Followers

Pages

Tuesday, August 31, 2010

starting...




Akhirnya berjaya juga ku tempuhi hari siang dengan membeli-belah.
Hasilnya, sampai je rumah terus macam nak pengsan.hahaha
Dahaga sangat.

Lihat beg Burberry yang daku pegang itu.
Eh macam ada bau kedai je.hee
Shopping kat kedai lagi murah dari shopping online.percayalah.
Ada satu beg bucket yang heboh gadis-gadis pakai sekarang kan..
Aku tengok kat kedai harga dia RM29.90 je tapi kat online RM35.excluding postage pulak tu.
Sebijik sama.
ha tepuk dada tanya selera.hikhik

Lepas membeli dan belah,
Aku, adik dan abah menuju ke Param Seremban 2 pulak.
Ha ni dugaan tak yah cakap la memang dah tergoda melihat air soya dan air tebu yang berpeluh-peluh tu.huhu
Lepastu dengan terliur tengok orang bukan islam minum air kat param tu.
slurpp slurppp sampai ke titisan ais yang akhir tahu tak.
Tau la hari tengah panas tapi tak reti hormat orang puasa betul.

Ada cerita pada zaman dulu,
Seorang ketua penyembah berhala memarahi anaknya yang makan di khalayak ramai ketika hari siang di Bulan Ramadhan,
Lalu ketua penyembah berhala tersebut Allah berikan dia tempat di syurga kerana menghormati Bulan Ramadhan.
See? Indah kan menghormati Ramadhan. :)



* EKSPEDISI MEMBELI BARANGAN RAYA TAK SETTLE LAGI. CUTI SEKOLAH KAN TAK MULA LAGI..TEEETTTT. :P



Monday, August 30, 2010

kek batik




.SATU MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI.
.SALAM KEMERDEKAAN KE-53 MALAYSIA.




Hai semua.
Hari ni aku buat kek batik untuk dessert waktu berbuka.
ceh cehh bukan setakat menjadi dessert tetapi telah pun menjadi snek ketika menaip entri ini haha.
Jom aku ajar camne nak buat.
Benda ni antara favourite aku jugak di kala bosan dengan pencuci mulut yang lain. :)




Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah dicari :

BISKUT MARIE, MILO, BUTTERCUP,TELUR DAN SEDIKIT SUSU PEKAT.




Okay, bila barang-barang dah ada, kita just campak-campak je. senang!
Benda pertama nak kena campak ialah buttercup.
Cairkan dulu.


Bila dah cair,
Laju-laju lah kita masukkan telur.
Jangan berhenti kacau sebab nanti telur jadi berketul-ketul tak cantiklah.


Masukkan pulak milo.
Beli milo packet saiz paling kecik sekali.
Masukkan semuanya.
Tu lah sukatan yang aku guna selama ni.


Bila dah sebati sikit,
Masukkan susu ikut suka.
Nak manis banyak letak lah banyak k.
Tapi nak jaga badan manis sikit sudah. :p


Last sekali masukkan biskut Marie yang dah dikerat 4.
Kacau sampai sebati macam gambar atas ni ok.


Tutup api dan tuang atas loyang.


Dan padat-padatkan lah sepadatnya.
Guna sudu saje. Mudah.
Lepastu masukkan ke dalam peti ais biar dia beku sekejap.

Agak-agak dah beku dalam sejam camtu,
Bolehlah keluarkan dan potong.


Nanti rupa kek batik tu jadi camni la bila dah potong.
Kan nampak lapis-lapis tu.hehe


Serius sedap.
Kombinasi rasa buttercup, milo ngan susu yang ummmphh!
hahahah try la. :)





Esok public holiday kan.
Makanya kan.
Seperti mahu berjalan-jalan cari jeans dengan adik.
Tapi larat ke weh puasa-puasa ni. (-.-)



AHH TAK KIRA SHOPPING TETAP SHOPPING. heee~



malang tiada bau


28 Ogos yang lepas ialah birthday Yanti.
SELAMAT HARI JADI MRS. SAPIC..

Hari itu aku sekeluarga melepak je kat rumah takde plan nak kemana-mana pun sebab ibunda on 24 jam.
Kena stand by kat rumah je lah kan.
Kereta wira ibunda hantar kedai sebab nak tukar cermin depan yang agak keretakan.
Petang tu, juadah berbuka semua dah siap masak.

Dalam pukul 6.45 petang,
Orang bengkel kereta tu call ibunda. Kereta dah siap agaknya.
Dengan tergesa-gesa ibunda suruh abang temankan pergi ambil kereta tu naik kereta abang.
Aku dah cakap tunggu la lepas berbuka kejap je lagi.
Ibunda cakap ala kejap je mak bawak air.

So,tinggal aku, naim, adik ngan abah je kat rumah.
Tiba-tiba aku tengok abah takde, keluar agaknya dalam hati aku.
Jam 7.15,
Aku nampak kereta abang depan rumah.
Tapi kereta wira takde pun.
Macam pelik sikit kenapa dia parking depan sebab selalu memang parking belakang je. Tak muat parking 3 kereta kat depan.
Kereta dia macam berkilat sikit aku tak berapa nampak. Rabunnnn kan haha.
Tak lama sikit abah pun balik naik skuter ego.
Muka abang dengan ibunda pucat semacam.
Aku bajet diorang marah sebab kereta wira tak siap lagi ke apa kan.
Aku takut nak tanya, senyap jela sambil tunggu azan untuk berbuka.

Dah berbuka baru diorang bagitau yang diorang baru lepas accident!
Kena langgar lori tanah.
Berderau darah aku.
Nasib baik diorang tak apa-apa.
Tapi serius muka ibunda ngan abang pucat gila.
Nasib baik pergi dengan kereta savvy abang, kuat sikit.
Tu pun aku tengok kaca penuh dalam kereta.
Kalau bawak kancil tadi....mahu hancur kereta, dengan diorang-diorang masuk hospital agaknya.
Alhamdulillah diorang selamat.



kukuh kereta savvy ni rupanya.
kena seret lori kot steady lagi.
MUKA ABANG TENSION JE. KESIAN DIA.



Saturday, August 28, 2010

i loikeee




Na..ko tengok tu...



Petang semalam lepas aku balik dari membeli-belah sikit abang aku dah siap tampal sorry note ni kat pintu.
Time takde orang kat rumah la si posmen ni datang tau.
Aku ekcited da memang rasa nak claim time-time tu jugak tapi kat note tu tulis sila tuntut pada keesokan hari hahaha.
BAIKLAH!

Lalu siang tadi aku pun gigih la ke Pejabat Pos Senawang untuk menuntut harta sepencarian itu.hehe


Tadaa! utusan dari kemba rupanya. :p


Sungguh rajin siap buat card lagi. :)


Berserta shawl yang cantek. Lembut sangat-sangat ni confirm kalau aku pakai melekat je kat muka aku macam swimming suit muslimah. hehehe..
Tapi kain dia best. Sejuk je. :)



TERIMA KASIH KEMBA. :)

*  ha shawl tu kena pakai gaya datok ct nohalija macam ni baru ok tak macam swimming suit muslimah. Vogue lagi. :)




Thursday, August 26, 2010

looks can be deceiving


Assalamualaikum wth. pembacaku. ;)


Aku terbaca isu penampilan kat group 'saya suka jadi cikgu' di facebook.
Agak menarik perhatian aku.
Sebab pada zaman dahulu (ha lama sudah) aku pernah ditegur oleh seorang kawan tentang cara berpakaian.
Terima kasih kerana sudi menegur.
Even cara teguran itu tidak berhemah dan menggunakan taktik perli juga peribahasa 'macam ketam mengajar anak berjalan lurus' tapi takpe saya terima dengan hati tak terbuka sangat. :p
Nobody perfect kan.hehehe

Korang kat sekolah dulu ada tak perasan mana-mana cikgu yang asik cantik n kacak je setiap hari?
Dengan baju yang matching sangat dengan beg n kasut, dengan kemeja yang kena sangat ngan corak tie.ada kan?
Jadi tak salah rasanya nak melawa asalkan tahu etika n batas apa yang patut.
Barulah kau disayangi murid kerana selalu nampak steady n bersemangat je.tak gitu?
Bayangkan cikgu yang mengajar kau hari-hari pakai baju ala kadar tak masuk pulak tu dengan tudung yang tak sempat gosok berbau pulak ikan masin dipadankan lagi dengan kasut aerobik taici...
Haa perasaan kita sebagai murid ialah apa?
Fikir sendiri.hehehe


Aku seorang yang sukakan kecantikan.
Jadi aku suka cuba try-try fesyen itu fesyen ini.
Tapi kalau dah orang terdekat dengan kita komen kita kena jugak ambik kisah kan kang macam perasan lawa pulak padahal kau dah nampak macam pelik gila dah hahaha.

LOOKS CAN BE DECEIVING.

Siapa setuju?
Pedulik la aku kat luar macam mana.
Seluar jeans n baju tak pernah longgar pun asalkan aku kat sekolah tau behave n menyedari status aku sebagai seorang cikgu.
Orang yang nampak baik tak semestinya tak jahat. Lumrah alam.
Jangan menilai isi melalui kulit, semua orang pun tau.



HOI SENANG CERITA CIKGU TAK SALAH BERFESYEN LA PENAT NAK TERANGKAN LEBIH DETAIL KAU TETAP PERTIKAIKAN AKU JUGAK.
KENAPA RAMAI YANG SUKA JAGA TEPI KAIN AKU SEJAK DUA MENJAK TIGA MENJAK NI...TEPI KAIN ORANG LAIN LAH KAU PERGI JAGA.KENAPA AKU?  *stress..haha


kau bayangkan cikgu bahasa melayu kau dulu-dulu yang dah macam ibu sendiri ambik gambar macam ni?
hehehe tak boleh bayangkan kan? :p
aku sanggup ambik gambar sendiri macam ni!
itu tandanya aku masih muda remaja lah weh jadi cikgu tak semestinya aku kena skema.

skema seperti yang menegur saya itu.uppppps!



* Aku pernah hadiahkan kss tie polka dot color biru. Dia tak malu pun nak pakai, atau pandangan kau tie kena polos sahaja nak corak pun samar-samar dan hampir tak nampak barulah namanya cikgu? HELL!




Wednesday, August 25, 2010

kalau dah degil, degil jugak


Hari ni aku dikejutkan dengan bunyi mercun.
Kuat gila.
Betul-betul depan rumah aku siap masih berasap-asap lagi.
Budak-budak nak pergi sekolah yang baling mercun tu.
BANGANG.
Boleh pulak baling kat kawasan taman perumahan macam ni memang la bunyi dia kuat nak mampus kan sebab takde yang dapat menyerap bunyi.
Kalau kena cermin kereta n pecah kau nak ganti ke dik?

Dewasa ini, hari-hari kita dengar pasal kanak-kanak cedera sebab main mercun.
Jari hampir putus la, mata hampir buta la dan pelbagai lagi.
Yang dah mati pun ada.

Apa lagi kita boleh buat untuk orang-orang tak sedar diri ni?

PADAN MUKA KAUU.

best wishes.
haa konon marah kan.hehehe..



Tuesday, August 24, 2010

if only...



Hai. assalamualaikum anda! ;)



saya perasan gambar dua she ini di facebook tadi.
eh kenapa sama lagi ni??
teheeee. :p


cuma bezanya saya lebih tembam. ya saya tau tu. (-.-)


Sunday, August 22, 2010

kakak mary!


Hujung minggu datang lagi.
Aktiviti luar tiada.
Maka harus ada aktiviti dalam.
Apa lagi kalau bukan melayari internet.hehehe
Tadi kemas-kemas dapur sikit,
Tetiba aku teringatkan Kak Mary.

Siapa Kak Mary?? jeng jengg jenggg....

Masa aku praktikal kat Kuantan dulu aku duduk rumah sewa yang owner dia tinggal sekali.
Jadi, Kak Mary itulah owner rumah sewa nya ;)


Inilah rumah Kak Mary.
Besar?
Memang besar dan anak murid menyangka kami-kami ini ialah orang kaya kerana menyewa di rumah besar itu. :p
Kak Mary ni seorang mualaf.
Muka dia sebijik macam cina dah tentu dia pure cina kan.
Gaya dia ala-ala nyonya melaka gitu. :)

Aku paling tak boleh lupa dengan Kak Mary ni sebab dia sangat sistematik orangnya.
Rumah dia besar tapi isi kandungan rumah adalah sangat-sangat simple.
Memang kalau kau bercakap mampu membuat gelombang bunyi yang merdu..kekeke

Aku rasa Kak Mary ni sistematik sebab,
Dapur dia..fulamak bersih bukan main.
Kalau beli cili api, dia mesti buang tangkai cili tu, basuh, letak dalam tupperware bertutup n letak dalam peti ais.
Kalau susu pekat, dia keluarkan susu dari tin n masukkan dalam bekas bertutup jugak baru masuk dalam peti ais. Motif sebab takleh biar susu dalam tin lama-lama. Kandungan tin kan tak elok.haa
Dan kalau boleh semua nak kena masuk dalam tupperware sebab tu peti ais dia bersih suci murni takde bau pelik-pelik.hehe
Kalau kita kan main belasah je apa nak sumbat dalam peti ais sampai tempat sayur pun bau ikan.hee
Apa yang baik kita ikut, yang tak berapa baik kita tinggal tepi ok. :)


SERIUS I RINDU KAK MARY!
SEKARANG NAK PERGI MASUKKAN CILI DALAM TUPPERWARE...hehehe..




setiap hari jadi kita jadi bahagia.ke?




TERIMA KASIH ADIK! :)


Kelmarin, 20 Ogos 2010 ialah harijadi abang.
Boleh pulak dia mengisytiharkan public holiday pada diri sendiri? hahah
Lalu di pagi itu, kegembiraannya bermula dengan bunyi motor si abang posmen.
Dapat birthday card jauh terbang dari aussie.
Pink lagi so sweet. :)

Bila dah petang sikit,
Datang pulak chinese man mane tah depan rumah.

HALO HALOO ZULFAHMI ADA KA? YOU ZULFAHMI KA?

Hoii kuatnya nak bagi satu taman dengar ke uncle?
Aku kat dapur pun boleh dengar. Ish3.
Uncle tu buat penghantaran bunga dan kek rupanya.
Alolo so sweet lagi. :)
Kalau dah makanan banyak, bila berbuka kek memang makan asal makan jela kan.
Pagi tadi masa aku bangun sahur,
Nak kemas-kemas meja ada pinggan bekas makan kek.
Siapa punya kalau bukan abang.
Haha sahur kek pun jadi lerr. :p

OH HARI JADI MEMANG JADI BAGI SEMUA ORANG.KAN?


tadi belek-belek henfon banyak gambar bersepah-sepah tak masuk folder.
jom buat label baru di sini supaya memoir lama still remains.alahaii

.random pictures.


gambar pertama yang membahagiakan sayaa.
kss curik-curik save masuk henfon dia masa awal percintaan aww. ahh rasa nak terbang. :p
abaikan riak wajah kanak-kanakku ni gambar 3 tahun lepas ok.hehe




Wednesday, August 18, 2010

more more and more




alahai penatnyaa.ha kucing saya juga puasa.hee


Kauorang pernah bercakap dengan kucing?
Walaupun macam syok sendiri sebab kucing bukannya tau balas apa kau cakap kan,
tapi percayalah dia memang faham.
Kiut kan? :)

" Bahawa orang yang berbaik-baik dan berkawan dengan kucing akan mendapat banyak pahala "

Wahh seronok betul dapat pahala melakukan perkara yang buat kita rasa gembira. :)

Kucing merupakan haiwan istimewa dalam Islam.
Ada satu cerita,

Kucing kesayangan Rasulullah SAW berlingkar tidur di atas lipatan lengan bajunya, Nabi tidak sanggup mengganggu, lalu menggunting lengan baju sebelum menyarungkan ke tubuh.

Sampai macam tu sekali.
Kita ni pulak siap sepak terajang semua.
ish3.
Sayangilah kucing ye kawan-kawan.
Kalau tak suka sekalipun tak perlu pukul.



* Sekian kisah nabi dari Cikgu Liana.kekeke. :p




your day!


Hari ini ialah birthday kawan lama aku.
Atau lebih mudah disebut kawan sekolah rendah aku.
Eh makin tak mudah je? hahah

Nama dia Menega.
Aku dah niat nak post Happy Birthday Mentega kat wall facebook dia.
Tapi belum sempat aku berbuat itu,
Dah ada mangkuk lain yang post dulu.
Huh naluri kita sama? :p
Siap ada kawan-kawan lain yang bahan-bahan dia sebab nama dia mentega.
Nasib baik aku tak post dulu.
Kalau tak mesti minah tu mengamuk sebab aku punca perbahanan dia.
kekeke.

Lalu jari ini menaip Happy Birthday Darling!
Ha begitu manja untuk mengkaver niat asal. :p



Tuesday, August 17, 2010

pakai lagi yang ciplak..haa


Orang kata, biar papa asal bergaya.
Tak gitu?
Ha sebab gitu lah tapak kaki aku naik ruam-ruam biji-biji kecik yang gatal tu.


Disebabkan pakai crocs ciplak yang murah tu la.
huhuhu.
Dah la kat tapak kaki area kulit nipis tu....!!!!
Macam mana nak garu?
Bila garu je geli.
Geli mat mat matt.
Dah la dia gatal time tengah jalan-jalan cuci mata kat bazar.
Tak ke macam ape aku jalan sambil nak garu tapak kaki..hadoi
Last-last aku amik port tepi jalan, gesek tapak kaki kat bahu jalan tu.
Ahh lega.
Tapi hasilnya....melecet ok tapak kaki aku.
HUH!


Friday, August 13, 2010

saya ada kembar..kau ada?



Okay aku juga jadi teruja nak buat entri pasal kemba..hehehe..

Masa awal-awal kat universiti dulu aku tak rapat pun ngan kemba ni.
Kenal-kenal macam tu je yela dah nama pun classmate kan. heee
Satu hari, time kelas apa tah aku duduk sebelah kemba then aku terbaca email dia ada nombor 9887.
Aku memang familiar lah kan dengan nombor tu dah tentu birthday aku.
Bila dirisik (cehh) rupanya birthday kitorang sama.
Teruja gila masa tu.
Yela macam tak sangka ada orang yang sama birthday tapi dekat pulak tu kan.

Sejak tu kot aku dah tak reti nak ber aku kau dengan dia. hahaha tah pesal tah. ;p
Tiba-tiba jadi ber saya kamu.
Kiut kan macam couple. *muntah
kekeke..

Panggilan 'kemba' tu macam tiba-tiba je dah ade aku tak tau mana asal usul nya.
Budak-budak lain la kot yang bagi gelaran tu.heheh
Aku layankan je tapi lama-lama melekat pulak. ;)



Ramai kata muka kitorang ada iras.
Tang senyuman yang paling sama rasanya.
Aku pun tak tau sebab pandangan orang kan lain-lain.
Last year,
masa buat projek sarjana muda,
kebetulan projek aku dengan kemba lebih kurang je.
Aku buat bancuhan konkrit letak kertas, kemba pulak letak sabut kelapa.
So, banyak kali juga la kami bersatu padu menjadi buruh kat makmal bahan tu.
hehehe..
Jadi pergi ke makmal kadang-kadang pegi sama.
Aku ambik dia kat hostel naik skuter ego aku tu.. 
hahaha mesti kamu seram kan naik moto ngan saye?
Aku tak bape reti sebenarnya naik motor tau tak. Bawak tu pun aku main bawak je sebab skuter kan,,,,
Kalau bagi motor ada gear memang tak jalan la jawabnye.hehehehe..

Aku ingat lagi 2 tahun lepas,
Masa malam birthday aku, aku kat JB rasanya ada training volleyball.
So, balik hostel esoknye tengok-tengok ada muffin coklat dari kemba. Wish dia plak tampal kat board pink aku. hehehe sweeeet!
Last year pun sempat bagi shawl kat dia.

Tahun ni kitorang dah takde kat UTHM tu.
Jadi time birthday memang masing-masing di rumah sendiri lah kan.
Jadi aku rasa pos ekspres je la yang mampu. ;)
AKU MINAT LV.
Ape saja lah memang aku suka tak kira purse, beg, cermin pack aku pun lv sebab dah suka sangat kan.heee
So, masa jenjalan kat jj nak carik barang untuk kemba,
Aku nampak mafla lv.
First time tengok dah terpikat dah mula rasa tamak nak beli untuk diri sendiri tapi adik halang sebab aku dah ada mafla lv beli kat kuantan masa latihan mengajar dulu.
Tapi rasa sayang pulak tak beli takut orang lain beli..hahaha boleh? ;p
Jadi harus juga ku belikan untuk kemba.
Color merah pulak memang sesuai la kemba suka merah. kan kamu?


i tak sempat ambik gambar, i curik dari blog kamu je lah ye..;p


Ha yang paling tak boleh blah,
Kss ada sorang kawan yang ada iras muka cam dia tengah single. (haha tengah single kauu maknanya akan tak single?)
Pastu dia suruh aku carikkan someone yang boleh menjadi ratu hatinya lah kan.
Konon-konon ni confirm nak buat bini so kena carikkan yang perfect. hahaha jadahnya! kelakar bila ingat balik.
Aku memang takde cadangan lain memang aku cadangkan kemba je.kekeke..
Tapi sayangnya kemba dah ade steady bf.  
(vanemi kalau kau baca ni mahapkan daku tau.lalalaa..)
So, tiada jodoh lah antara mereka. :p

Bf  kemba pun hensem jugak ala-ala hero hindustan amir khan gitu.. ;)
Ishh makin merepek di situ.
Cukup rasanya sampai sini.hehehe..

kemba,
semoga kita sentiasa menjadi kemba sejati..*tiba-tiba


* HA ADA KEMBA BEST TAU. KORANG YANG BACA NI ADAA? ;P





Thursday, August 12, 2010

dulu lain sekarang lain





Alhamdulillah.
Dah hari kedua kita berpuasa.
Tahun ni baru aku merasa berpuasa di rumah bersama family.
Bangun sahur kelentang kelentung kat dapur.
Duduk dengan family kan..biar abah makan sambil tidur pun, abang bangun minum air je pun,
Masak tetap masak.

Bahagia. ;)

Tahun lepas kat rumah sewa nun Parit Raja sana.
Sahur pun ala kadar je.
Malam before nak tidur dah set ngan Yunie konon nak bangun sahur.
Sampai masa je celik mata kau pandang aku, aku pandang kau.
Memang sahur minum air kosong jela. hahaha
Berbuka pun kena bajet.
Beli lauk kat Bazar parit raja tu pun share-share kalau malas nak masak.
Yela, dengan tahun lepas masa bulan puasa kan sebok jugak pergi membancuh konkrit macam buruh kasar.
PSM punya pasal.

Lepastu bila dah berbuka,
Malam-malam sikit tu mak call tanya tadi berbuka apa.
Mula la mak jadi sedih macam daif sangat hidup anak dia kat perantauan.
Hahaha padahal saving sebab nak beli baju raya. ;p

Kat sana.
Bazar yang bukak malam-malam memang best.
Baju ready made murah-murah.
Kedai jahit nak tempah baju pun memang student price.
Tempah baju kurung moden belah ke tak belah ke baru RM 30 kot.
Baju kurung biasa lagii la murah tak terkata.
Sebab tu masa zaman belajar baju kurung belambak sampai nak roboh almari pakai buang aku tu.
Baju tempah pergi kelas pun boleh jadi baju raya sebab jarang pakai.
hehehe..

Tahun ni,
Satu baju pun tak tempah lagi.
Nak-nak dah bulan puasa ni tah kedai mana la nak terima tempahan lagi kan.
Baju ready made je lah jawabnye.

Bazar dekat Ampangan tu setiap tahun pun sesak.
Banyak kot pilihan kat situ.
Tapi tahun ni,
Ada bazar bukak kat Dataran Senawang tu.
Boleh tahan besar jugak.
Patutlah kedai baju bundle ladies feveret aku dah takde.
Hampeh betol.



* tahun ni matching2 color baju ngan kss pun care jugak.heee~



Tuesday, August 10, 2010

dia datang lagi




sekadar hiasan...hehehe...


SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM~
semoga Ramadhan kali ini lebih indah dari yang lepas-lepas.


seribu kemaafan ku pohon, marilah kita membersihkan hati moga amalan kita lebih diberkati...Aminn...
;)



Monday, August 9, 2010

happy birthday to me


9 OGOS 2010.

SEMOGA AKU MENJADI INSAN YANG LEBIH BERGUNA KEPADA DIRI SENDIRI, MASYARAKAT, NEGARA N ESPECIALLY MY FAMILY.

:)



AND ALSO TO MY TWIN..
( tak sangka ada kemba secantik dia.)



Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com