Followers

Pages

Friday, September 5, 2014

Dedicated to...


Assalamualaikum.

Amboi. Entri dedicated to pulak tetiba nih. Punyalah banyak nak diceritakan tapi ni jugak yang aku update kali ni. hehe..
Bolehkan aje. Asalkan i update..
Selalu waktu waktu macam ni aku dah tidur dah. Ni pun kira lambat. Selalu pukul 10 malam aku dah lena dibuai mimpi. Tapi sebab esok sabtu dan tak sekolah maka bolehlah berfoya foya sikit. Bangun awal pun tak rasa menyesal sebab boleh tidur balik :p


Okay jom cerita pasal si Nurul. Lama tak jumpa Nurul. Paling last jumpa dia masa aku kahwin haritu lah. Sejak aku dah duduk Melaka ni tak sempat sempat lagi jumpa dia padahal rumah dia dekat je kot dengan rumah aku (rumah mertuaku). Rumah sendiri ialah belum diduduki lagi sebabnya....banyak sebab. Boleh stress kalau nak suruh cerita.


Nurul buat open house nak akhir akhir raya haritu. So dia menjemput lah aku. Hari dia buat open house tu, aku dengan Afzan keluar beli barang barang baby. So alang alang dah memang keluar, balik tu kitorang singgah lah jugak rumah Nurul. Kang tak singgah merajuk pulak dah satu hal aku nak kena pujuk. Aku tak muncul muncul pun dia dah whatsapp tanya tak datang keee. Hehehehe...







Akhirnya...sampai juga ke rumah Nurul. Best nya dah duduk rumah sendiri. Tak sabar sabar rasanya. Nampak gayanya memang aku bersalin dulu baru dapat masuk rumah sendiri. Sabar je lah.
Nurul masak laksa Penang dan mi kari malam tu. Aku dengan Afzan sebenarnya dah kenyang tau sebab dah singgah makan dulu dah. hehehe...
Kalau tak makan lagi confirm kitorang makan bertambah tambah tau. heee
Thanks Nurul sudi menjemput. Aku cadang nanti nak mintak Nurul je jagakan anak aku bila aku dah masuk kerja selepas berpantang tahun depan. Lega sikit sebab hantar anak kat orang yang kita kenal kan. Tengok lah macam mana nanti :)


Boleh ye Nurul yee. Jagakan anak aku dulu. Jangan termengandung dulu tau. Eh :p








Marilah up gambar kahwin tuan tanah bak sekeping dua. Kenangan Nurul datang masa aku kahwin haritu. Orang paling last sekali sampai. Alasan dia supaya pengantin boleh layan dia. Amboii...hehe..











Belah Seremban dia datang, Melaka pun dia datang. Semangat.
Dua dua pun datang paling lambat. Amboiii lagi.









Terima kasih, Nurul....



0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com