Followers

Pages

Monday, February 15, 2010

konflik paling i benci!




Aku paling benci bahagian ni.
Sumpah tersangat benci.

Aku rasa aku harus menjadi aku tanpa perlu hipokrit plastik tegar semua tu.
Mula-mula lapor diri di sekolah memang teruja tahap teratas la.
Tapi makin down dan down mengikut masa.
Semakin lama jangka masa praktikal, semakin berkurang tahap keterujaan.
Lebih kurang macam tu lah hipotesisnya.


Kau bayangkan bila kau ikhlas buat kerja tanpa banyak dolak dalih serta berpenat lelah seperti dibayar gaji padahal tak, orang tak nampak.
Tapi.
Tiba-tiba kau dengar cerita ada mama juwie yang kecoh sebarkan cerita kau buat kerja berkira, ha yang itu semua orang nampak.
Tapi disebabkan posisi kau tersangatlah kerdil maka kau tiada hak untuk menegakkan benang yang kering.
Ok fine takpe boleh sabar lagi.

Dan bila.
Tiba-tiba ada pulak mamat hensem kat situ menjadi murah hati nak belanja lunch.
Kau pun memang tengah lapar busy tahap takde masa nak pergi beli makanan maka terima offer itu.
Nasi ayam je pun bukan chicken chop ke beef steak watsoeva tu.
Tiba-tiba kecoh satu dunia kau mula nak berbaik-baik ada makna dengan mamat tersebut.
Dasar Mak Senah takde keje lain selain jaga tepi kain orang.

Dan lagi.
Bila profile facebook kau ada yang buka ketika waktu sekolah.
Orang yang buka tu pulak memang kawan sendiri yang sengal tak boleh blah.
Kecoh satu bengkel mengupas dan menilai identiti seorang guru bernama aku.
Bajet semua cikgu memang skema pakai baju kurung juga kalau keluar pakai seluar slack juga blouse.
Memang bukan aku lah kan.
Boleh ke kalau kau tak rasa marah kat kawan kau tu?

Juga apabila.
Orang yang bijak mengambil kesempatan memilih kau sebagai mangsa.
Mengambil kesempatan di sini bermaksud,
Eh kau kan cikgu muda pandai teknologi kreatif lagi inovatif.
Buatkan la slide power point untuk tajuk sekian sekian yang memang takde dalam list pengajaran diri kau sendiri.
Maka kau tak berani nak kata tak boleh.
Dengan fokusnya kau siapkan jugak satu modul untuk tajuk yang diminta.

Tambahan lagi.
Ada pulak kau dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai.
Ada pihak yang tak sukakan kau.
Cemburu dengan kewujudan kau kat situ.
Mencari sebab untuk buat cerita pasal kau even trajedi ringan seperti nasi ayam sekalipun.
Bila kau dah kenal orang tu,
Surely lah kau pun hairan kenapa lah dia ni anti sangat ngan kau kan.
Tapi disebabkan kau ni orangnya lantak la ade aku kesah, maka kau buat tak tau je.
Sebab kau tau dia cemburu kau kan lagi cantik dari dia.
Itulah hakikat sebenarnya.

Memang semuanya buat aku meluat je berada di sana.
Cuma pelajar-pelajar pulak yang makin pandai menambat hati untuk aku terus kuat.
Dapat pulak ada sorang budak tu muka memang saling tak tumpah lah macam muka adik.
Sumpah sama.
Fizikal memang sama 98%.
Tiap kali aku pandang dia memang macam aku pandang adik lah.
Juga pelajar-pelajar lain yang memang dari azalinya sukakan cikgu praktikal.
Maka aku sentiasa rasa dihargai oleh pelajar-pelajar.
Cukup untuk buat aku bertahan.
Nasib baik.

Muka diorang tak nafi memang muka gatal tapi okay sebenarnya. :)


* Oh baru aku faham erti sebenar konflik rakan sekerja. Haih macam-macam perangai!


13 butterflies concerned.:

SyaffeQ said...

rilek rilek k..

cari cara camne nk lepas semua tu..menulis ni pon slah stu care gak :)

Qisha said...

salam kenal..saya pun bakal menjalani praktikal di sekolah..takut la plak

Muhammad Safie said...

cikgu dia comel..patut ar..kahkahkah

acap2405(1169) said...

haha..
aper kater..
dajalkan laptop "rakan sekerja" cikgu tuh..
takpon report kat pengetua..

mUnie UncLe hUsin said...

dia susah nk faham orang CANTIK cm kita kan yanna??

sebab dia xsmpai taraf CANTIK kite tu..

hahaha..

F I T said...

sabar je la..manusia ni biasa lah..tak semua suka dengan kita. yang penting kita tau apa kita buat..this is your stage. make it yours..not their stage.. :)

Nabiel said...

hahaha~
dlu tyme skula mmg suke sakat ckgu2 pratikal nie~
tp msti bdk2 tuh takde yg pntg~
rjin jek smua msuk klas klu ckgu nye cmnie`:P

Lt. fDanialz said...

sabo cekgu sabo..
kat mane2 tempat kerja pun mesti ada konflik dengan rakan sekerja jugak..

per2 pun, kerja cekgu ni sangat2 mulia.. ilmu mengajar pahalanya takkan terputus sesudah mati

per2 pun saya sokong cekgu lyana =]

-cekgu matematik

butterflyana said...

thanks semua. :)

faqhrule said...

haih kan best kalau chegu praktikum dekat sekolah perempuan semua...

nazrin zaidi said...

politik tempat kerja.

huh...komplikated.

guru oh guru..

nabila said...

sabar ye kak. dugaan sorg ckgu. besala..x sume org puas hati ngan kte. sy doakan akk kuat smgt!

notso_violet : seindah bunga seri pagi said...

konflik rakan sekerja?
errr..nana buat kte takut nak kerja haha.
Kawen jela kan. tapi konflik rumah tangga pulak nanti iskh payah btol.heheh

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com