Followers

Pages

Thursday, February 18, 2010

rough day


Satu pagi yang indah permai…
Aku dengan semangat yang biasa-biasa melangkah ke Terminal 1 Seremban untuk naik bus balik ke Kuantan.
Tiket bas yang ayahanda belikan aku tengok berulang kali.
9.00 a.m
Seremban - Kuantan
Platform 35
Ekspres Kesatuan.

Ekspres Kesatuan? Jenama apa tah tak femes langsung dengar pun pelik je. Tapi takpe cool babeh semua bus sama je kot.

Dalam 8.30 a.m camtu aku dah sampai depan platform 35.
Memang bus dah ready parking cantik je kat situ.

“Dik, nak pegi mana ni?”, tanya pakcik kedai betul-betul depan platform 35.

“ Pegi Kuantan, pakcik”, jawabku.

Ha ni la bus pegi Kuantan”,pakcik berkata sambil tunjuk bus depan kedai dia tu.

Tapi bus tak bukak lagi, tempat letak beg kat bawah tu je dah sedia bukak. Aku pun pergi letak beg aku kasi dalam sana. Kemudian pergi kedai pakcik tadi beli air kotak susu strawberry ngan twiggies coklat. Buat alas perut maklumlah aku langsung tak makan apa-apa lagi ni.

Jam dah pukul 8.55 a.m.
Tapi tiada tanda-tanda driver bus panaskan enjin pun?
Aku dah mula risau sikit tapi masih cool babeh macam tak perlu risaukan apa-apa.
Orang yang nak naik bus tu mula ramai.

9.05 a.m.
Aik tak jalan-jalan lagi kata bus pukul 9?
Macam mana nak jalan penumpang pun tak naik lagi.
Masa tu la konduktor bus sebok nak check tiket penumpang.

“Sengal gila dah lewat 5 minit baru nak check tiket”, kataku dalam hati.
Tapi takpe aku masih cool babeh lagi.
Tengah konduktor bus check-check tiket, penumpang still tak naik bus lagi.
Tah driver kedua dia agaknya sebok pulak nak menyapu dalam bus tu.

“Awal-awal taknak plak dia sapu, ni dah 9.15 a.m kau baru sebok nak menyapu kejadahnya”, kataku dalam hati lagi.
Masa tu tanda-tanda protes mula bersemai dalam diri aku.

Dalam keadaan persemaian emosi aku tu, tiba-tiba…
Bus tu dengan slow motion berundur ke belakang tapi yang tengah menyapu tu tak perasan.
Berderau darah aku.
Orang ramai kat situ mula bising.

“woi, bus woi!! Bus tu reverse tu!!!!”

Orang yang tengah menyapu dalam bus tu dengan pantas duduk kat tempat driver.
Tapi takde apa-apa effect pun.
Break tak makan agaknya.
Hati aku mula berdebar-debar. Gila! Dah la beg aku ada kat bus tu. Laptop aku pun ada sekali dalam beg tu.
Bus masih slow motion bergerak ke belakang.
Bergerak lagi….
Dan dushhhhhhh!!!
Berlanggar dengan bahagian hadapan bus belakang.
Sengal!
Memang sengal.
Nasib baik takde apa-apa sangat tapi orang awam dah mula ramai la menyaksikan kejadian bodoh tu.

Lalu, aku dengan yakinnya pergi ke bus tu dan ambil beg aku dengan muka selamba.

“ish takleh jadi ni, taknak aku naik bus ni gi Kuantan. Mati jugak aku tengah jalan nanti”, monologku lagi.

Lalu aku pantas menelefon ibunda bagitau apa dah jadi.
Ibunda cakap bagitau ayahanda.
Lalu aku call ayahanda dan ayahanda suggest balik dengan kawan yang aku tumpang masa balik aritu.
David!
Aku call David tapi tiada jawapan.
Call lagi tiada jawapan.
Call banyak kali tetap tiada jawapan.
Aku mula cemas.
Bus aku tu dah mula parking ke tempat asal tapi aku takde hati nak naik.
Cuak.
Dah la lembap.
Aku try call David lagi.
Hampa.
Tapi aku masih berharap.
Jam dah pukul 9.30 a.m.
Kalau aku tak naik bus ni, pastu David plak dah gerak, mampus aku camne nak balik Kuantan.
Dengan penuh harapan aku call David buat kali tah ke berapa tah.
Masih tiada jawapan.

“Eeee dia ni tido mati ke dah mati?”, aku mula give up.

Lalu melangkah menaiki bus juga dengan muka yang sangat ketat, dahi berkerut juga mulut muncung boleh sangkut hanger.

 Macam nilah kot contoh muka ketat.
Dah duduk dalam bus aku hantar sms kepada my heart and my sugar,

“Akak naik bus je, kawan akak tu tak dapat dihubungi”

Bus pun bergerak.
Dalam setengah jam lepas tu,
Lagu I Remember nyanyian Mocca berkumandang.
Maksudnya ada orang call henfon aku la tu.
David.

“ ha kenapa….”, dengan suara baru bangun tido mamat tu bertanya.

Aku?
………..
Rasa nak lempang tapi jauh.
Sabo je la.

Bus tu memang lembap, aku sampai Kuantan dalam pukul 4.30 p.m macam tu. Lembap gila dah la lapa rasa nak makan je bus tu ngan driver-driver lembap tu sekali. Sumpah aku tak nak naik dah bus jenama tu.



7 butterflies concerned.:

JAI said...

mmm..nice blog..bling3 lagi..hebat..updated blogger terhebat

Mknace said...

yang penting selamat sampai kan...

faqhrule said...

duduk seremban ke yana?
kesatuan? hahaha jenama apa tu?

.:puRpLE butTerFLy:. said...

hahaha..
cian awk..
x pnh lak la dgr bus jnme tuh..
nseb awk slmat smpai..
huhuhu~

nazrin zaidi said...

PJJG.

pelempang jarak jauh ghaib.

benda ni pakai bluetooth.

Pije. said...

sekarang semua org dah fobia nk naik bas jenama bukan2.
heee.gerun kan?

hilman.teddy said...

haha. =D

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com