Followers

Pages

Thursday, May 10, 2012

Beauty Review : Charcoal Mask



Assalamualaikum.

Hai uols. Suka pakai mask tak? Kalau kita baca petua kecantikan, pemakaian mask memang tak lari kan? Sebenarnya aku pun tak berapa nak suka pakai mask sebab bila pakai tu rasa macam ada gangguan je kat muka kita pastu takleh bercakap takleh nak gelak. Alasan mengada je kan macam lah ko sentiasa nak bercakap sentiasa nak tergelak tiba-tiba masa pakai mask lah nak buat semua tu. hee


Dulu-dulu rajin jugak pakai mask putih telur tu sebab ala-ala banyak masa terluang tapi sekarang non hado. Kirim salam banyak-banyak pada mask putih telur itu. Tapi sekarang tetiba merindui. :p Walaupun bau dia tak berapa menyenangkan tapi mask semulajadi macam tu lah paling bagus sebab dia kaya dengan protein pastu dapat merawat kulit kita. Tapi tah bila lah nak pakai mask tu lagi. huhuhu...







Cakk!
Sebelum i cerita pasal charcoal mask meh tatap wajah i dulu. Ada banyak whitehead degil. Pastu tangan gatal nak picit-picit pastu tinggal kesan pastu tinggal parut pulak. So berialah i search pasal mask yang berupaya menanggalkan whitehead-whitehead degil itu. (Malas nak buat mask putih telur, nak mask yang terus pakai aje)








Taraaa.
Inilah charcoal mask dari Jepun yang best. Boleh tahan dia punya keberkesanan kalau pakai dengan cara yang betul iaitu pakai secara tebal dan biarkan dia betul-betul kering.
Masa nak tanggalkan mask tu memang rasa best sangat. Kulit rasa lembut je. Insyaallah boleh tanggal jugak whitehead yang ko bisingkan sangat tu. :p


I beli charcoal mask ni secara online. Dalam RM13 macam tu. Bila dikaji-kaji rupanya kat kedai Daiso Japan tu dijual dengan harga hanya RM5 SAHAJA. Kambing gurun betul penjual internet yang suka ambik untung lebih tu. Sampai hati dia tipu customer yang tak sabar-sabar nak beli sebelum mengkaji ni. :(
Tapi nasib baik RM 13 yang i laburkan tu berbaloi.
So uols, kaji-kaji harga dahulu sebelum membeli di internet ye.



Goodbye whitehead.
Selamat bermasker-masker uols! :)




10 butterflies concerned.:

Luqman Zakaria said...

hehe~ mark up byk sangat tuh~~ kihkih`

BTS said...

ala nama pun berniaga..kita kena survey kot.... mask?...oh tak terkaitan... untuk my other half maybe

wany said...

i pun dah kena tipu,:((

Anonymous said...

Sis.. sis ada jual tak benda nie.. sya cari area sya tak ada even Watsons pun.. Sob~ sob~ Pm sya yer sis kalau ada

Hani Shaklee said...

huhu,,saya ari tu beli jugak benda ni online..dia jual rm17 hokey!! sakit hati jiwa dan raga.. last2 pegi daiso RM5 aje.. selalu saya beli kat Daiso kat IOI mall berlambak kat situ..saya selalu borong byk2 terus.. nak jual rm10 sebotol pun bleh..haha.. ni cam takleh blah jual smpai rm17..12rggt dia ambik utk..hehe..tapi yg pasti mmg menjadi la benda ni..yg nose pack utk area idung saja pun jadi gak..

Mieza Everdeen said...

hi, tumpang tanya. mask ni boleh pakai seluruh muka or kat hidung je ? and sakit tak bila cabut ?

YZ BISNESS said...

indah sungguh ciptaan allah...amin....

Hani Othman said...

Saya pun suka pakai mask... Tapi x penah pakai mask tu... Mcm best jer sbb mcm ramai blogger pakai mask tu

Hani Othman said...

Saya pun suka pakai mask... Tapi x penah pakai mask tu... Mcm best jer sbb mcm ramai blogger pakai mask tu

miya said...

bukan seller mark up lebih2.. tapi kos dah termasuk pos, & dah bertukar tangan 2-3 kali. setiap seller nak ambik untung. itulah senario sebenarnya. :)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com