Followers

Pages

Wednesday, June 8, 2011

meow jahat!






Ini kucing aku bernama Baby. Memandangkan Baby dah remaja maka tak berapa sesuai nak panggil Baby. Maka sekarang kita semua panggil dia Abi.


Abi telah berada dalam zon gatal nak mengawan. Dulu masa dia baby, dia selalu duduk rumah je. Main-main dengan kitorang. Main gigit-gigit, main nyorok-nyorok, main kejar-kejar. Tapi sekarang dia dah mula nak main luar je. Cari makwe lah tu!


Perangai abi ialah pelik. Dia suka bergaduh dengan kucing lain. Aku pun tak faham kenapa. Kalau bergaduh, dia yang paling kuat menjerit. Bunyi gaduh dia tu memang satu taman boleh dengar agaknya. Betapa kuatnya sampai kitorang yang dalam rumah ni boleh dengar dia bergaduh kat hujung jalan sana. Masalahnya, dia je yang sebok menjerit. Kucing lain tak keluar suara pun. Abi memang gedik.


Kitorang selalu risau kalau dengar Abi bergaduh. Sebab selalunya dia akan kalah.
Bila dah balik rumah mula lah tempang kaki kanan, luka kat telinga, calar kat badan. Loceng kat leher dia toksah cakap lah. Berapa kali dah tukar. Hadoii. Pernah sekali dia balik, badan dia penuh dengan minyak masak. Ada lah tu jiran yang bengang dengan Abi sebab bising sangat bila bergaduh. Kitorang risau tu je. Kot lah pasni kena simbah dengan air panas pulak ke kan.


Kelmarin, macam biasa Abi main kat luar lagi. Tiba-tiba kitorang yang kat dalam rumah ni dengar suara dia tengah bergaduh. Kitorang abaikan je. Tapi makin lama makin kuat. Lama pulak tu tak berhenti-henti. Aku dah mula risau. Dia bergaduh betul-betul kat depan rumah orang tau. Tak pasal je orang tu mengamuk nanti kan. Aku dengan adik pun keluarlah konon nak sergah-sergah gitu je. Abi tengah bergaduh siap bergumpal-gumpal kot dengan musuh dia. Bulu tertanggal pulak tu. Aku pun sergah la kan. Musuh dia lari. Yang si Abi ni konon hero pergi kejar kucing tu tapi dihalang oleh aku dan adik. Macam main kejar-kejar tak bagi lari tu.



Aku tengok bulu Abi kembang semacam. Tapi nampak agak reda. Aku pun dukung lah dia. Dia ok je. Tiba-tiba dia macam kena rasuk tau. Dia mengiau kuat pastu gigit-gigit tangan aku, cakar-cakar lagi dengan kuku dia tu. AAAAAA SAKIT NAK MATI OK!
Aku terus campak Abi ke tanah. Dia sambung kejar musuh dia tadi. Ah lantak lah kau.


Aku rasa tangan aku pedih-pedih. Dan bila aku tengok tangan kanan aku penuh calar panjang siap berdarah. Di tapak tangan ada luka yang dalam kesan gigitan Abi. Sungguh-sungguh sakit. Aku berlari balik rumah. Ibunda terus memberikan rawatan kecemasan. Cewah...










Dan sekarang tangan aku dah ok. Luka dah kering but still rasa sengal-sengal. Aku tahu yang memang bahaya kita ambik kucing ketika dia bergaduh tapi tak sangka lah pulak jadi macam ni kan. Tak pasal je terus google pasal BAHAYA KENA GIGIT KUCING. HAHAHA :D
Dan aku terjumpa blog KUCING UTARA ini. Blog yang bagus untuk penggemar kucing macam aku. Walau kena gigit dan cakar teruk begini masih berasa sayang terhadap Abi. Camno tuh?hehe...





DAN BARU SEKEJAP INI ABI PULANG DENGAN KAKI YANG TERCELUP AIR LONGKANG!
GADUH LAGI LAH TU...gggrrrrrrr






harus mandikan dia sekarang...jaga kau abi!






3 butterflies concerned.:

mUnie UncLe hUsin said...

tu yang payah kalo pelihara kucing jantan.. bergaduh jek kejenye..
ni aku risau ni..
yang kecik, 2-2 ekor jantan..
kecik2 dah pandai melompat sane melompat sini..
blaja karate gamaknye..
hahahaha~

Amirul Faiz said...

meeeoowww...hehehe..im new..same2 follow k..

farah shamira said...

cuti sekolah ni musim mengawan nana. ko macam xtau ~ :D

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com