Followers

Pages

Sunday, August 7, 2011

perihal Ramadhanku tahun ini



Assalamualaikum.
Harini nak cerita tentang Ramadhan di tahun ini. Alhamdulillah dah hampir seminggu kita berpuasa. Tahun ni aku berpuasa di tempat baru dan suasana baru iaitu di rumah sewa kat Gemas sana.


Rumah sewa aku tu ialah taman perumahan. Majoriti yang duduk di situ memang penduduk kawasan tu lah termasuk pelajar-pelajar di sekolah tempat aku mengajar. Keluar rumah nak siram pokok pun dah nampak anak murid lalu naik motor. Keluar rumah nak pergi beli kicap kat kedai depan pun dah nampak anak murid beli rokok. eh...
Betapa kehidupan aku di sana memang berlatar belakangkan status guru. Kejap-kejap 'cikgu!'. Kang pergi sana ada lagi 'cikgu!'. Pergi sini pulak...'cikgu!' lagi. Oh anak murid..kau buat saya rasa seperti artis apabila duduk di sini. kekeke :p 
Gemas tak besar mana uols. Mana pun kau pergi pasti ada je anak murid. Bersepah-sepah je diorang ni tau. Langsung tiada privacy. :p


Rumah kitorang tu kalau waktu malam memang romantik uols. Tengok dari luar macam tak pasang lampu. hehe..Itu pun anak murid persoalkan. Cikgu, semalam cikgu pergi mana? Rumah cikgu gelap je? Erk!
Ada jugak tambahan yang lain. Cikgu, cikgu duduk rumah tu tiga orang je kan? Kenapa kasut banyak gila macam duduk seploh orang? Erk lagi.
Ikut hati nak je jawab.. Korang jangan sibuk badan (busy body) boleh? hehehe :p
Tapi dalam diorang sibuk-sibuk badan tu, ada jugak yang tiba-tiba pin! pin! depan rumah hantar durian uols. :))


Aku dan housemate pergi sembahyang tarawih jalan bertiga pun dah 'cikgu! nak pergi sembahyang keeee?' Hadoi anak murid, kau ramah sangat pun tak elok nak... :p
Dah habes sembahyang trawih kan..masa salam-salam dengan penduduk kat situ, ada sorang makcik ni tanya kitorang..Anak-anak ni duduk mana? Tiba-tiba ada yang tolong jawabkan uols. Ohh diorang ni yang duduk sebelah rumah tetttt tu. Err betullah tu makcik. hehehe...


Hari pertama puasa, jiran sebelah bagi bubur kacang campur durian.
Hari kedua pulak anak murid aku datang hantar kuih muih. Lepastu anak murid Una pulak datang bagi rambutan dengan air soya jagung. Ya Allah...betapa murahnya rezeki menjadi seorang guru dan hidup dalam kelompok seperti ini. Alhamdulillah :)



Sekarang dah mula risau. Kang raya nanti confirm rumah kena serbu. Kerusi pun takde. Anak murid bukan betul tu kang kalau kena duduk kat lantai je. Tak pasal-pasal je kitorang kena tuduh miskin kang kerusi tak mampu beli. kekeke...
Dah la meja masak kat dapur tu kitorang rembat meja sekolah. opps! :p








Tiba-tiba teringin nak makan A&W.
GULP!


:p



9 butterflies concerned.:

Nur Nabilah Huda Mohd Ariffin said...

hai.hai (: rajinrajin singgah and follow http://kotaktisuoren.blogspot.com/

yayath said...

wahhh..mesti best kan jadi cikgu:)

Nabiel said...

omg!..nbiel tgk gmbo bwh skali tuh mse ngah puasa...aaaaa..
mgidam nie..ckgu la pnye psl nie!hehehe..
murah rezki kn jadi ckgu?alhamdulillah~=)

Nazryn Mishar said...

bez gile jadi cekgu !
student, mak student pulak sume cam frenly . haha . sonok2 ~

Anonymous said...

bestnye air a&w...huhu..terliur plak..slamat brbuka..=))

kaizen said...

yg A&W tu kami xleh bagi sbb kat gemas xde A&W kn?? huhuhu

latest entry Andai dia Jodohku & Bila Perempuan KENCING BERDIRI

lavenderlover said...

salam ramadhan ke 8

Unknown said...

;)

Unknown said...

salam,murah rezeki tol cikgu nie:) leh jimat duit poket la.haha..kalau ada jom la lawat n follow my blog..buat je mcm blog sndri..kawan2 blog yang laen pun dijemput sama..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com