Assalamualaikum.
Time to steamboat lagi. Jom kita sambung episod makan-makan di steamboat. Petang tadi aku dan adik keluar beli barang sikit. Kalau keluar dah hampir-hampir nak petang tu memang tak sah lah kalau tak pergi minum petang. hehe..Selalu kalau pergi Tesco mesti kitorang beli kek lapis sarawak perisa coklat cadbury. Tapi tadi hilang ingatan pulak sampai tak teringat langsung nak pergi beli. Sampai rumah baru ingatan pulih. dush!
Dan kami makan-makan di sini. Tak pernah singgah pun sebelum ni. Saje nak try-try uols.
So i ambik hidangan untuk 2 orang. Meja dia dah siapkan setiap seat ada satu bekas steamboat tu. Kalau ambik hidangan untuk seorang, maka yang seorang lagi takde bekas steamboat dan akan terpaksa ambik makanan dari bekas steamboat dari yang seorang lagi. Begitu...
Adik yang selalu boring duduk rumah sensorang. hehe..Kesian dia. Daftar ke Taylor's College tu lambat gila lagi. Bulan 7 tu haa. Bercinta lah kau nak tunggu dik..heee
Dan aku pula ialah selalu boring duduk di Gemas sana. hahaha...
Kalau tiada apa-apa kepentingan, tiada aktiviti sekolah, haruslah aku laju je balik ke Seremban. Selalunya hari Jumaat tu lepas habes sekolah pukul 12 tengah hari memang aku dah menuju je balik terus. Dengan berbaju kurung tu jugak lah aku balik. Tapi kalau Una nak balik rumah kakak dia kat Labu sana, maka aku balik rumah sewa dulu, tukar-tukar baju segala dan baru bergerak balik. :)
Ok dah sampai. Inilah set yang kitorang order. Yes! yang penting ada bebola. hee.
Air soya cincau - Adik.
Soya aku ok lagi tapi cincau ialah tak ok. Aku tak minum cincau dari dulu lagi sebab aku bayangkan cincau tu macam berudu. hahaha.. sengal je kan. Tapi serius ohh tekak aku memang tak boleh terima. :p
Air plum soda - aku.
Sangat sedap. Masam-masam manis masin gitu. Terasa sampai sekarang kesedapannya uols.
Sllrpppppp! hehe...
Aku pilih sup tomyam dan adik pilih sup ayam. Tom yam adalah better uols. :)
Jadi bermakan-makan lah kitee. Pelahap gila panas-panas pun masuk mulut. Terus melecur lidah. hahaha...
Oh ya boleh pilih nak mi apa juga. Ada japanese noodle, yee mee dan mee hoon. Kitorang pilih japanese noodle. Alahai macam mi maggie je pun. :p
Adik beradik kerang ke apa tah. Seketul je dia bagi. Masuk dalam bekas steamboat terus tah ke mana isinya. Tinggal cengkerang dia tu je.
Sup habes boleh refill uols. Makan lah kau sampai muntah. :p
Dan berhenti makan apabila maggie saya sudah kembang! hahaha...(opss i bukan fan alex ok?)
Tak larat sudah nak makan lagi.
Dah kenyang dah kitorang pun pulang. Konon-konon balik rumah nak main badminton sebab terasa sangat gemok makan banyak tadi. Tapi bila dah sampai rumah memang tak la kan. Harus lah lepak-lepak, main-main dengan Abi, gosip-gosip je yang lebih.
HAHAHA :D
Ok dah. Bye uols.
Have a nice weekend!
:)
1 butterflies concerned.:
Bagi la location aaaaa
Post a Comment