Followers

Pages

Wednesday, January 15, 2014

#preparation #throwback




Assalamualaikum.


Akibat tangguh tangguh, cerita lama pun baru nak update sini. 
Boleh je kan?
Boleh je kan?
:)
Persediaan perkahwinan mula buat sikit sikit selepas bertunang. Kebetulan masa tu ada cuti sekolah so masa tu je lah pun nak buat apa yang patut.








Buku ni nak jadikan hantaran. Setiap kali cari kat kedai buku manjang lah sold out. Balik Seremban sold out, pergi Segamat sold out, pergi Melaka sold out. Apa yang laris sangat pun tiada ku pasti. Bila dah berjaya beli, tiba-tiba mana mana pun aku pergi jumpa buku ni. Selalu macam tu kan. Bila kita nak kemain payah nak jumpa, bila kita taknak bersepah pulak dia tu. Amboii
Kenapa nak sangat buku ni? Sebab tajuk dia Aku Terima Nikahnya. Hehe sebab tu je pun. Bila dah kahwin, belek belek buku ni rasanya sekali je kot :p












Pergi ambik gambar untuk kahwin background putih boleh? Masa aku pergi ambil borang nikah kat pejabat agama, kerani situ kata nanti ambil gambar untuk kad nikah, ambil gambar lesen memandu. Aku pun dengan yakinnya pergi kedai gambar, bagitahu tauke tu aku nak ambil gambar lesen memandu. Bila Afzan tunjuk gambar dia aku pun eh kenapa b punya gambar background biru? Haha sila lah lempang diri sendiri masa tu hahaha












Terpaksalah pergi balik kedai gambar dan bagitahu 'Tauke, saya nak ambik gambar kahwin. Kahwin tau bukan lesen!' Tiba-tiba je nak sound tauke tu kann haha :p
Nasib baik masa tu memang dah tiba masa aku kena renew lesen memandu. So bolehlah tukar lesen memandu dengan gambar yang cun sikit. Takde lah rasa membazir sangat kann. hehehe














Cuti sekolah juga aku manfaatkan dengan pergi buat Ujian HIV. Takdelah aku kena minta cuti semata-mata nak buat ujian tu kan. Buat ujian hiv kat klinik kerajaan jadi haruslah bersyukur pergi time cuti sekolah, taklah ramai mana pun orang. Alhamdulillah..












Memang takde orang. Lengang je klinik kesihatan. Sepantas kilat pulak tu. Masuk dalam cucuk hujung jari ambik darah sikit pastu keluar pastu dah dapat result. Sila serahkan pada pejabat agama sekali dengan borang-borang nikah awak...kata pembantu klinik. Ok.













Inai buat di kedai india. Pilih design paling murah je. Aku pergi dengan Pikah 2 ke 3 hari sebelum bernikah. 
Bila whatsapp gambar ni kat Afzan dia pun alaa nak inai jugak nak inai jugak. hahaha













Lalu gambar ini pun diterima dalam whatsapp pengantin perempuan.....
Cak! orang pun ada inai laa.
hehehe..




Bye!









0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com