Followers

Pages

Wednesday, December 23, 2009

i kerja anti rasuah



Bila hari dah makin tiba,
mulalah aku rasa ilmu yang aku ada tak cukup banyak untuk aku sampaikan kepada anak murid.
mulalah aku rasa diri aku tak cukup lengkap ciri-ciri sebagai seorang guru.
mulalah aku rasa gelabah tiba-tiba lupa macam mana nak guna set square t square semua tu.
makin gelabah bila eh autocad macam tak pernah tau apa-apa pun?

macam mana nak pastikan bubble ada kat tengah-tengah bila buat amali ukur aras, ukur kompas segala ukur titik pindah ukuran datum pandangan hadapan tu?

ha tapi kalau suruh ajar step digging bola aku reti la..hehehehe
boleh volunteer jadi guru pengiring bola tampar kalau ada kejohanan sukan. :p
juga amali membancuh konkrit ke sebab macam dah pro masa buat psm dulu even tunggang terbalik bacaan kekuatan mampatan konkrit aku apa ada hal. hahaha

walaupun mendapat pujukan dari ayahanda masa hantar ke kuantan nanti boleh pergi cuti-cuti.
fraser hill?
sejuk mana pun fraser hill tu aku rasa tak dapat lawan perasaan dalaman yang sejuk menghadapi hari kejadian. ishh macam parah je aku ni. hee annoying sungguh ko yana!




* aku bakal menyepi dan duduk di luar arena internet untuk tempoh yang lama jadi jangan kata aku sombong tak balas komen okay :)





Tuesday, December 22, 2009

trouble is a cat


Di suatu petang yang nyaman ketika aku baru pulang dari membeli sepasang baju kurung ditemani encik kamalshazni....
aku tengok adik sedang membelai-belai baby.



"adik, kalau baby mati nanti ko sedih tak?"

"mestila, dia lah kawan adik selalu teman adik, dah macam adik sendiri dah tido sama berak pun kena basuh macam manusia,....bla...bla..."

tiba-tiba mata dia berkaca.

"ko nangis ni kenapa?"

"aah kan nangis kenapa..feeling la..hehehe"

kitorang pun gelak-gelak. adik aku feeling lebih pulak aku tanya main-main je bahahaha. :p
aku ni yang patut nangis nanti nak tinggalkan rumah dah takde nak jumpa-jumpa baby lagi sekali aku balik seremban tengok-tengok baby dah besar dah kenal aku. huhuhu!



Lagi empat bulan tak dapat jepp baby nak kecik macam tu. hari-hari makan friskies la whiskas la memang sayang tak boleh blah.
Dia kalau bergurau agak ganas siap gigit macam dia takde gigi je. ibunda cakap sebab masa kecik ibu dia tak sempat ajar kalau bergurau kena simpan kuku, gigit jangan kuat-kuat.

sebab tu bila dia jumpa anak kucing lain, nak main-main dia bantai gigit kuat-kuat macam dia gigit manusia. gila! memang la ibu kepada anak kucing tu mengamuk bahahaha

Adik aku dari alergik teruk pada kucing terus baik. hahaha dah hari-hari mengadap je lali dah kot alergik dia tu. :p




okay sampai uniten dia pernah jejak :p


* oh ya encik pahang dah komen di entri lepas, encik pahang still mahu kawan dengan saya? :p




Sunday, December 20, 2009

sunday blues


Happy Sunday....

Semalam aku berblog-walking. singgah sana singgah sini.
pastu aku berjaya mengesan somebody somebody but you! kekeke
somebody tu pernah kutuk aku bukan main lagi kat tempat lain masa aku di era kejatuhan dulu.
yang aku pelik tu apalah dia nak dah letak aku kat level negatif lima pastu tiba-tiba menonjolkan diri komen di medan aku.
mula-mula aku tak perasan tapi lama-lama eh dia ni ada kat sini pulak?
bukan setakat di blog tapi di facebook juga ada menambah senarai rakan.

aku ingatkan perempuan je yang suka mengumpat buat ketupat nih tapi lelaki pun dua kali lima je.
betul la kata orang,
manusia memang suka tengok bila orang lain jatuh,
masa tu memang kita pun berpesta la ramai-ramai membatu apikan keadaan,
padan muka dia la, kau patut malu la, blog kau baik tutup la..macam-macam lagi.

kepada "encik pahang" yang terasa..
you are not allowed here, terima kasih kerana bersama-sama mengondem aku dulu.
pergi main jauh-jauh ye cari mangsa lain.



gingerbread man

gingerbread man itu maknanya christmas is around the corner!
bukan christmas yang aku nak highlight kan tapi birthday ayahanda ialah sehari selepas christmas day.
sekali lagi bukan birthday ayahanda ialah main highlight tapi.........

HARI MELAPOR DIRI DI SEKOLAH!

wow sudah semakin tiba. :)

tak cukup lagiiiii........



plus....penjauhan dari encik itu. :(
sekian.

* "encik pahang" yang aku maksudkan, kalau kau berani kau comment la entri ini. :)




Friday, December 18, 2009

dari mata turun ke hati


Sekarang  monocular vision aku sungguh terang. :)
kata orang pakai cermin mata kita nampak lebih educated tapi bagi aku tak. sama je. cermin mata tak menggambarkan tu semua. lagipun bila aku pakai spek nampak tak cantik lah bahahaha...:p

Petang tadi aku ke kedai cermin mata di kota seremban. tapi bukan nak buat spek sebab spek aku yang sedia ada dah layak bagi title masing-masing dah. ada yang takde bingkai ada yang kaler pink ada yang kaler oren tapi semua pakai time dalam bilik kuliah je.

Tadi aku beli contact lens tapi colourless saje bukan biru, kuning atau coklat hazel sebab aku sedar aku ialah melayu tulen. (hahaha padahal budget tak cukup)


ohh begitu...ohh begini...


Penerangan cara memakai contact lens yang macam ceramah motivasi. gila lama penat aku tunggu padahal dah faham dah cara dia macam aku tak faham lagi. huh layankan jer. (-.-)

" kenapa u nak pakai contact lens tak mau pakai spek saja kan lagi senang?"


" saje je auntie, pakai spek i tak selesa la..i nak mengajar nanti.."

" ohh u cikgu?" terus dia tabik aku tapi takde la spring.

" hormat cikgu! " 

tiba-tiba je kan. aku senyap je la terkesima. hahahaa :p

Okay lepastu makan. petang-petang patutnya jogging bakar lemak tapi petang tadi menambah lemak.





Dapat pulak roti planta ngan air teh tarik di kala hujan-hujan sedikit tadi lalu menampakkan pipi dah gemok sikit. okay fineeeeee.


* siapalah yang cipta contact lens memang ciptaan yang canggih!





theraphy emosi



Salam Maal Hijrah 1431H


Dah lama rupanya aku duduk di rumah setelah berakhirnya sebuah episod perjuangan.
hari-hari aku tengok perubahan dalam diri sikit demi sikit. 
hari-hari aku berdoa untuk ditunjukkan mana yang benar dan disedarkan mana yang salah.

distraktor kita ada di mana-mana.
aku tak menangkan diri aku dengan mencari salah orang lain.
im trying to adapt myself
cuba mengasihani diri sendiri supaya orang lain tak perlu susah-susah buat begitu.
supaya persepsi antara kita semua indah sahaja.


cukuplah theraphy emosi untuk kali ini.
aku bukan menjual cerita cz i know people wont listen.
i jz expressing my feeling with kata-kata sampah sahaja.
lebih baik jangan berkonfrantasi. 




* selamat tahun baru! :)





Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com