Assalamualaikum.
Akhirnya adik lelakiku yang seorang itu konvo juga. Ingat lagi masa mula mula daftar masuk Uniten, Boleh pulak sesat sesat bagai. hee
Bila ingat detik detik dia belajar sana, hujung minggu dia balik naik motor, tak pun hujung minggu aku dan adik rajin pergi sana jalan jalan minum petang, macam sekejap je pulak. Sampai dah konvo, kakakmu ini siap perut dah memboyot dah pun :p Nasib baik time Naim konvo haritu, adik belum balik US lagi. Nasib nasib je tu. 17 ogos Naim konvo, 19 Ogos adik balik. So sempat lah bergambar satu family complete :)
Pagi tu Naim dah gerak sendiri dulu. Kitorang menyusul kemudian sebab takut terlewat kan. Biasa lah kalau dah ramai ramai tu, itu ini semua..memang lah jadinya lambat sikit.
So kitorang sampai sana, Naim dah kat dalam dewan dah pun. Pami, Pikah n Adam datang masa nak ambik gambar je. Sebab masa tu Adam tak berapa sihat. Demam nak tumbuh gigi + kaki baru mula nak berjalan agaknya.
Melepak lepak je lah kitorang kat luar dewan tu. Nasib cuaca tak berapa nak panas sangat.
Tunggu pun tak berapa lama. Mak dengan abah pun tunggu kat luar je. Malas nak masuk dewan katanya sebab kena formal kan. Masa aku konvo dulu pun Mak n Abah tak masuk dewan. Semua tunggu luar aje.
Tengok kat skrin kat luar je pun cukup. Abah dengan Afzan tukang ambik gambar kat skrin ni.
Sorang satu skrin. Ready je bila tiba turn Naim. hehe..
Nasib tak berapa lama pun nak tunggu dia. Keluar keluar hari dah panas sikit. So bergambar dulu kat luar dewan. Samping Naim tu pagi tadi aku yang pakaikan. Tengok dia kalut je dengan bangun lambat pulak, aku betulkan lah samping dia tu. Pagi tu ok je tiba tiba keluar dewan dah macam pakai skirt plak sampingnya tu. haha..
Orang lain yang sibuk beria bergambar. kekeke...
Bergambar ramai ramai kecuali family Pami. Mintak tolong kawan Naim snap kan.
And lastly..tuan punya badan.
Habis di situ, nak pergi ambik gambar family pulak. Naim ambik pakej terus. Kitorang follow aje. Tak payah nak ke studio.
Adam vs Pak Ngah. Siapa lagi comel? Eh
Tu dia budak yang demam. Sampai tempat nak bergambar tu, Pami dah tunggu situ.
Sementara tunggu turn, sempatlah juga touch up apa yang patut. Maklum lah dari pagi dah menunggu kan. Cair make up tau. Eh
Afzan, Lyana and baby dalam perut :)
Jubah tu nak kena hantar dah maka haruslah semua pun ambil kesempatan kan.
Pami, Pikah and Adam.
Amboii Adamm..muka tu....gigit baru tahu!
Mak and abah :)
Adik!
Ohh adik konvo nanti harapnya ada lah rezeki semua dapat ke US sana. Nak kena kumpul duit dah ni. hehehe..
Habis sesi bergambar, masa untuk mengisi perut pula.
Masing masing kelaparan katanya uols.
Dan habis makan, baliklah kami.
Tahniah Naim di atas kejayaanmu. Semoga berjaya dalam hidup. Juga semoga tabah untuk belajar lagi. Sekarang pun tengah tabah lah tu kelas malam malam. Sambung belajar kat UPM pulak. Doakan kakakmu ini juga mendapat hidayah untuk sambung belajar lagi. hehehe...
Masa single single dulu taknak sibuk, ni nak terberanak dah pun baru hegeh hegeh nak sambung belajar kann :p Inshaallah..ada rezeki memang nak sambung master pun. Amin...
Ni diaa... One happy family at home!
Bye.
1 butterflies concerned.:
nice entry. Congrats utk akak sekeluarga! ;)
Post a Comment