Followers

Pages

Monday, April 30, 2012

Guru Penyayang



Assalamualaikum.

Sekarang ni semua sekolah di Malaysia mesti menerapkan nilai murni baru iaitu guru penyayang. Sebenarnya tak payah nak adakan program ni pun sebenarnya dalam jiwa seorang pendidik memang dah ada naluri penyayang. Sayangkan anak murid. Jangan kata cikgu tua lama, cikgu muda pun ada naluri sayangkan anak murid ibarat anak sendiri tau walau ko belum punya anak. :p


Tapi benda ni ada mendapat sedikit tentangan dari guru disiplin. Sebab diorang kan kejenye merotan pelajar je kan. So diorang rasa tak adil la nak nilai yang diorang bukan guru penyayang. Merotan pun sebab kita sayangkan anak murid kita kan. Tapi di mata pelajar lain pulak. 'Eleh cikgu Maarof tuu...penyayang apenye..hari-hari rotan bontot budak'. Nahh. Budak-budak kan. Memang menilai dengan apa yang diorang nampak je.


Bersabar lah wahai guru.







So ala-ala nak buat kezutan gitu. Pelajar-pelajar disebutkan nama di perhimpunan. Muka memasing cuak pastu fikir aku ada buat salah apa pulak ni. hahaha. Tapi kembali lega bila nama guru-guru juga disebut dan diminta berbaris. Untunglahh siapa yang sambut harijadi bulan Februari. Bulan Ogos nanti tak buat siap ehh.. :p







Kebetulan ada persembahan pelajar sempena diorang nak masuk Pesta Muzik. So guna khidmat diorang je nyanyikan lagu 'Happy Birthday To Youuu'.
Fuhh kemain bersorak semua pelajar dalam dewan.








Lalu kek harijadi pun di bawa ke tengah pentas oleh cikgu-cikgu gorgeous. Eh? :p









Cakkk!
Tak cukup gorgeous ke tu? 
Ok ok dah dah.









Semua pun terdiam. Tak pernah pulak ada sambut hari jadi macam ni kan. :)









Ada tiga biji kek. Kek untuk guru, kek untuk pelajar lelaki dan kek untuk pelajar perempuan. Selesai menyanyi, acara potong kek dan suap menyuap. Rasa sweet pulak moment tu. :')








Kad harijadi untuk pelajar :)

Percayalah, cikgu-cikgu semua sayangkan kamu.....




Saturday, April 28, 2012

jom~~siakap stim!



Assalamualaikum.

Sejak dua menjak tiga menjak ni selalu feeling nak kurus nak kurus. Elak makan nasi la. Setiap petang main badminton kat dewan sekolah. Peluh-peluh sebab kutip shuttle je yang lebih maklumlah lawan dengan murid tingkatan satu. Eh? Bajet murid tingkatan satu tak terror? Pastu bajet lagi diri sendiri lebih terror dari murid? Hakikatnya kadang kala cikgu ni la yang nak pukul bola tapi tak kena sebab tu lah kerja asik mengutip shuttle aje. hahaha :p






So jom kita masak yang stim-stim supaya kekal sihat walafiat.








Ikan paling sesuai dan sedap the umphh untuk masak kukus-kukus ni ialah ikan siakap. Lumurkan dengan sedikit garam dan sos tiram.









Rendam dan hiriskan cendawan shitake. Orang kata, bagus makan cendawan ni untuk membersihkan usus. Yeke?









Cendawan butang banyak-banyak!








Buah plum masam manis. Fuhh kecur air liur...








Air perahan lemon.







Masukkan kesemua bahan tadi dan biar dia masak dalam periuk kukusan. Jangan lupa masukkan bawang putih, halia, hirisan cili padi dan daun bawang. Mak kata, nak tahu ikan kita dah masak ialah bila mata putih ikan tu terkeluar. Aku lagi suka kalau letak sos tiram banyak-banyak. Very the umphhhh lah. :)



Salam Sabtu uols ~




Monday, April 23, 2012

stress tau cikgu macam nii



Assalamualaikum.


Sabtu yang lepas ialah hari ganti sekolah. Seperti yang dijangka kehadiran pelajar sangat menyedihkan. Aku rasa uols yang ada facebook aku pun dah tahu kan. Puas aku memekak pasal kehadiran pelajar yang sorang dari duapuluhempat orang tu. Aku buat status tu saje je nak sharing is caring dengan semorang supaya semua tahu perangai budak zaman sekarang yang suka tak datang sekolah bukan nak merungut ke apa. Terpaksa tau jelaskan kat sini sebab ada yang komen jangan merungut lah itu tanggungjawab lah apa. Tak kisah lah asalkan yang kenal aku tahu kan aku macam mana?


Pastu pagi tadi pelajar-pelajar kelas aku yang tak datang hari sabtu tu kena denda. Denda rotan di perhimpunan. 


Elok pulak lepas perhimpunan memang terus aje kelas landskap aku. Masuk je kelas diorang boleh gelak-gelak borak-borak macam takde apa-apa yang berlaku. Tak rasa bersalah langsung ok.
Terus mendidih je hati aku. Memang kena ajar diorang erti penyesalan ni.


Aku perasan kan. Sejak aku jadi cikgu ni, aku dah pandai nak membebel. Tah apa lah yang aku bebel kat tingkatan 5 Cantik tu. Sedar tak sedar dekat satu masa jugak lah aku membebel. *macam tak percaya* hahahaha..


Aku harap apa yang aku bebelkan tu terkesan la dalam hati diorang. Jangan nak suka-suka tak datang sekolah padahal ko tingkatan 5 tak lama lagi nak SPM. Aku pulak yang naik risau. Dah la ujian 1 haritu keputusan masing-masing...subhanallah. Bahasa Melayu pun ko boleh fail? Masih juga nak ponteng sekolah?
hadoi la....








Ni pulak dengan pelajar tingkatan dua masa Kemahiran Hidup. Ni pun tiga ketul je yang datang ok. Sungguh menyedihkan sampai cikgu pun nampak sangat tak berseri kat situ. eh?



 Terserlah kestressan cikgu dan tiba-tiba cikgu jadi lebar dan muka berminyak. Kan? :p




Saturday, April 21, 2012

Imbas Memori :: Terima kasih 'teaching practise' (1)



Assalamualaikum.

Hai uols. Tiba-tiba mood nak mengimbas memori. Belek-belek gambar lama lalu teringat-ingat zaman dahulu kala. Pastu tiba-tiba nak rindu-rinduan. Lalu terhasil entri macam ni. Siap ada 'Imbas Memori' kat tajuk entri bermakna akan menyusul lagi entri mengenang masa silam tak kira lah zaman apa pun. Boleh kan macam ni? Ala-ala kenanganku kenanganmu jua. :p


Kenangan yang masih segar di ingatan ialah ketika latihan mengajar (teaching practise) kat Kuantan. Tak pernah terfikir pun nak merasa hidup kat negeri Pahang tau. Tiga bulan duduk sana, banyak tempat dah berjaya ditakluki. Kebetulan dapat kawan-kawan sepraktikal yang jenis suka berjalan jugak. Memang mendapat lah. Hujung minggu ada je plan nak merayau. Siap ada kereta sewa khas lagi ok. :p






Taraaa~
Inilah kereta kelisa merah cun yang banyak berjasa. Setiap kali nak berjimba-jimba, memang kereta ni lah yang dicari-cari. :)





Antara lokasi yang berjaya dilawati ialah Pantai Teluk Chempedak. Cantik sangat tempat ni. Dengan pengunjung yang ramaiii dan menjadi tumpuan remaja-remaja nak melepak.(motif : feeling remaja lagi)






Kemain excited si perempuan tudung putih tu kan? Rasa nak lempang je dia. haha..



Sekarang ni baca status bekas anak murid kat facebook, kejap-kejap 'lepaking at Teluk Chempedak'. Kejap-kejap lagi Reunion @ McD Teluk Cempedak'. Pastu karang 'Jumpa kat TC jommm'. Haihhh. Ke TC saje ye kamu-kamu semua ni. Nasib baik dah tak duduk situ kalau tak memang mengadap muka anak murid je lah kalau datang situ. hehe..







Sampai dah kahwin lah kawan praktikal aku sorang ni. :)
Bolehlah kiranya aku buat ucapan di sini ye?
Selamat Pengantin Baru buat Madiha yang comel lagi cun ni. Tak sangka dah kahwin dulu sebelum aku. hehe..:p Semoga kekal bahagia hingga ke syurga ye kamu. :)






Tengok muka masing-masing kemain bahagia lagi. Macam pertama kali jumpa pantai. hahaha.. :p
Tapi serius oh. Pantai Teluk Chempedak memang cantik dan bersih. :)







Ini kenangan paling mesti diberitahu di sini. Helikopter lalu atas kepala je uols. Dapat snap gambar pulak tu. Uols ada? hehehehe :p







Terima kasih Teaching Practise kerana membawa aku ke sini. Ada jodoh, panjang umur kita jumpa lagi.:)
Next lokasi di mana pula? Tungguuuuu..heee~





* Kredit gambar to rakan sepraktikal : Noor Alina. Sorry kamu. Kita curi gambar dari facebook kamu. :p



Thursday, April 19, 2012

Alahaiiii




Assalamualaikum.

Semalam aku dikejutkan dengan gosip tiga orang pelajar sekolah aku kena tangkap khalwat. Astaghfirullahalazim. Khalwat ok. Khalwat! Memula aku dengar gitu-gitu jelah. Diorang kena tangkap kat homestay. Ada dua pasangan pulak tu. Punyalah adegan secara beramai-ramai agaknya.
Dengar sana sini bercerita. Kecoh satu sekolah!


Aku masuk kelas landskap terus aku nasihat pelajar-pelajar aku. Nasihat itu ini apa yang patut. Aku cakap aku taknak dengar anak murid kelas aku terlibat dengan benda-benda tak senonoh macam ni. Kalau aku dapat tahu ada yang tertangkap macam ni, aku datang kat dia terus tampar je. Tak cakap apa-apa dah.
Diorang senyap je. Masing-masing tak berani nak bersuara. Aku bajet macam...ha bagus aku nasihat terus terkesan dalam hati sanubari memasing. hehe..


Tengah hari.
Aku dapat relief kelas aku sendiri. Tingkatan 5 Cantik tu. Kaki aku melangkah masuk je dalam kelas, tetiba anak murid aku serbu.

'Cikgu! cikgu dah tampar Samad (nama terpaksa diberi taktik penyamaran) ke?'
'Kenapa pulak cikgu nak tampar Samad tetiba ni?'
'Kan samad yang kena tangkap basah tuu?'

OMG. Terkejut beruk aku kat situ tau uols. Tapi pura-pura dah tahu je tau.

'Aahkan..belum jumpa dia lagi..Nanti jumpa cikgu tampar la'

Rupa-rupanya yang kena tangkap tu anak murid aku. Cis betul. Anak murid aku ialah lelaki. Lagi dua ketul pelajar perempuan tu kelas lain. Seketul lagi lelaki ialah orang luar. Nak kata tak sangka tu tak jugak sebab si Samad ni boleh tahan jugak perangai dia. Dengan kehadiran ke sekolah sangat mendukacitakan. Surat amaran kedua dah aku hantar ok. Pelik betul perangai budak macam ni. Tapi tak tahu lah pulak sampai dia berani tak datang sekolah sebab nak berkhalwat pulak kan.


Geram je rasa hati ni tau. Aku tak pasti la lepas ni berapa lama pulak Samad ni akan tak hadir ke sekolah. Malu katanya kan. Gila ko tak malu. Silap-silap berhenti sekolah terus. Kahwin kan aje. Dah gatal sangat kan. Khalwat lah ko 24 jam tak berhenti. Pastu kerja lah tanam pokok cili ke pokok terung ke buat belanja bagi bini ko makan nanti.




Macam-macam budak zaman sekarang ni.
:(






Wednesday, April 18, 2012

Congratulations Guys!


Assalamualaikum.


Masa perhimpunan rasmi Isnin haritu, dewan sekolah meriah sangat sebab ada sambutan harijadi guru-guru dan pelajar. Itu nanti-nanti i cerita ok?
Bertambah meriah dengan persembahan group Puisi dan Lagu sekolah yang akan bertanding sempena Pesta Muzik daerah Tampin. 
Tahun lepas aku berkesempatan tengok diorang bertanding sebab kebetulan sekolah aku jadi tuan rumah untuk pesta muzik tu. Tapi tahun ni kirim salam aje. Dapat tengok persembahan dalam dewan sekolah sendiri je pun boleh. Jadi lah kan. :)






Penyanyi solo kita yang dah berada di tingkatan 5 tahun ni. Kesian sekolah nanti. Tahun depan siapa pulak la nak ganti dia.








Seorang pelajar sedang mendeklamasikan sajak.








Ahli group bertenang aje.







Dan bernyanyilah ko di situ. Sedap ok lagu diorang nyanyi. Penyanyi solo tadi tu lah yang menulis lirik. Dapat pulak suara pelajar perempuan dua orang ni gemersik kalbu gitu. Memang kena sangat. Kita dengar pertama kali pun boleh nak ikut nyanyi. *over*


Dan hasilnya, kemenangan di tangan mereka. Johan di peringkat daerah dan akan pergi ke peringkat negeri. Tengah pulun berlatih la diorang sekarang ni.



* Anyway, penyanyi perempuan yang freehair tu ialah sarawakian sebab tu cun sangat. Cikgu tengok pun rasa tergugat tau. (MOTIF???) hehehe...:p




GOOD LUCK, GUYS!







wordless wednesday : Selamat Hari Kokurikulum






Walaupun koko (panggilan pasar) batal hari ini. YESSS! :p




Sunday, April 15, 2012

Asalkan i update



Boleh tak tajuk macam ni? hehe..

Suatu petang di kedai mamak...

Nak minum apa adikk?


Air buah ada tak?


Air buah takda.


Fresh orange ada?

Ha..fresh orange ada.

@#$%^&*()(&^%

Tak tahu pulak aku kalau oren tu bukan kategori buah kan?
ekekeke... :p






Alahai lah engkorang berdua ni. Dah lah kacak bergaya dan cantik jelita. Memang padan sangat. Jeles i tau. :p
Tengok drama diorang malam tadi tak uols? Kalau tengok meh gimme five! hehe...



Ok entri i ni sepadan kan dengan tajuk? :p
Bye.



Thursday, April 12, 2012

p.e.n.a.t



Assalamualaikum.

Minggu ni terasa penat.
Tak tahu lah apa yang penat sangat.
Bukannya aku pergi bersukan berjogging lapan pusingan padang pun.
Tapi penat ni lain macam.
Dari hari Isnin haritu semua sibuk sebab pihak PPD nak datang hari Khamis.
Siang tadi lah diorang datang nye.
Dari kelas bawak ke bengkel bawak ke fail panitia, audit akademik lah apa segala mak nenek fail semua nak dicerap.
Paling penting diorang nak cerap guru!
Oh ini paling takut ok.
Mendapat pulak aku ada tujuh masa mengajar harini.
TUJUH masa ok.
Debaran tu setiap hari aku rasa tau nak menanti ke hari khamis.
Puas lah fikir nak buat set induksi apa, nak buat aktiviti apa, nak bagi latihan apa.
Siap bawak ke mimpi ketika tidur i uols.
Tak cukup dengan mimpi,
Malam semalam siap tidur tak lena.
Sekali la tu dengan amaran tsunami tu.
Kejap-kejap terjaga pastu tengok jam pastu fikir aktiviti murid aktiviti murid.
Dahsyat betul tau.
Aku pun tak pasti kenapa sampai macam tu jadinya.
hehehe..

Semalam cuti kan.
Tapi sekolah aku macam tak cuti ok.
Semua sibuk datang sekolah.
Buat itu buat ini, kemas kelas, hias kelas, siapkan fail lah, update carta kokurikulum lah.
Macam-macam.

Dan siang tadi.
Masa yang ditunggu-tunggu.
Aku yang kelas padat ni, satu kelas pun dia tak datang jenguk tau.
Penat i bertungkus lumus buat bahan bantu mengajar segala tu.
Penat i berdebar-debar saban hari.
Aktiviti berpusatkan pelajar kemain lagi siap pelajar pun tanya 'cikgu ni belajar ke main-main?'
Cikgu bersungguh-sungguh buat aktiviti untuk kau belajar kau kata kita nak main-main nak?
:p


Dan sekarang penat masih terasa.
Penat otak ni sebenarnya jauh lagi letih dari penat fizikal.
Penat fikir.
Penat berdebar (tiba-tiba)
Sekarang ni aku nak rehat je. 



Harap-harap tidur malam ni tak terjaga-jaga pastu fikir aktiviti pelajar lagi. :p




Saturday, April 7, 2012

Beauty Review : Ronasutra Mineral Powder


Assalamualaikum.

Hai uols. Pernah dengar tentang bedak ronasutra? Pertama kali guna dah berkenan dengan bedak ni tau. Dia bukan compact powder tau. Kena apply kat muka guna span muka. Serius ok kalau pakai waktu pagi, akan tahan sampai ke petang. Rasa berseri-seri je muka ni. Sangat-sangat best. :)

Meh i share dengan uols pasal bedak ni ye. Copy paste dari google je. :p


♥  PROFIL BEDAK

 -> Diperbuat daripada 100% tanah galian asli & bahan mineral terpilih untuk melindung, merawat & merapi wajah.
-> Berfungsi sebagai pelindung matahari(sunblock), bedak asas (foundation) serta bedak solekan.
-> Bebas daripada talkum, bahan sintetik, minyak, pengawet dan pewangi.



♥  KELEBIHAN BEDAK

* Melindungi kulit dari sinar UV matahari (SPF 35), habuk, kotoran dan bakteria
* Merawat & mengurangkan masalah jerawat & resdung, iritasi kulit disebabkan "peeling", pori kulit yang besar serta kulit berminyak/kering
* Sesuai untuk semua jenis kulit, umur & jantina
* Boleh dipakai semasa waktu tidur tanpa mudarat
* Merapi & menyerikan wajah dengan hanya satu sapuan. Tidak perlu guna foundation berasingan. Serbuk halus & lembut, tidak kelihatan bertepung
* Tahan lama & menghalang kulit berminyak;
* Formula halal & suci serta bebas pewangi boleh dipakai pada waktu solat/haji
* Tiada tarikh luput.






Saya memakai Ronasutra Mineral Powder color cream peach. Apply bedak ni selepas kita sapu moisturizer. Selepas beberapa ketika kan, bila krim muka kita tu sebati dengan bedak ronasutra ni, kita dapat lihat muka kita macam glowing-glowing gitu. :)






♥ 5 JENIS PILIHAN RONASUTRA MINERAL POWDER

01 : Cream peach - Kulit cerah kemerahan
02 : Sawo yellow - Kulit cerah kekuningan
03 : Natural buff - Kulit sederhana kekuningan
04 : Honey - Kulit sederhana kemerahan
05 : Mocha - Kulit gelap



Aku pilih kod 01 : Cream Peach sebab konon-konon perasan kulit aku cerah kemerahan. :p Padahal rasanya aku sesuai pakai kod 02 atau 03. Tapi bila guna kod 01, tetiba je muka pun jadi merah-merah sikit. Automatik je uols. Maka teruskan aje pakai kod 01 tu. Sangat puas hati. :)






Baru petang tadi i repeat beli Ronasutra Mineral Powder ni. Sekali beli boleh tahan dalam dua bulan lebih uols. Padahal guna setiap hari. Memang jimat sangat tau. :)
Boleh beli di kedai-kedai kecantikan atau kedai-kedai jamu. Harga dalam RM 40++ macam tu.
So pilihan di tangan anda. Anda yang menentukan *tiba-tiba sangat kan








Jom berbedak-bedak gegurl semua :)

 

Tuesday, April 3, 2012

Welcome Cikgu Kamal!



Assalamualaikum.

Sedar tak sedar dah setahun tiga bulan aku mengajar subjek landskap.
Mula-mula rasa berat sangat.
Rasa tak boleh blah mengajar subjek tu.
Rasa beban sangat nak mengajar murid tanam-tanam segala.
Rasa kasar sangat mengajar simen ferro, buat kolam, buat pergola bagai tu.

Tapi lama-lama dah mula jatuh cinta sikit.
:)
Dan sekarang dah rasa agak serasi.

Pagi tadi.
Tetiba ketua bidang datang jumpa aku.
Dia bagitau cikgu landskap yang dah pindah dari sekolah kitorang dah datang semula.
Sebelum ni dia pergi sambung belajar ke apa tah.


Aku diberi pilihan sama ada nak terus mengajar landskap atau tak payah dah.
Gugurkan landskap dan pilih untuk mengajar subjek lain.
Sains ke sivik ke PJ ke PS ke apa ke.
Macam mana ni.
Tak tau nak buat pilihan.
Tak tau. Tak tau.

Kalau benda ni berlaku tahun lepas,
Memang dengan pantas aku akan kata yes.
Tanpa ragu-ragu tau.
Tapi benda ni berlaku sekarang pulak.
Masa aku dah seronok-seronok mengajar subjek tu.
Masa aku dah ngam dengan students landskap semua.
Benci situasi ni.
Betul-betul dalam dilema ni.


Rasa nak lempang cikgu baru datang tu. (tetiba)
Tapi tak jadi sebab nama dia Cikgu Kamal.
oh myyyy!!!
Kenapa nama cikgu tu Kamal pulakkk.
hehehehe (eh tetiba suka tak tentu pasal padahal tadi emo)
Kalau betul-betul Kss yang datang mengajar sini kan ke bagus. Eh?
:p







Gambar masa mesyuarat PIBG last week. I dengan housemate semua tak bertuah ok. Sebanyak-banyak hadiah untuk cabutan bertuah, seketul pun takde yang kena tau. Memang kena mandi bunga masing-masing ni.
Heeeee~




* Dalam dilema*





Monday, April 2, 2012

cantik bha kau itu. eh?



Assalamualaikum.
Meh layan lagu ni kejap.





Siang tadi masa kelas landskap.
Aku mengajar lukisan pelan rekabentuk landskap.
Sambil-sambil buat lukisan,
Anak murid aku asyikkk lah menyanyi lagu ni.
Ulang lah banyak kali.
Kejap-kejap nyanyi 'memang aku ini anak orang miskin'
Kejap-kejap lagi 'engkau memang cantik'
Kejap lagi pulak 'tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan, rumah ku pun tiada ada pun bapa punya'
Aku pun macam...
Eh lagu apa engkorang nyanyi ni? (konon feeling diorang reka lagu lagi buat cikgu ni)
Ala-ala lagu Cikgu Ayu dulu tu. hihihi...perasan tau.
Tak memasal je kena bahan cikgu ni tak up to date laa.
Eh?
Dah aku pulak yang tak up to date?
Lempang jugak nanti kang.
hehe..
Memang tak up to date lah agaknya kan sebab tak pernah dengar pun lagu ni?
:p





Eh uols up to date ke???
ekekeke...





Sunday, April 1, 2012

Bbq time!



Assalamualaikum.

Dah lama tak buat makan-makan satu keluarga di rumah. Semua sibuk dengan hal masing-masing. So sebelum bulan Mac melabuhkan tirai, marilah kita sambut harijadi mak pada 5 Mac haritu sebelum mak kecik hati sebab macam kitorang tak ingat harijadi mak je kan? hehe...






Kek separuh sebab semua boleh makan one slice je. Lebih dari tu confirm nanti tempat kek ialah di peti ais je berminggu-minggu. Tak habes kann.







Sepotong kek setiap seorang sudah cukup.





I je yang rasa tak cukup. :p


Dan malam tu, kita buat bbq sikit. Nak bagi rumah ada asap-asap sikit. heee...
Jom get ready untuk makannnnn!






Ayam dan sosej diperap dengan sos bbq.







Tutup dengan aluminium foil supaya lebih rasa gitu. Biarkan beberapa jam.







Lepas dah hidupkan bara, sesi cucuk mencucuk pula.







Ada mihun goreng kosong. 







Salad.







Mangga manisss.








Tauhu.









Sosej yang dah dibakar






Udang dan sotong bakar.







Sambal kicap.






Ayam dah dibakar.







Salad yang siap gaul dengan sos thousand island. Ni paling favourite! Sekelip mata je  dah licin. :p








Tauhu bakar pun laku. Rangup je bila dah dibakar.






And lastly. Air berkhasiat ni. :)
Selesai sesi makan-makan sefamily. Habis je bbq, satu rumah bau asap. :p
 Selamat Hari Jadi, Ibunda. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu. We love you so much!

Setakat ini sahaja cerita bergambar saya. Bye uols :)



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com