Followers

Pages

Sunday, August 1, 2010

Tips menghadiri temuduga





DUP DAP DUP DAP!!

Harini dah 1 Ogos..5 hari lagi aku akan menjalani temuduga guru sandaran terlatih di Putrajaya.
Siapa yang tak cuak relaxx n cool memang tipu. Luaran je camtu tapi dalam hati macam nak pecah semua organ dalaman hahahaha.

okay di sini aku nak share apa yang berkaitan tentang temuduga.
untuk kegunaan rakan-rakan yang nak gi interview dalam masa terdekat ni juga untuk sesiapa sahaja di masa akan datang.
semoga boleh dimanfaatkan. :)


Tips awal :
1. Berpakaian kemas. (mestilah ala-ala cikgu, yang perempuan jangan lupa pin tudung kemas-kemas jangan buat fesyen tudung yang pakai cincin tu ok.)
2. Sedia jawapan mengapa nak jadi cikgu. Jawab dengan suara tegas n ada eye-contact dengan interviewer. Dan senyummmm. ;)
3. Get ready ceritakan latar belakang diri kita. More to latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja atau sesuatu yang membantu. Jangan merapu cerita pasal keluarga dan sanak saudara.
4. Bacalah. Semua pun perlu baca. Pasal pendidikan, isu semasa, menteri-menteri, falsafah pendidikan negara/kebangsaan dsb yang berkaitan.


Jaga tingkah laku :
1. Off handphone.
2. Senyum selalu. (tapi jangan berlebihan)
3. Duduk tegak dan sopan.
4. Pakaian kemas dan tidak seksi. (kau gila nak pakai seksi?yang perempuan jangan pakai baju kurung jenis kain jarang tu okay ni bukan kenduri.)
5. Bercakap dengan sopan n minta maaf jika gagal menjawab. (adoii nervous3!!)
6. Tunjuk keyakinan diri yang tinggi.
7. Datang awal.
8. Bawa alat tulis termasuk pensel 2B n pemadam.
9. Speaking  walaupun broken.
10. Pakai name tag. 

Usaha secara spiritual :
1. Solat hajat.
2. Berdoa banyak-banyak.
3. Selawat dan doa before masuk bilik penemuduga.
4. Berfikiran positif.
5. Minta ibu bapa dan orang yang terdekat doakan untuk kita.
6. Berbuat baik dengan orang lain walaupun sesama calon (pesaing)
7. Betulkan niat menjadi guru.

Soalan favourite yang akan ditanya,
SANGGUPKAH ANDA MENGAJAR DI PEDALAMAN?

haa berat di situ...kan? sungguh saiko. maka pandai-pandai lah jawab. Jangan jawab taknak sekiranya tiada alasan konkrit padu ok. Contoh alasan konkrit padu ialah, ibu bapa saya baru meninggal dunia dan saya terpaksa menjaga adik-adik saya yang masih kecil. haa rasa nak menangis air mata darah kan alasan tu?cukup.


YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN TEMUDUGA NURLIANA BINTI ABD GHANI PADA 5 OGOS NANTI DI PUTRAJAYA. SEMOGA DIA DAPAT MENJAWAB DENGAN TENANG DAN BERJAYA MENDAPAT TEMPAT DI DALAM INSTITUSI PERGURUAN. aminnnn.

(korang bacalah dengan hati ikhlas ye..hehe)

terima kasih pembacaku. :))



7 butterflies concerned.:

Hariz said...

Amin ya allah
jika tips2 anda.
anda laksanakan..
PASTI andalah seorg guru yang bakal mendidik anak bangsa :)

InsyaAllah..
Selamat Petang Cekgu :)

New Entry Prof-Hariz
Prof Hariz @ Facebook

Nabiel said...

tak mudah kn utk mjadi seorg ckgu?
hehehe~
thanx 4 e tips!=)

yana lyana said...

hariz : insyaAllah.
terima kasih ye. :)

yana lyana said...

nabiel : semua perkara tak mudah kan?
hehehe..ur most welcome! :)

Anonymous said...

gudluck my dear nana!

yana lyana said...

mira : terima kasih sayang. :)

Anonymous said...

salam... hye there... thanks for the tips... i really appriciate it... just now, i have a question... if u dont mind... i will attend the same interview like u had before.. this 3 november.. then i heard from a friend dat there will be no interview ( lisan) for who' under KPM schoolarship but just have to go through ( insak ) inventori sahsiah keguruan.. is dat true my dear? i need to know as fast as u can.. please... here's my email. babygurlz@ymail.com, plz feel free to mail me or y.m me.. i'll appreciate ur help. thanks again

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com