Followers

Pages

Monday, November 29, 2010

pakai tudung kuning, muka you pasti berseri


Assalamualaikum.
Ini ialah sesi luahan perasaan. Mungkin ada unsur-unsur kurang ajar yang tak seberapa. Ampun maaf dipinta jika ada pihak yang terasa. ( wahh poyo nak mamp. hahaha :p )

Pagi tadi kan, aku ke Jabatan teetttt (rahsia) untuk menghantar borang tuntunan elaun perjalanan. Borang tu perlu dihantar untuk menuntut duit kepada guru-guru yang datang dari jauh untuk menghadiri taklimat di sekolah area Seremban 2. Bagi yang rumah jauh-jauh borang ni sangat penting la kan tapi bagi aku tak dapat pun takpe sebab Seremban 2 dekat dengan rumah aku, nak tuntut apanya kan. hee

Disebabkan antara 4 orang guru-guru yang baru dipostingkan ke gemas tu aku lah yang paling dekat dengan jabatan teettt, maka aku dipertanggungjawabkan untuk menghantar borang-borang itu. So, aku pun pergilah sana. Sampai sana, aku pergi unit kewangan. Tanya itu tanya ini, pakcik tu cakap borang kitorang tak lengkap kena isi ruangan gaji la apa la. So, aku memang tak tau gaji aku berapa macam mana nak isi kan. Makanya pakcik tu suruh aku berjumpa dengan makcik tudung kuning. Aku pun dengan sopan lagi berbudi bahasa pergi ke meja makcik tudung kuning tersebut.

" Assalamualaikum kak..saya nak tanya pasal borang tuntutan elaun ni la kak, macam mana saya nak tahu gaji saya ye sebab dalam surat tawaran takde mentionkan pun pasal gaji..."

"Awak ni sape? Kontraktor ke? Tak reti perkenalkan diri?"

Aik? Garang betul makcik ni. Aku sabar dulu sebab nak berurusan dengan dia kan.

"Sorry ye ganggu akak. Saya cikgu yang baru posting 22hb haritu. Saya nak tanya pasal borang ni..Encik kat kaunter tu suruh tanya kat akak.."

Dia pun belek-belek surat-surat tu. Muka bengis weh. Macam mati laki je. Cuak aku tau takk.

"Eh borang ni semua tak lengkap, surat tawaran dari KPM kena sertakan kalau tak saya takleh buat ni sebab takde alamat awak semua"

"Tapi kami tak dapat lagi surat dari KPM kak. Surat dari jabatan pelajaran negeri je dah dapat.."

"Dah tu tak reti nak print??"

Bongok ok. Makcik tua tudung kuning ni memang melampau. Cakap nak maki-maki je tak reti berbudi bahasa. Aku kalau tak mengenangkan dia tu lagi tua dari aku memang aku sembur tapi aku tahan je. Sabar.

" Ooo kalau macam tu takpe lah kak. Saya pergi print dulu ye..Maaf ye ganggu.."

"Tarikh tutup hantar borang ni 5 Disember. Kena cepat sikit tau nanti lagi lambat lagi banyak surat orang lain lagi nak uruskan..Ha satu lagi, penampilan tolong jaga ye.."

Hek ele bengang gila kot aku dengan makcik tudung kuning tu. Aku dah pakai sopan tau tak. Pakai blouse labuh kot aku semata-mata nak hantar borang tu. Lagi satu nak aku cepat-cepat hantar borang pehal pulak kan. Dah memang tu kerja dia lantak la banyak ke sikit ke surat orang lain. Ggggrrrrrrrrrr rasa nak gulung-gulung kepala makcik tu dengan tudung kuning dia yang tak bergosok tu pastu sumbat dengan borang-borang yang sangat banyak atas meja dia tu! Wahh over di situ. :p

Pastu aku terus pergi Unit Menengah. Tak tahu kenapa aku terasa nak pergi situ. Sampai sana, aku bagitau masalah aku pasal borang-borang tu, kerani situ terus photostat kan surat ape tah yang dah siap ada alamat rumah cikgu-cikgi yang baru posting haritu. Pastu settle. Ha takde pulak nak kena tulis gaji ke ape ke. Diorang siap boleh bergurau senda gelak-gelak bahan-bahan aku lagi sebab aku posting kat Gemas tu. Hampeh. hee..Tapi aku tak kesah pun sebab diorang mesra dan tak menyakitkan hati macam makcik tudung kuning bajet jaga penampilan tu. Eeeee geramnya!

Ok cukup di situ sesi luahan perasaan. I nak senyum je sekarang ni. Taknak jadi macam makcik tudung kuning muka bengis mati laki. Tak sweet langsung ok.




Maaf lah i tak sempat ambik gambar makcik tudung kuning tu.
T____T



bye bye lappy lama



Salam hujung minggu.
Minggu pertama pada cuti persekolahan aku dihabiskan dengan membuang masa di tempat biasa. Eh tiba-tiba dah ada tempat biasa kan. haha. Tak la. Aku ada appointment dengan cikgu sekolah tempat aku posting tu. Ha baru posting seminggu dah ada janji temu kann. Hee. Ada sorang cikgu kat sekolah tu dapat tukar ke negeri idaman dia. So, tah macam mana aku boleh berurusniaga dengan dia. Dia nak jual netbook. Aku berminat pulak nak beli memandangkan lappy aku dah nazak sangat dah.




Tapi aku baru posting mana pulak nak curik duit untuk beli netbook tu kan. So berkat kecantikan rupa paras yang ada, aku berjaya memujuknya supaya aku dapat membank in kan duit apabila ada duit nanti. Ha hebat bukan? kekeke :p
Janganlah pulak nanti ada yang menyampah dengan aku. Aku tak pujuk dia pun, tapi dia yang tak berapa kesah sebenarnya sebab dia pun tak terdesak nak guna duit. Jadi persetujuan pun dicapai, maka berurusniaga lah kami di Jaya Jusco Seremban 2 sana.




Cikgu tu sampai lewat sikit. Jadi haruslah berwindow shopping dulu. Tiba-tiba ternampak ear-phone yang comel ini. Dah la colorful, corak pun menarik. Maka terjatuh cinta sudah dan terus beli. hee




Ha tu dia. Cumil kan? Ada ikon smiley sebenarnya tu tak berapa nampak pulak tapi serius comel! Teruja gila nasib baik berjaya kawal diri kalau tak sepuluh i beli tau. :p




" Saya kat highway lagi ni nak sampai dah..tunggu kat pizza k..order terus tau..saya belanja.."

Apa? Belanja? Baiklah.
:p



Ha. Aku bukan datang seorang diri tahu? Ada yang rajin nak follow. :) Budak ni dah la esok ada paper math, sempat lagi nak bersuka ria. hehe.
Kau tengok eye bag dia tu. Makin lama makin ketara. Kuat study lah konon tuu. :p




Dia ada dapat sms pasal Kementerian Pelajaran Malaysia keluarkan notis bahawa budak-budak SPM kena ambik semula paper BM sebab ada negeri yang dah dapat soalan bocor. Sms tu panjang dia tak scroll sampai habes terus nak emosi. Terus takde mood. Terus rasa nak nangis sebab banyak lagi paper nak kena hadap tapi ada repeat paper pulak. Padahal tu sms main-main je bila scroll sampai habes. Hahaha adik adik. Kesian pun ada aku tengok dia masa tu. Tension agaknya. Nasib baik kakak dia ni understanding bawak dia keluar jalan-jalan tauuu. ;p




Okay. Cikgu tu pun dah sampai. Makan-makan sampai tak larat. Hari ini ada dua photographer makanya gambar jadi melambak. Gambar pizza tak habes pun harus disnap. hehehe..



Memperkenalkan.....
Inilah Mr. gadget itu. Cikgu ni gila-gila sikit orangnya tapi sayangnya nak berpindah sudah dari SMK Gemas tu. Dia ni jenis suka beli gadget pastu pakai kejap then jual. Hobi orang kaya macam tu lahh kita yang miskin ni tak mampu nak ada hobi camtu. Eh tiba-tiba. haha




Hambik. Atas bawah ada photographer. Ni dah feeling model sambilan bertemakan shopping di mall. Hahahaha meluat je kan statement macam tu. :p




Taraa! Itulah netbook yang berjaya dibeli. Nampak beg je pon jadi lah ye. hee. Yang penting ia kecil lagi comel untuk dibawa kemana saja. Kerja pun dah boleh start buat. Ha i baru posting dah dapat kerja rumah tau. dush!




Oh adik lagi. Shawl dengan baju tu ialah hadiah hari jadi dia yang aku dengan Naim sebok pergi carik haritu. :) Kebanyakan gambar-gambar yang aku letak dalam entri ni diedit oleh Cikgu gadget tu. Kebanyakan je tak semua k. Oleh itu, gambar yang mana masih jelas kelihatan jerawat aku tu bukanlah diedit oleh beliau. Heee




Sekarang kau tengok gambar aku yang dah macam maknyah takde jerawat ni. Hadoii la aku sendiri tengok pun malu tahu? hahaha ;p


Bye.



Saturday, November 27, 2010

thanks for the chopstick encik edy!


Assalamualaikum.
Yahoo aku dah berada di Seremban. :) Semalam rasa macam budak-budak asrama je bila mana keadaan naik bus berhenti-berhenti tu aku lalui lagi. Hadoiyai. Dari Gemas aku naik kereta dengan kawan aku sampai Bahau. Pastu dari Bahau aku naik bus ke Seremban tapi aku berhenti kat area tepi jalan nak masuk panchor tu. Kss ambik dan berkaki wayang lah kami ke JJ. Tak sangka betul sebab tiba-tiba gemas-bahau-kuala pilah tu jadi sebahagian dalam kehidupan aku. Kalau tak tu memang aku tak tau langsung pasal tempat tu walaupun dah bertahun aku duduk kat Negeri Sembilan. hee :p

Ingat lagi tak dulu aku ada join contest mortar board kat belog encik edy? haa dengan dukacitanya aku tak menang pun contest tu. Melepas ray-ban penuh bergaya. hehe :p Masa dia buat entri pasal nama pemenang, rupanya peserta lain pun dapat jugak cenderahati. :)




Bila aku tengok gambar kat entri tu, tiba-tiba macam terperasan nama aku kat sampul surat tu. Eh eh i dapat juga! Teruja habes. hahaha




Semalam baru aku dapat tengok sampul tu. :)




Taraaa. Chopstick dalam rumah pink. Comel! :)



:)



Menurut Edy, ole-ole ni dari Beijing-yang murah-murah je. Hey murah ke takde harga ke tak kesah la. Yang pasti penganjur contest macam ni lah yang aku impi-impikan cewahh. hehe :p Yang menang dapat hadiah, yang kalah tak duduk melopong sebab still dapat something. Good! I sukaa. lepas ni i join lagi contest dari belog encik Edy k. :)


Thanks edy!
Harini i breakfast mihun goreng nak guna chopstick tu la. Boleh? heee :p


Friday, November 26, 2010

belog saya cool!


Assalamualaikum.
Actually ni entri last week. Tak sempat nak post sebab macam-macam lah kan nak kena urus itu ini termasuk aku dah berpindah ke Gemas sana. Hari ahad tu aku keluar dengan Naim sebab nak beli keperluan-keperluan yang sangat penting, macam tau-tau je aku posting jauh dari rumah kan.hee

Uols pernah minum air kat cool blog? Kat mana-mana je sekarang ni besepah kita boleh nampak cool blog ni kan. Masa zaman rajin berblogwalking dulu ada jugak aku perasan ramai yang tulis pasal air kat cool blog ni. Dengar macam best sangat so hati pun rasa nak cuba.



Tu dia siap beratur masa nak beli kat situ. Ni baru sikit yang aku sempat snap. Lepastu tiba-tiba jadi ramai macam tengah kerumun air milo free.hehe




Aku order ice-blended perisa strawberry. Rasa dia biasa je takla special sangat cuma yang buat air tu menarik sebab ada black pearl tu ha. Bila kunyah black pearl tu macam kunyah chewing-gum perisa pandan pulak. Boleh tahan la sedap jugak tapi tak sampai tahap boleh menyebabkan perasaan teringin. Ala-ala macam teringin nak minum teh tarik di pagi hari..begitu. Ape benda aku merepek ni...hahaha




Lepastu aku dengan Naim pergi masuk hutan jap cari hadiah untuk hari jadi adik yang lepas. Gambar di atas cukup menjadi bukti. kekekeke :p




Jeng jeng jeng..I nak tunjuk beg ni. Selama ni koleksi beg semua yang ala-ala perempuan ayu jelita cantik menawan je kan, takde pun beg ala-ala santai. So kss tiba-tiba menghadiahkan ini. Hambik. Boleh bawak pergi aktiviti kokurikulum kat sekolah nanti. hehehe. Terima kasih kekasih. :)




Dan akhir sekali, masa untuk menukar mata. Mula-mula macam eh nak pakai mata apa ni. Boleh ke nak melapor diri kat sekolah nanti pakai mata ungu. Kena lempang dengan pengetua tak agak-agak? hahaha so untuk mengelakkan diri dari dipandang macam 'kau nak mengajar ke nak kerja kat kfc', maka aku beli mata kelabu jela. Kelabu ok lagi kot dari hijau atau biru. hee


Sekian entri yang ditaip untuk minggu lepas. I ada banyak cerita nak tulis kat medan maya ni. Nanti i tulis satu persatu ok. hehe. dadaaa...



Tuesday, November 23, 2010

Cikgu Liyana dah jadi warga emas



Assalamualaikum.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana telah memberi aku rezeki menjadi seorang pendidik. Sekarang aku dah jadi warga emas eh warga gemas.hee
Dalam surat pelantikan yang diberi pada 22 November yang lalu, aku ditempatkan di SMK Gemas, Negeri Sembilan. Masa mula-mula terima surat tu atas pentas, jantung aku berdenyut punya lah laju jangan cakap. Macam tengah tunggu hukuman dari hakim kau tahu? Sama ada aku akan dirotan di punggung atau didenda penjara sahaja atau yang paling berat hukuman gantung sampai mati. Ha begitu...*Sila lah lempang pipi aku ni ha....:p

Dan kepada warga kota di luar sana marilah sini den nak koba hal berkaitan gemas ni haa.
Gemas ni tempat dia ialah sempadan nak ke Johor tu. Dah dekat dengan Segamat. jauh weh! menangis aku masa dapat tau aku dapat situ. Tapi menangis dalam hati je. Menangis dalam hati pun tah macam mana boleh nampak jugak macam menangis kat mata. Mata aku tiba-tiba pedih, contact lens grey baru yang aku pakai tu pun rasa macam ada pasir-pasir, suara aku tak terkeluar..kalau keluar pun masa tu aku rasa mesti suara aku macam suara pondan sebab menahan sebak. Sadis betul menjadi seorang liyana yang berjiwa lembut ni. Tapi aku belagak macho weh..konon-konon cool dapat posting kat gemas tu. :(

Ketika aku menaip entri ini, aku telah selamat melaporkan diri di SMK Gemas. Sekolah tu betul-betul dekat pekan gemas. Pekan ok, PEKAN. Giant pun takde inikan pula Jaya jusco.Tapi kfc ada..ha boleh bangga sikit kat situ. hahahaha. Aku kena mengajar subjek kemahiran hidup dan juga landskap. Bersyukur di situ sebab tak kena mengajar yang bukan-bukan macam kimia ke fizik ke biologi ke. Dan sekarang aku menginap sementara waktu kat rumah sewa yang agak besar. Sebijik macam rumah Kak Mary masa aku praktikal kat Kuantan dulu. Sampai 26 November ni aku orientasi kat sekolah pastu cuti. 27 Disember nanti baru datang balik. Tak sabar nak tunggu 26 hb ni..haha :p



Uols doakan i gembira kat sini ye. :)



* Ala tak dapat nak tandatangan butterflyana macam selalu. Ni lappy housemate macam-macam plak rosaknye takleh nak klik kanan takleh nak klik kiri. Sabar je lah. Bye uols.

Sunday, November 21, 2010

nak mata cantik? pakailah celak mekah


Assalamualaikum.
Esok ialah hari yang dinantikan. Pejam celik pejam celik rasa macam kejap pulak padahal sebelum ni dah macam cacing kepanasan rasa lamanya. hahaha. So, untuk esok..aku berserah pada ketentuanNya. Di mana aku ditempatkan, di situlah rezeki aku untuk masa depan. Kata orang, tak baik mengeluh kalau dah tuhan nak bagi kita rezeki. Oleh itu, dengan hati yang terbuka aku akan bersyukur sahaja dengan keputusan penempatan esok. Untung badan kalau dapat dekat, boleh duduk rumah sendiri je tak keluar duit nak bayar sewa rumah ke apa ke. Kalau tak berapa untung dapat jauh pun takpe, ada hikmahnya boleh merasa duduk di daerah lain. Boleh belajar cakap loghat nogori. hehehehe....

Oh ya, berkaitan entri sebelum ini mungkin ramai yang tak suka dengan apa yang aku tulis pasal KPLI tu. Contohnya salah ke apply KPLI? Kalau kita tak apply, ingat senang ke nak dapat kerja sekarang ni? Kalau semua berfikiran macam yana, siapa yang akan apply KPLI tu nanti?
Ok ok. Kita semua berbeza. Pendapat kita pun lain-lain kan. Situasi lagiiiii lah berbeza kan. Kalau kau kat tempat aku merasai sakitnya hati menunggu keputusan posting dari kementerian, kau pasti akan merasa yang sama. Pasti! Jadi, aku hanya menulis apa yang lahir dari hati, ikhlas. Kalau ada yang tak suka, berhenti baca belog aku. Kalau suka sila lah kelik hari-hari. hehehe :)

Bulan depan Wan akan pulang ke tanah air dengan gelaran Hajah. Insyaallah dengan izinNya. Aku ingat lagi masa nenek pergi haji dua tahun lepas. Macam-macam nenek belikan untuk kami semua. Nak tau barang yang paling aku tunggu? Nak tau tak? Tak nak?
Ahh aku nak bagitau jugak. hee..Aku paling suka kalau dapat celak mekah. hehehehe. Kalau tak dapat celak mekah, gincu mekah warna hijau tu pun jadi. Haha teruknya perangai. Baiklah-baiklah benda pertama yang ditunggu ialah air zam-zam barulah diikuti dengan celak mekah. Ok perangai dah tak teruk kan? :p

Pastu, masa nenek bagi-bagi barang untuk setiap cucu, tiba-tiba aku dapat gelang mekah. Gembira jugak tapi masih kecewa sebab tak dapat apa yang diimpi. hehe :p Last-last, dengan muka yang sungguh tebal tak tau malu, aku bisik kat nenek. Nek, celak mekah takde ke? Haa patutnya nenek lempang je muka aku ni biar ada rasa malu sikit hahaha. Nenek pun jawab takde tapi sebenarnya aku tau ada. Disebabkan aku dah dapat gelang, maka takkan nak dapat celak pulak kan. Tiada keadilan di situ. Ohh aku sungguh pasrah.

Tiba-tiba bila dah balik hostel, masa kemas-kemas barang dari beg, aku nampak ada celak mekah dalam beg aku. Alamak, nenek memang buat i tersentuh hati tau. :) Ada dua celak nenek bagi. Satu yang jenis serbuk tu, satu lagi yang stick tu. Suka! Hari-hari aku pakai. Nak tidur malam pun pakai kau tahu? Betapa terujanya dapat celak mekah. hehehe. Sampai ke hari ni, celak tu dah hampir habes aku pakai. Sayang gila nak habeskan. 

Kali ini, aku tak harapkan apa-apa dari Wan melainkan Wan selamat pulang dengan sihat dan gembira. Itu dah cukup. Wan ialah ibu kepada abah manakala nenek ialah ibu kepada emak. Kot-kot la uols confuse kan. hehe



Ini nenek saya. Love u nenek. :)


* Mengharapkan yang terbaik pada hari esok.

Thursday, November 18, 2010

happy birthday to youuuuu



Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semalam, aku sekeluarga pulang ke kampung di Johor sana padahal nenek nak buat korban hari jumaat ni. Memandangkan kesibukan ibu dan bapa yang tidak mendapat cuti, tambahan pula adik akan menempuhi peperiksaan SPM selasa depan, maka harus juga pulang mendapatkan keberkatan gitu. Dan semalam juga ialah hari jadi adik yang ke 17 tahun. Sampai plaza tol Senawang petang semalam, abah terus je menuju ke Dataran Senawang.


Ingat nak makan kat sana rupanya beli kek saje pastu balek. Rindu nak jumpa baby sebab dah sehari tak jumpa. Boleh? hahaha :p


Tu dia birthday girl juga SPM candidates kite.


Mesti beli extra blueberry cheese cake sebab ibunda tak makan cheese.


Konon teruja. hee


Adik dan keknya. Alahai tulisan pekerja kedai tu kenapa cantik sangat. Menyesal aku tak offer nak tulis sendiri. Cewahh tulisan sendiri tu macam lah cantikkk sangat kan.hee


Make a wish~




Lepas makan-makan kek, laju-laju mandi dan bersiap-siap nak makan malam di luar.



Sebulat suara makan di sini. :)


Menunggu turn sebab orang ramai. Ni dah feeling berbuka puasa pulak rasanya siap kena tunggu dulu baru boleh ambik seat. hehe


Borak sana mengumpat sini ketawa situ, air pun sampai.


Sos dia tu memang terbaik. Yummy!


Tak sabar. Tak sabar. Cepatlah mendidih. Begitulah suara perut semua orang haha.


Our big boss. :)


Eceh ni paksa-paksa Naim ambik gambar aku. hehe malu tau :p


Motif?


Makan makan juga, posing posing juga..haa


Bila dah kenyang muka pun jadi buruk haha.


Ok. Habis.


Settle semua. Alhamdulillah...


Bukan dia belanjaa. Bukan.
Dia tukang bayar je. :p


Dah kenyang kan? Boleh balik sekarang.


Amboi gembiranya dia tu. 
Happy Birthday, Adik.
Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu ye.
Selamat menempuhi peperiksaan SPM yang tak susah sangat tu. hee
Semoga mendapat straight A's untuk SPM nanti.
Semoga menjadi akauntan yang berjaya eh ni macam awal lagi je? haha
Akak doakan yang terbaik untuk Adik.
Muahmuahh!


* Adik mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang wish dia kat facebook sana. Maaf, adik tidak dapat membalas kerana adik berpuasa facebook sampai spm habes. Sekian terima kasih.


Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com