Followers

Pages

Friday, June 24, 2011

Selamat Menjadi Puan, rakan motorku - siri ketiga




Jom terjah  SIRI PERTAMA  &  SIRI KEDUA 



Dan ini siri ketiga merangkap yang terakhir :)










Lepas makan-makan sampai kenyang, sesi bergambar lah kita. Tapi time-time kitorang dah beria beratur belakang pengantin tu lah, pengantinnya busy. Kena salam sedara mara lah apa. Kena layan orang sana sini. Betul-betul kitorang beratur, terus pengantin bangun ok. Rasa macam malu pun ada. hahaha...









Nak cover malu punya pasal sebab semua orang dah pandang kitorang kan, maka bergambar juga lah. Tapi sesama kitorang je. Ili dah tah ke mana. Semua senyum feeling ala-ala pengantin uols.
kekeke...:p










Ilyana dan Liyana. :)
Dan aku mestilah nak bergambar berdua dengan pengantin kan. Ambik berkat katanya... hehe..










Dan akhirnya berjaya ambik gambar secara kite-kite ajee. Muka semua menjadi oren-oren uols. Habes mengikut tema betul. hehehe...
Warna khemah dan langsir-langsir tu yang memantulkan warna oren tu. Membara sungguh tema perkahwinan Ili ni. Ngaummm. hee










Kemba.
Bertanyakan hal-hal rumahtangga daripada Ili agaknya. oppps!
:p









Zulia.
Dah makin hampir dah hari nak melapor diri di Sarawak. Selamat mendidik anak bangsa di sana, kawanku.










Ewah.
Sakan semua bergambar tau. Gambar dalam gambar pun ada. hee










Snap gambar makanan pengantin sikit-sikit sudah. Jeles sebab tak dapat merasa. Sempat curi tembikai je sikit. hahaha..teruk perangai.
*__*




Lepastu semua pun beredar dari rumah Ili. Tak nak lama-lama berborak dengan pengantin. Kesian dia penat nak melayan semua orang.
So kitorang pun berpecah mencari haluan masing-masing.





Sekian sahaja siri selamat menjadi puan, rakan motorku. Haha tajuk merapu-rapu je kan. :p
Kepada kawan-kawan aku yang berkahwin sebelum-sebelum ini dan aku tidak dapat menghadirkan diri, aku memohon maaf yang tersangat-sangat. Mungkin ketika kamu berkahwin itu, aku ialah belum bekerja, belum mempunyai kereta, belum mempunyai duit sendiri untuk membeli hadiah yang vogue. Beli hadiah pun guna duit ptptn ha camno tuh?
Aku mintak maaf sekali lagi ye. Kepada kawan-kawanku yang telah berumahtangga, telah mengandung dan telah mempunyai cahaya mata, aku doakan semoga korang bahagia sehingga akhirat sana ok. Doakan juga kebahagiaan untuk aku supaya kekal seperti korang juga.



Bye. :)




1 butterflies concerned.:

me said...

chantek :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com