Assalamualaikum.
16 Mei nanti ialah hari guru. Kalau sebut hari guru, memang dalam jiwa ni rasa tak sabar-sabar nak sambut. hehe..
Tahun lepas tema ialah putih. Tahun ni banyak sangat cadangan nak buat tema apa tau. Pastu pulak lambat bagitau keputusan. Semua dah bising-bising eh apa tema tahun ni? Yelah kang lambat-lambat bagitau tak sempat nak pergi cari baju kan. Kalau tak sempat cari baju pun, aku pasti sangat memang tak sempat nak simpan duit. Tetiba eh duit dah habes camne nak beli baju? Kan?
Ada tiga pilihan untuk dipilih iaitu tradisional, baju sekolah atau baju color purple. Of course lah semua pilih purple. Kalau lah tradisional dipilih kan, aku akan pakai moden jugak. *degil
Tradisional kang confirm warne warni punya lah. Semua ikut selera warna kegemaran memasing. Jadi tak nampak macam ada tema lah kan? Baju sekolah pulak aku ok je tapi tak berbaloi nak beli semata-mata nak pakai masa sambutan hari guru tu je pastu nak bawak pakai masa raya pulak ke ko kan? Tidaklah mahu.
Maka color purple menjadi pilihan semua. Color yang cun sikit aje sebab pink ialah cun banyak. hehehe....
So nak beli baju purple yang bagaimana nih?
Gambar ihsan Google
Pakai dress macam ni bolehhh?
:p
2 butterflies concerned.:
cube buat tema, arabian ke, cowboy ke, atau kembali ke zaman sekolah ke..? hehe..
kan nani? tapi tu lah..tema unik2 camtu susah sikit kalau event yang agak formal mcm sambutan hari guru ni..teringin sgt nak pakai ala-ala arab gituu :)
Post a Comment