kali ini tak berapa memuaskan hati kami sekeluarga. huu
*__*





Baju bundle yang dibeli itu telah pun sampai pada hari jumaat lalu. Dan jumaat itu juga ialah hari kami sekeluarga bertolak untuk berjalan-jalan. Maka, haruslah dipakai terus baju baru itu kan. hee
Kami tak sebulat suara nak pergi Bukit Tinggi kat Pahang tu tapi entah bagaimana terpergi juga. Dulu masa aku kecik-kecik, dah pernah pergi dah Bukit Tinggi tu tapi kali ni rasa macam nak pergi lagi. Last-last memang kitorang tuju situ ajelah.

Kitorang gerak dari Seremban pukul 3 petang hari jumaat. Ambik Naim kat Uniten dulu pastu terus pergi. Pastu dah tak tentu arah nak pergi mana sebab dah petang sangat kan. Padahal dah search dah nak booking hotel dan dah tahu dah hotel semua ialah full sebab yelah dah la cuti sekolah pastu hujung minggu pulak pastu dengan hari krismas nya lagi. Memang penuh la kann.

Last-last, kitorang sewa hotel kat Bentong sahaja.





Mula-mula, duk tercari-cari mana hotel yang ada, lalu terjumpa Hutan Lipur Lentang ini. Dah kebetulan jumpa, maka haruslah singgah juga walaupun nampak tak menarik pun. haha jujur sangatkah aku? :p




Ewahh. Konon kecantikan sangat terasa apabila memakai baju ini. heheheh :p




Hutan Lipur tu macam boring je. Air dia keruh gila macam sungai yang ada buaya tu pulak aku rasa. Ni sungai pahang ke ape ni? haha




Mungkin sebab dah petang agaknya tu yang suasana hutan lipur tu macam horror semacam je.
Boring. boring.




Ni photographer kita sepanjang perjalanan. :)




Bergambar banyak-banyak.



Lagi.




Dan lagi.




Ok. Ni ibunda kami. :)




Feeling nyanyi lagu Negaraku. hehe
Selesa ohh baju tu. Pasni boleh beli lagi kat kedai bundle cun tu. :)




Hamboi muka kau takleh lagi buruk ke yana? hehehe tu muka pelahap makan bebola ketam.
Kat hutan lipur tu ada jual bebola tau, aku kan pantang sikit nampak orang jual bebola-bebola ni maka aku pun cepat je rasa nak beli. Tapi hampeh. Langsung tak sedap! Aku rasa tu bebola minggu lepas agaknya dia panaskan balik. Dah la bebola dia meresap minyak. Kambing betul penjual tu. Kira nak untung je, tapi jual makanan yang dah lama. Benci! Tak nikmat dah rasa bebola tu tauu. ggrrrrrr!





Jeng jeng jenggg....
Nantikan kemunculan entri saya dengan mafla LV itu...
Cewahh...kau bajet ramai yang tertunggu-tunggu?
hahaha :p


Wednesday, December 22, 2010

apa itu merdeka?


Assalamualaikum.

Jom kita terjah wajah orang yang baru menyambut kemerdekaan..
heee :p






























Eh interframe. :p





















Inilah kemerdekaan yang sejati. kekeke :p
Selamat menempuh alam selepas persekolahan, Adik!
Dan selamat menggemokkan diri di rumah.
ngeee.
:)


Tuesday, December 21, 2010

datin ada beg baru


Assalamualaikum.
Pagi tadi mendapat khabar gembira daripada belog edy. Alhamdulillah rezeki aku dapat beg sulam tu. :)
Sejak dua menjak ni, rezeki mendapat beg melimpah ruah. Mula-mula dapat paper beg dari Kss sebab dia melancong ke Singapore haritu,  lepastu dapat beg coach giveaway dari Arked Luna, then siang tadi beg sulam pulak dari edy. :)  Boleh jimat kos membeli beg dah di situ memandangkan duit gaji tidak dapat bulan ni pun! Ha ni nak marah ni. Penat aku berusaha pergi ke Gemas haritu untuk angkat sumpah segala bagai tu sebab beria pihak sekolah call bagitau surat dah sampai, kena datang sekolah uruskan angkat sumpah kat mahkamah, pastu bulan disember dah boleh dapat gaji. Tapi hampeh. Tak masuk sesen pun dalam akaun. Sabar jela hati.

Takpe. Haku maafkan kau wahai cc sebab mungkin kau banyak kerja nak buat. Urusan gaji cikgu yang baru posting ni bukannya penting pun kann. *sentap ok.




Tengah hari tadi, beg coach dari ARKED LUNA telah sampai.
Teruja! ngeee




Kebetulan aku nak keluar dengan Kss. Muka aku habes seronok la tu dapat beg cantik. hehehe



Memang ngam-ngam aku tengah tunggu Kss sampai, abang poslaju yang sampai dulu. Maka, terus laju-laju transfer barang ke handbag baru. hehehe :p Beg baru ni lebih kurang sama dengan handbag coach lama aku yang light pink tu. Tapi yang free ni nampak lebih berkualiti. Ada 3 tag coach yang nampak mewah gitu. Kalau handbag ni aku beli sekalipun, pasti puas hati. Jemputlah beli handbag kat ARKED LUNA eh uols. :)




Kebetulan memang pakai baju pink..memang feeling datin lah kan haku ketika itu kann. hahaha :p




Lalu datin keluar dan minum di cafe yang mahal-mahal sahaja.
kekeke :p


Ha ni lagi satu rezeki beg. hee
Kss memang suka brand roxy agaknya. Tiba-tiba aku dapat beg dan selipar dari dia. :))) 

"U menang giveaway dari i sebab u ada tulis pasal i kat belog u kan? "

Hamboii dia tuu suka perli-perli..tak suka taw. hee :p



p/s : Thanks ARKED LUNA  untuk beg coach pink yang sangat gorgeous tu! :)



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com