Followers

Pages

Friday, May 4, 2012

Sesi bergambar dengan tingkatan 5 Cantik



Assalamualaikum.

Bila sebut aje ada sesi penggambaran, secara automatik juga kehadiran pelajar pada hari itu akan menjadi luar biasa. Semangat memasing nak bergambar. Dari yang tak datang berhari-hari tetiba ada pulak muka ko hari ni? Pelik bin ajaib jugak kan. Suka bergambar agaknya bebudak zaman sekarang (padahal cikgunya pun sama hahaha). Eloknye buat sesi penggambaran masa sekolah ganti kan. Baru lah kehadiran tak sedih sangat. Tapi buatnya masa sekolah ganti pun diorang pakat reramai tak nak datang, tak ke gambar kelas nanti menjadi sangat sedih hanya seketul sahaja pelajar bersama gurunya?
*tak mahu aku bayangkan*








Masa tengah susun-susun.









Candid.









Gaya bebas. (sila abaikan cikgu yang kemain berposing tu)









And the real picture. Inilah kelas aku. Kelas landskap aku tu. Tingkatan 5 Cantik atau nama sebenarnya 5 Zamrud. Kenangan ok diorang ni. Masuk tahun ni 2 tahun la aku jadi kakak angkat guru tingkatan diorang. Perangai memasing aku dah kenal sangat dah. Walau apa pun, sebenarnya diorang ni lah yang banyak mengajar aku erti cikgu yang sebenar. :')
Tak lama lagi nak hari guru, korang tak bagi hadiah siap ehh. :p








Peewittt. hehe..
Terima kasih kepada Una kerana sudi jadi backup photographer untuk kelas i. Sebagai tanda penghargaan,  kamu dibenarkan bergambar dengan guru tingkatan 5  Cantik yang gojes ni. Eh?





Byebye.




2 butterflies concerned.:

Wonderful Life with Mary Kay said...

Owh, betul2... sesi bgambar pasti no absentees.. :)

yana lyana said...

kan? macam2 perangai..hehe..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com