Assalamualaikum.
Apakah Cerita Perodua Anda? Saya juga taknak ketinggalan untuk berkongsi cerita tentang Perodua saya. :)
Kereta Perodua semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kan. Mana pun kita pergi pasti kita akan jumpa kereta Perodua menyusur megah di atas jalan raya. Betapa rakyat Malaysia memang menyokong kereta buatan tempatan kerana rekabentuknya yang cantik serta harganya yang mampu milik.
Saya memilih Perodua Alza (Zaza) sebagai kereta pertama saya. Pada awalnya saya bercadang untuk memiliki Perodua Myvi kerana keluaran myvi ada yang berwarna pink. (hehehe..boleh ke alasan macam tu?).
Tetapi selepas difikir-fikirkan semula, maka saya memilih Alza. Memang tepat pilihan saya memilih mini mpv ini kerana saya sentiasa rasa selesa ketika memandunya.
Saya paling sukakan dashboard Zaza ni. Terletak cantik je radio, air-cond dan gear dia tu.
Barang juga boleh sumbat banyak.
Paling best bila berjalan jauh. Boleh buat senaman regangan sikit kalau dah lenguh-lenguh badan. (Luas katanya kan..ekeke..) Perodua Alza juga jimat minyak. Itu paling saya suka! :)
Perkhidmatan Perodua memang terbaik. Setiap kali saya menghantar Zaza untuk servis, layanan mereka di pusat servis Perodua sentiasa mesra pelanggan. Perkhidmatan televisyen, membancuh air panas, surat khabar dan majalah, tandas, surau serta khidmat nasihat disediakan untuk pengguna sementara menunggu kenderaan masing-masing siap diservis. Zaza saya pernah mengalami masalah air-cond berbau. Setelah aduan dibuat, sepantas kilat masalah tersebut dapat diatasi. Terima kasih Perodua! :)
Pihak Perodua juga ada menghantar surat kepada pelanggan untuk mendapatkan feedback berkaitan dengan apa-apa juga masalah kereta daripada pelanggan mereka. Tapi di belakang surat tersebut...eh? It's service time? Mana diorang tahu? Canggih la Perodua ni! hehehe...
Terima kasih Perodua kerana mengeluarkan kereta Malaysia yang versatile macam Zaza ni. saya sangat berpuas hati memiliki kenderaan berjenama Perodua.
Anda pemilik kenderaan Perodua? Jom kongsikan cerita Perodua anda dan hantarkan ke www.peroduastory.com.my.
:)
7 butterflies concerned.:
wahhh~
yana msuk jgak yea?
gdluck 4 u and ur zaza..hehe
gudluck to you. :)
tetiba saya rasa macam nak beli pulak ..
tqvm kerana berkunjung ke blog saya.
semoga berjaya....
ada harapan nk menang ni
;)
Harian anak gadis memilih kereta MPV biasanya lebih suka kereta mini.
Masuk my alza owner club..contact aku k 011-36068008
boleh tahu servis di PSC mana ya?
Post a Comment