Followers

Pages

Sunday, January 12, 2014

Majlis Resepsi Lyanafzan di Melaka :) :: part 1



Assalamualaikum.

Tiba-tiba update majlis belah lelaki dulu kann.
Sebabnya gambar-gambar masa majlis belah sini je yang dah ada secara full hehe boleh? Majlis sebelah lelaki ialah pada 14 Disember 2013 di Alor Gajah, Melaka. Tema ialah purple green. 






Majlis belah sini takde sanding sanding pun. Just makan beradap je. 









Suasana malam.
Khemah dah siap pasang empat hari sebelum. Kemain pantas lagi kan.












Masa kenduri kahwin abang ipar aku sebelum ni, tirai belakang ni kena hias sendiri. Jadi bersama-sama lah adik beradik perempuan pergi hias tirai. So ingatnya bila kitorang kahwin pun tirai kena hias sendiri sebab ambik catering yang sama. Kitorang siap beli barang lagi nak hias hias apa yang patut. Dengan tanglungnya..bunga lagi. Tapi rupanya orang catering dah siapkan tirai dah. 
Malam sebelum majlis ada buat kenduri doa selamat sikit.










Pengantin malu... *lempangg*











Bersama adik ipar.











Adik ipar dan anak buah. Gambar gegar pun masukk..
Disebabkan adir beradik ialah ramai, maka ada yang tidur di homestay. Pengantin pun make up dan bersiap di homestay. Pagi tu aku bangun pagi, tolong masak untuk breakfast pastu laju-laju pergi homestay. Takut lewat. Sampai homestay, terus lumurkan muka dengan ais sementara tunggu mak andam sampai. Sampai merah merah sampai kebas muka aku, mak andam tak sampai sampai lagi. Dengan Afzan pun sekali lumur ais kat muka jugak haha. Punya lah lama mak andam tu sebab katanya dia pergi cari payung pengantin dan veil untuk aku. Butik Qisya hampeh yang kat seremban tu dia bagi veil merapu je. Takde color purple tu. Dia bagi color coklat lah dengan veil putih yang aku pakai masa nikah. Takde yang match langsung. Bengang je aku dengan butik tu. Langsung tak profesional. Payung pun tak kasi untuk majlis bertandang, kalau nak payung KENA TAMBAH DUIT. Butik tu kan suka tambah tambah kos ikut suka hati dia.

So lepas muka kitorang dah kebas kebas tu, mak andam still tak sampai lagi. Kitorang pun touch up inai di jari. Inai masa majlis belah aku ada lagi tapi kepudaran gitu. Takde kerja kan..teruskan aku pekatkan inai suamiku, Afzan pekatkan inai aku. Inai instant tu pakai 5 minit dah merah.


Akhirnya mak andam pun sampai. Alhamdulillah...
Agak lewat tapi masih sempat. Teruslah make up dan siap siap.










Di tempat kejadian, ada buat majlis cukur jambul untuk anak buahku.











Baby Zahir sebaya dengan baby Adam :)











Kak Siti n Along.
Kumpulan berzanji yang sempurnakan majlis cukur jambul.










Amboi Ayep tu. Semangat tau.
Ada persempahan caklempong dari sekolah adik iparku. Kumpulan persembahan ni dari SM Vokasional Ampangan, Seremban. Datang secara rombongan naik bas.













Orang kuat majlis. Kak fai dan adik :)













Ini unik. Suka sangat tengok ukiran buah buahan ni. Masa majlis Ayie dulu pun ada ukiran macam ni.
Nak makan pun sayang oi. Lagi lagi buah tembikai yang ada ukiran Afzan Yana tu :)













Kek pun super comel !














Siap sudah meja santapan pengantin. hee












Candy booth.












Chocolate fountain.












Anak anak buah.
Tu ha yang buat peace tu sebijik muka Pak Lang dia. Copy paste betul. hehe...












Adik, Elis n Kakfai.
Semua pun banyak sangat tolong. Terima kasih sangat sangat ye semua :)














Kumpulan caklempong makan dulu...












Qaleef dan Ateh.













Adik adik bersedia menunggu ketibaan pengantin. Jeng jeng jeng.....













Haaa jeng jeng jengg lah sangat kann. Pengantin suruh tunggu entri part 2 nanti :p
Okbye.





Bersambung.....









0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com