Followers

Pages

Friday, February 3, 2012

Penanaman Rumput Turf



Assalamualaikum.

Penanaman rumput turf ialah antara pentaksiran subjek vokasional : landskap dan nurseri. Mula-mula dapat tahu aku kena ajar diorang tanam rumput ni, aku macam.....eh ape la..rumput pun nak kena tanam ke? hehe.. So, di sini aku nak kongsi dengan uols cara nak tanam rumput ni. Mana tahu nanti nak tanam kat laman rumah uols yang sangat luas ala-ala padang bola tu ke kan. hee :)





Ini ialah kepingan rumput yang nak ditanam. Setiap pelajar akan tanam sekeping. Diorang ni buat kerja berkira tau. Tak boleh lebih sikit dari orang lain. Kurang takpe. -.-






Taraa..Ni lah students aku. Tengah excited nak tanam rumput. hehe..
Apa yang perlu kita buat ialah kenalpasti kawasan yang nak kita kerjakan. Pilih kawasan yang agak-agak macam padang jarak padang tekukur pun ok jugak. Kawasan yang kelihatan agak gersang, muram, suram lagi bolehh supaya lebih ceria gitu dengan kehijauan rumput yang ditanam.





Firstly, bersihkan keseluruhan kawasan daripada sampah sarap dan rumpai yang tidak dikehendaki. Buang tunggul kayu, batu dan sisa tumbuhan yang menyemakkan pandangan. :p


Eh uols. Nampak tak pasu bunga yang ditampung oleh kerusi simen ferro kat gambar tu? Ingat lagi projek pelajar aku dulu tu? Tak ingat meh klik ----> KERUSI SIMEN FERO






Lepastu, pecah dan gemburkan tanah dengan menggunakan cangkul. Ratakan tanah menggunakan pencakar tanah. Seeloknya biarkan gemburan tanah terdedah selama beberapa hari supaya mesra gitu. Tapi malas aku nak bagi tanah tu mesra-mesra bagai, tanam terus aje. :p





Then, bolehlah mula tanam rumput kita tadi. Kepingan rumput tu boleh dikecil-kecilkan supaya memudahkan proses penanaman. Buatkan lubang kecil untuk meletakkan kepingan rumput dan letakkan kepingan rumput tu di dalam lubang tersebut.






Tekun ok diorang ni menanam. Bagus muridku. :)
Lepas tanam, hentakkan rumput tadi tu dengan cangkul atau dipijak untuk merapatkan silaturrahim sentuhan kepingan rumput dengan tanah serta mendapatkan permukaan yang lebih rata.






Settle tanam semua, barulah kita siram keseluruhan kawasan yang ditanam secukupnya. Esok lusa bolehlah check rumput kita ni hidup atau tak. Insyaallah dia akan hidup subur kalau kita tanam dengan penuh kasih sayang. Cewah! hehe... Tapi selalunya memang dia akan hidup sebab rumput memang senang tumbuh. Lagi-lagi masa beli tu dah siap ada akar semua kan.





Taraaaaa! Cantik tak?
Kawasan yang suram tadi dah bertukar menjadi ceria. Sejuk je mata memandang. :)






Ha ambik. Sebok jugak diorang nak gambar nak gambar. Aku layankan aje. hee
Tahun ni projek untuk pelajar landskap tingkatan 5 agak tough uolss. Kalah Malik Noor ok. Nak merekabentuk landskap mini siap ada set simen fero, air terjun, siar kaki, bunga-bunga apa lah bagai.  Doakan aku berjaya handle semua tu ye kamu-kamu semua. Ada getar dalam jiwa ok bila pegang pelajar tingkatan 5 ni sebab tanggungjawab berat. huhu..



Doakan saya. 
Doakan saya.
Doakan saya.



Bye :)





4 butterflies concerned.:

Cik Sibuk said...

rumput carpet ke? dedulu kat rumah ada rumput carpet..mak kita petang2 suh tolong cabut weeds. katanya nanti weeds tu makan rumput karpet.

FasiHaH SupiaN said...

oh sy baru tahu, macam tu rupanya cara menanamnya, tq for sharing :)

yana lyana said...

cik sibuk ;

iye?tak tahu pulak kite..hehe..
cantik kan rumput karpet?rase nak baring2 je..hehe..

yana lyana said...

fasihah supian ;

hehehe..welcome.. :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com