Followers

Pages

Monday, August 22, 2011

indahnya berbuka bersama :)



Assalamualaikum.
Hari Sabtu yang lepas ialah hari berbuka bersama keluarga. :)
Sekarang ni susah nak dapat berbuka sama-sama. Mesti paling kurang pun ada seorang ahli keluarga yang tiada. huhuhu..
Disebabkan Sabtu itu ialah hari jadi abang, maka semua pakat nak berbuka di luar. Naim ada last paper nak kena hadap, adik pulak ada test apa tah hari esoknya tu maka kedua beradik tu tak dapat balik. Kitorang pun pergi tempat diorang jelah sekaligus tukar selera makan kat sana pulak.






Membuat keputusan untuk makan di Bangi sahaja sebab kat Subang sana sangatlah jam. Kat Bangi ni pun nasib baik je tu dapat direservedkan meja. :)









Sebenarnya kitorang nak makan kat Restoran Mohd Chan Abdullah yang famous amos ni. Pernah sekali makan kat situ. Tapi semua meja telah fully booked ok. Masa tu baru pukul 5 petang. Tu yang terus je serbu restoran sebelah. Nasib baik sempat booked sebab orang adalah ramaii.







Jalan-jalan ke Bazaar Ramadhan dulu sebab masih terlalu awal untuk berbuka. Untung-untung dapat jumpa artis sebab Naim kata kat situ artis ramai juga yang datang beli-beli juadah berbuka. Tapi habes satu pusingan bazaar sorang artis pun non hado uols..hehehe...
Dah habes beli-beli apa yang patut kat bazaar, semua pun kembali ke restoran. Masa tu orang dah mula sesak.







Kurma yang free.







Tunggu waktu berbuka pun sebok nak bergambar. Ehem.







Kuih akok kegemaran abang. Punyalah tamak tau dia tu..beli kuih tu aje dah RM5. Ibunda pulak tak perasan abang dah beli kuih akok tu, lalu dibelinya juga. Maka kuih akok ialah kuih rasmi untuk berbuka puasa hari itu. Last-last tak habes pun uols sebab tak sedap! Again peniaga, hambeklah kau duit tak berkat tu buat belanja raya. Ibunda selalu cakap... " Orang nak berniaga, dia sebok nak berniaga jugak..Orang punya makanan sedap, dia punya langsung tak sedap...."
Macam-macam hal. huhuhu....



























Alhamdulillah...berbuka lah kami semua bersama-sama pada hari itu. :)








Abang.







Kakak.







Naim.








And lastly...Adik.
Sekian :)




Yeay! Telah masuk minggu akhir berada di sekolah sebelum raya. Mood raya mai dahh..heee



0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com