Wednesday, June 29, 2011
wordless wednesday : cake!
lovingly created by yana lyana at 5:51 PM 2 butterflies concerned.
Labels: random picture /'s
Tuesday, June 28, 2011
tak faham lah
Sekarang ni, drama-drama dan movie-movie banyak berkisarkan cerita tentang pergaduhan la, ahli kongsi gelap la, ahli kaki pukul la, kaki buli dan banyak lagi yang mudah mempengaruhi budak-budak zaman sekarang TERUTAMA ANAK MURID AKU. Sejak naik cuti haritu, ketara sangat anak-anak murid aku dah terpengaruh.
Murid tingkatan 2. Bila aku check buku nota kemahiran hidup diorang, cover untuk bab baru aku suruh buat bukan makin hodoh lagi. Cincai gila. Buat asal ada je. Kalau cantik boleh la jugak aku bagi A+ ke A ke kan. Ni buruk tahap tak boleh blah terus aku bagi -C. Negatif terus ok!
Yang beria diorang lukis apa tau? Perkataan 'JUVANA' yang sungguh-sungguh dilukisnya. Siap warna ada shading bagai. Hadoi...sabar je aku tengok tau.
Dalam bengkel ketika masing-masing buat kerja kursus, aku terdengar diorang bercakap-cakap. Pastu dengan kuatnya berkata pada kawan dia....
Gemas ni kawe legend! Mu ni serupe ponde!
Itu memang pengaruh tv uols.
Murid tingkatan 4 pulak. Naik cuti haritu tiga orang murid membotakkan kepala. Tapi tidaklah botak licin. Nak tiru Botak dalam cerita Juvana tu uols. Menyampah betul.
Lepastu anak murid aku si Azroy tu kan selalu tak datang kan, punyalah lama tak datang tiba-tiba satu hari tu dia muncul pulak. Kawan-kawan yang lain pun apa lagi...
Abang besar sudah datang...Wa ingat lu sudah mampus!
Pengaruh KL Gangster uols. hatoiiiii
Yang ada geng-geng tu lagi pulak. Bila takde cikgu je mula lah buat rombongan tawaf satu sekolah. Naik blok tingkatan satu dan tingkatan dua tah apa jadah tah. Nak tunjuk dia senior lah tu padahal adik-adik tu membaca mengira semua lagi lancar dari diorang. Tak sedar diri betul. Ada pelajar lelaki tingkatan 4 dah pandai nak tunjuk samseng. Dia mintak duit perlindungan uols. Setiap bulan kena bagi duit. Kalau tak bagi, haruslah dibelasah. Adik-adik di tingkatan 1 dan 2 lah yang menjadi mangsa. Semua nak tiru cerita kl gangster, kongsi ngan juvana tu uols. Yang negatif laju je diikut, yang positif tengok pun belum tentu tau. ggrrrrr
Aku ingatkan budak sekolah menengah je yang cepat terpengaruh, sekolah rendah pun sama rupanya. hahaha..
Abang aku cerita budak-budak kat sekolah dia pun beria bercerita pasal KL Gangster tu. Pastu mula lah keluar dialog-dialog dalam cerita tu.
*__*
Siang tadi dalam kelas KH, kebanyakan murid aku sebok sangat nak bercakap loghat utara. Nak tiru watak Kedah dalam cerita Juvana lah tu!
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak faham laaa
lovingly created by yana lyana at 10:51 PM 1 butterflies concerned.
Labels: career focus
Sunday, June 26, 2011
wordless weekend :: 1
Alololo...
* Nur Syafiqah Abdul Rahim ialah bekas anak murid darjah 2 di SK Pasir Panjang, Port Dickson uols.
:)
lovingly created by yana lyana at 8:55 AM 0 butterflies concerned.
Labels: randooom
Saturday, June 25, 2011
satay tulang
Setelah makan, hasilnya ini. Takkan nak kunyah tulang pulak kan uols? hehe..
Kepada yang belum rasa ini sate, pergi beli dan makan ok? Jangan berada dalam kerugian. *tetiba
Oh lupa. Sate tulang ni ada dijual di Dataran Senawang sini. Dekat je so kita guna istilah sini bukan sana. :p
Selamat makan-makan!
:)
lovingly created by yana lyana at 6:21 PM 1 butterflies concerned.
Labels: randooom
Friday, June 24, 2011
Selamat Menjadi Puan, rakan motorku - siri ketiga
Lepas makan-makan sampai kenyang, sesi bergambar lah kita. Tapi time-time kitorang dah beria beratur belakang pengantin tu lah, pengantinnya busy. Kena salam sedara mara lah apa. Kena layan orang sana sini. Betul-betul kitorang beratur, terus pengantin bangun ok. Rasa macam malu pun ada. hahaha...
Nak cover malu punya pasal sebab semua orang dah pandang kitorang kan, maka bergambar juga lah. Tapi sesama kitorang je. Ili dah tah ke mana. Semua senyum feeling ala-ala pengantin uols.
kekeke...:p
Ilyana dan Liyana. :)
Dan aku mestilah nak bergambar berdua dengan pengantin kan. Ambik berkat katanya... hehe..
Dan akhirnya berjaya ambik gambar secara kite-kite ajee. Muka semua menjadi oren-oren uols. Habes mengikut tema betul. hehehe...
Warna khemah dan langsir-langsir tu yang memantulkan warna oren tu. Membara sungguh tema perkahwinan Ili ni. Ngaummm. hee
Zulia.
Dah makin hampir dah hari nak melapor diri di Sarawak. Selamat mendidik anak bangsa di sana, kawanku.
Ewah.
Sakan semua bergambar tau. Gambar dalam gambar pun ada. hee
Snap gambar makanan pengantin sikit-sikit sudah. Jeles sebab tak dapat merasa. Sempat curi tembikai je sikit. hahaha..teruk perangai.
*__*
Sekian sahaja siri selamat menjadi puan, rakan motorku. Haha tajuk merapu-rapu je kan. :p
Kepada kawan-kawan aku yang berkahwin sebelum-sebelum ini dan aku tidak dapat menghadirkan diri, aku memohon maaf yang tersangat-sangat. Mungkin ketika kamu berkahwin itu, aku ialah belum bekerja, belum mempunyai kereta, belum mempunyai duit sendiri untuk membeli hadiah yang vogue. Beli hadiah pun guna duit ptptn ha camno tuh?
Aku mintak maaf sekali lagi ye. Kepada kawan-kawanku yang telah berumahtangga, telah mengandung dan telah mempunyai cahaya mata, aku doakan semoga korang bahagia sehingga akhirat sana ok. Doakan juga kebahagiaan untuk aku supaya kekal seperti korang juga.
Bye. :)
lovingly created by yana lyana at 4:51 PM 1 butterflies concerned.
Labels: viva forever.
Wednesday, June 22, 2011
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu
lovingly created by yana lyana at 10:33 PM 1 butterflies concerned.
Labels: kisah medan maya
Introducing you my Bubu
Meow baru telah selamat diberi nama.
Bubu namanya sebab bulu dia sedikit gebu. Hihi :D
Dan Bubu dah ada rumah.
Juga ada kawan bernama Cici. Cici ialah ikan laga peliharaan I dan housemates I uols. heee
Bubu ialah comel uols. Dia akan mengiau tak berhenti kalau tak nampak orang. Kalau ada orang baru dia diam. :)
Selamat menjadi haiwan peliharaan kami, BUBU. :))
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
lovingly created by yana lyana at 10:43 AM 3 butterflies concerned.
Labels: blackberry, kucing
Tuesday, June 21, 2011
I ada meow baru
Aku sukakan kucing.
Tersangat suka.
Di belakang rumah sewa ada kucing liar.
Aku belikan makanan kucing untuk dia.
Setiap kali balik dari sekolah,aku mesti berkejar pergi belakang rumah sebab nak bagi kucing tu makan.
Tapi lepas cuti sekolah 2 minggu haritu, kucing tu telah hilang.
Lari mencari makanan kat tempat lain agaknya. :(
Sedih tau.
Tadi masa makan kat kantin sekolah, tiba-tiba ada anak kucing oren uols.
Bersih je dia.
Aku try la pegang dia kan.
Alololo manja gila uols.
Terpikat sungguh I tau.
Terus mintak kotak kat makcik kantin.
Kat makmal ICT uols. Tengah tidur. :)
Aku nak bawak balik rumah sewa.
*Tak sabar!
heee
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
lovingly created by yana lyana at 12:20 PM 2 butterflies concerned.
Labels: blackberry, kucing
Monday, June 20, 2011
pengalaman temuduga SPP
Aku posting pada bulan November 2010. Sebelum posting aku dah ditemuduga. Nervous jangan cakap lah masa tu. Alhamdulillah lulus dan berjaya dipostingkan. :)
Kepada cikgu-cikgu yang bakal ditemuduga, semoga berjaya ye.
Jangan risau sangat. Yang penting yakin je. :)
(eleh kau dah lepas beria lah kau nasihatkan orang kann..heeee :p)
Oh kepada Kss juga...Good Luck, Love. :)
Bye.
lovingly created by yana lyana at 10:53 PM 10 butterflies concerned.
Labels: career focus
Sunday, June 19, 2011
blog peribadi juga akan digodam?
lovingly created by yana lyana at 12:08 PM 5 butterflies concerned.
Labels: kisah medan maya
Saturday, June 18, 2011
See' U village steamboat, Seremban 2
lovingly created by yana lyana at 7:53 PM 1 butterflies concerned.
Labels: sharing is caring
Thursday, June 16, 2011
surat menyampah buatmu
lovingly created by yana lyana at 8:45 PM 6 butterflies concerned.
Labels: emo
Wednesday, June 15, 2011
pujaan hati
lovingly created by yana lyana at 8:53 PM 0 butterflies concerned.
Labels: video terpilih
Tuesday, June 14, 2011
lisa suriyana dah freehair...omg!!
Aku lempang kang...
lovingly created by yana lyana at 11:03 PM 11 butterflies concerned.
Labels: random picture /'s
Monday, June 13, 2011
Selamat Menjadi Puan, rakan motorku - siri kedua
Masuk je rumah, pengantin dah bersanding dah uols. Kitorang ni mula lah gosip-gosip. Muka pengantin lain la, Ili nampak kurus la, make up cantik la, barang hantaran semua nak dikaji. Dapat beg jenama apa, jam jenama apa, kasut jenama apa..semua nak busy body tau. Rasa nak lempang sorang-sorang sebab kecoh sangat. hahaha...:p
Gambar Ili sensorang ni je yang paling ok. Yang lain semua tak jadi. Pengantin tak duduk diam. hehehe :p
Ili nampak orennnn sangat! :)
Pastu apa lagi. Makan lah kitaa.
Lapar gila kot sebab perjalanan yang agak jauh. Aku dengan Kss tak breakfast pun. Lagi lah pulak kan. hehehe. Sanggup tak nak singgah breakfast ke apa sebab nak makan nasik pengantin punya pasal. hahaha...:p
Ada nasi minyak dengan nasi putih. Ada lauk ikan patin masak tempoyak dan lauk-lauk lain juga uols. Ala-ala masakan kampung gitu.
Zhu di hujung sana. Dapat posting ke Sarawak. OMG! terkezut daku masa dia bagitau haritu. Semoga kamu tabah di sana ye. Selalu-selalu lah update blog cerita pasal kamu di Sarawak nanti ok?hehe..:)
Mat Art.
The one and only jejaka idaman malaya kelas aku yang ikut serta. Very the sporting ok dia ni. Tiada kisah pun dia sorang je lelaki. huhuhu...
Ruby.
:)
Alololo....hehe...
Epho.
:)
Hana.
Pakai honda city sudah minah ni. Mula-mula ingatkan datin mana lah yang datang kan. kekeke...
Dan aku.
Apa jadah la tiba-tiba background gambar aku macam aku pergi kenduri tempat lain pulak kan. Macam horror gila rumah belakang tu. hehe...
Aku duduk kat belah hujung meja tu yang feeling anak tiri tu. Duduk pulak kat sebelah orang basuh-basuh pinggan tu ha. Anak tiri betol ni ha. hahaha...
lovingly created by yana lyana at 6:37 PM 0 butterflies concerned.
Labels: viva forever.