Dah lama aku tak mengoperasikan tart. Bisnes tiba-tiba stop masa bulan puasa haritu. Paling last masa kawan adik order untuk buat kuih raya. Aku tak tahu lah apa khabar tart aku tu bila dijadikan kuih raya sebab raya lama kan..30 hari kot. Selalunya lepas siap dibakar terus masuk mulut je. Paling lama pun sehari la. Sekarang dah malas nak ambik order sebab kawan-kawan adik pun tak fikir makan dah kot sebab exam dah dekat. Semua fikir belajar je. ( Kalau betul, alhamdulillah..hehe ). Cuma baru-baru ni je ada kawan adik bertanya, kakak dah tak buat tart dah ke..nak order lah.. Tak sangka ada pelanggan tetap rupanya hahaha. :p Tapi yang ordernya sikit, aku akan dapat dalam RM 5 untuk 5 biji tart. Modal untuk satu bancuhan berkali-kali ganda dari RM 5 itu tahu? So, kakak menjadi malas. sekian. :p
Jom kita share resepi blueberry cheese tart ni.
Bahan untuk buat pastri :
125 g mentega
60 g gula icing
1 biji telur
240 g tepung gandum
Bahan untuk buat inti :
250 g cream cheese (uols boleh beli kat giant atau mana-mana pasaraya besar)
50 g gula icing
20 g mentega
setengah sudu besar air perahan lemon
1 biji telur
jem blueberry
Cara-cara membuat pastri :
Pukul mentega dengan gula icing sampai sebati.
Masukkan telur,pukul.
Masukkan tepung,pukul.
Gaul sampai bentuk doh.
Tekan doh dalam bekas tart.
Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 20minit.
Tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari bekas tart.
Bekas tart yang aku gunakan.
Doh yang dah ditekan dalam bekas tart.
Jom buat inti pulak :
Pukul cream cheese, mentega dan gula icing.
Masukkan telur dan perahan lemon.
pastu...
Sendukkan inti tu ke dalam pastri yang dah dibakar tadi.
Hias dengan jem blueberry. Buatlah corak ikut suka hati uols k.
Pastu susun atas dulang pembakar dan bakar lagi.
Suhu yang sama tapi 10 minit cukup.
Siap sudah. Sedap tau. Berbaloi-baloi!
Ini Kak Nina. Dia pesan : Selamat mencuba!
:)
17 butterflies concerned.:
perhh..sedapnye kalu dapat tart ni
wa...suker-suker..
terima kasih my dear..
klu cheese tukar bende lain xleh ke cik nina? cheese cepat muak plus, aku xberapa gemar cheese! hehe. tp dari gambar nmpak mcm sedap je. hehe. mahu cuba la.
tetiba jadik lapar!arghhh,ngeh3 =)
thanks tuk resepi ni,nak try nanti =)
hari raya lepas akak order smpai 3 bekas.. next year kne wat sendiri ni.. dah dpt rcepi.. hehehe
nak sikit..hehe
uihh sdapnyee tart..buat jual ke nih??
wuuu~
sodap nyehhh!!
nak try ah~!
:D
cik yaya ;
thank you..try lah..memang sedap tau. :)
padel ;
hehehe..dapat tengok pon jadi la kan padel? :p
nanie ;
I pon suke kalau nanie suke.
Jangan lupa cuba!
mira ;
eh cheese sedap ape?
hehe..tapi boleh je ko tukarkan dengan telur ke..jadi la tart telur nanti..hehe
cik shabah ;
kalau lapar makan ni memang tak kenyang cik shabah..hehe
jangan lupa cuba!
adamokhtar ;
ha next year takyah beli lagi tau.
buat je lagi puas hati dan boleh diberi kepada mr ehem juge. :)
edy ;
boleh..jom tukat dengan rayban?
sistem barter..hikhik
edy ;
buat n ade jual sikit2..hee
hanys ;
yeahh mesti try tau.
confirm tak rugi! hehehe
Post a Comment