Followers

Pages

Tuesday, January 14, 2014

heartbroken !



Assalamualaikum.

Sesi persekolahan 2014 dah masuk minggu ketiga. Sekolah aku memang berlaku perubahan guru yang drastik sebab ramai yang berjaya pindah. Permohonan aku gagal seperti yang dijangka sebab masa permohonan itu dibuka, aku belum bernikah pun. Dah bernikah, aku memang takde buat rayuan pun sebab...takde sebab. Aku fikir biarlah dulu. Nak cari rumah dulu baru nanti pertengahan tahun ni mohon lagi.
So bersekolah lah lagi aku di sekolah yang sama. Mood macam biasa. Aku masih kena mengajar subjek landskap, khb pertanian dan ict. Masih juga guru tingkatan 5 'Cantik'. Semangat untuk menghias kelas begitu membara. Aku siap belikan kertas warna warni, kertas warna saiz besar, double tape, gam dan beberapa kelengkapan untuk hias kelas tu.


Semalam, habis waktu mengajar kh aku terus ke kantin nak tapau makanan. Afzan ada kat kuarters. Tiba tiba datang seorang cikgu berpangkat ketua aku memberitahu yang aku kena mengajar MPED (menservis peralatan elektrik domestik). Aku pun macam eh kenapa saya? Alasan dia aku masuk sekolah tu dengan tiket mpv so aku kena mengajar mpv sebab cikgu mpv semua dapat pindah. 


Kepala otak aku mula serabut. Aku naik pejabat berjumpa orang yang berkuasa. Aku cakap aku bukan taknak mengajar subjek tu tapi aku tak reti. Aku berkelulusan kejuruteraan awam bukan elektrik! Ingat lagi masa belajar dulu. Nak buat projek elektrik pun mintak tolong orang buatkan. Aku memang tak reti. Benda basic bolehlah tapi kalau dah kena repair mesin basuh, cerek elektrik, rice cooker segala tu ingat aku tahu ke? Aku cakap aku boleh tolong tapi at least bagi lah aku 1 batch je. Form 4 atau form 5. Bukan form 4 DAN form 5.


Aku berjumpa semula ketua aku. Aku bagitahu reason aku tu. Dia cakap awak boleh belajar. Dan macam macam lagi alasan dia yang memang suruh aku ajar subjek tu untuk kedua-dua tingkatan. Aku cakap sikit, dia betah banyak. Mentang mentang dia ketua. Aku mula rasa dunia ni tak adil. Aku nak jawab tapi tak mampu. Rasa nak nangis tapi aku tahan. Rasa nak nangis sebab rasa diri aku ni sentiasa jadi mangsa keadaan. Dari mula posting lagi aku ialah mangsa keadaan. 


Aku mula bencikan sekolah tu. Benci yang sangat mendalam. 
Apa nak jadi jadi lah. Kau nak suruh apa suruhlah. Aku kan kuli.









Siapkan fail setiap panitia pun kerja aku. Sebab aku senang disuruh itu ini kan. Aku tak pernah nak merungut apa. Aku buat je. Tapi sampai tahap ni aku rasa aku tak pernah pun dihargai. Hias kelas cantik mana, sampai kelas paling hujung paling jahat tu dapat johan kelas terceria pun takda siapa nampak. 











Aku yang tak reti tanam pokok ni disuruh ajar subjek tanam tanam, aku terima je, aku ajar je selama 3 tahun takde nak mengadu domba kat pihak atasan pun. Aku terima terima terima...












Merajuk sungguh rasa hati aku ni.
Gambar atas ni kena lukis masa kursus CPD haritu. Gambaran perasan kecewa kamu. Masa lukis ni aku teringatkan kisah cinta aku yang tak kesampaian tu. Kecewa dan sakit Allah je yang tahu. Sambil lukis sambil lah air mata ni nak mengalir. Tapi tu kenangan lalu je. Sekarang aku bahagia je :)
Cuma bila benda benda berkaitan kerjaya ni jadi macam ni, hati aku ni aku dapat rasa dia berdarah kembali. Aku mula bertekad nak pindah sekolah. Nak pindah sangat! 
Doakan seorang cikgu bernama Lyana ni tabah dan kuat ye uols. Masuk tahun keempat menjadi cikgu ni, kepuasan mengajar aku ialah subjek kemahiran hidup je lah pun tapi subjek tu pun nak kena tarik dah. Aku tak mengajar subjek tu dah kalau aku kena mengajar MPED. Aku dapat rasakan yang aku takkan dapat rasa lagi apa itu kepuasan mengajar :(


Cepatlah pertengahan tahun....Tolonglahhhhh :(












Kita cover perasaan kecewa tu dengan gambar bayi ini. Semoga uols ceriaa selalu. Sorry entri kali ini menghambarkan suasana.



Sekian, hati terluka.





4 butterflies concerned.:

Unknown said...

mengajar rajin2 yer..jgn sedih2..kite yg mkn gaji camtu lahh..sob3

Anonymous said...

hai lyana..yong br follow blog awk. salam kenal dr ex-b2b kedah.. sedih pula bila bca entry lyana ni.

Tuela, nasib org yg makan gaji ni kan..senang2 ja org arah kita buat itu ini. Yong harap Yana sentiasa tabah dan jangan cpt putus asa

http://akuhanyagadiskampung.blogspot.com

P/s: yong letak blog lyana dlm bloglist b2b/ex-b2b di blog yong

nuyui a.k.a miss YUI said...

berat tugas tp itu tggjwb..

sbr ea sis.

Ainim Rashihah said...

simpati mendengar tapi apakan daya kalau kita ni setakat orang bawahan, mmg orang atasan takkan nak dengar.

semoga kuat dan banyakkan sabar ya

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com