Followers

Pages

Sunday, August 21, 2011

kuih basi pun awak jual?



Assalamualaikum.
Semalam ialah kali pertama aku pergi ke Bazar Ramadhan untuk puasa tahun ini. Dah masuk 10 hari terakhir ni baru kali pertama kau pergi nak? Sungguh kasihan kau nakk. hehehe...
Kat Gemas tu tak semangat tau aku nak pergi sebab kecik aje Bazar Ramadhannya. Pastu pulak ramai anak murid yang menjual di situ. Ramai juga anak murid yang membeli di situ. So aku jadi malas nak bersesak-sesak dengan diorang. Cukuplah bersesak kat sekolah je. Heee



Kalau bulan Ramadhan, kuih yang paling aku nantikan ialah tepung pelita. Kalau tak dapat pun, kuih yang berasaskan pulut pun jadi la. Kuih lopes ke, pulut panggang ke, bubur pulut hitam ke segala mak nenek kuih yang ada pulut lah senang cerita. Abah lah yang rajin melayan tolong belikan kuih-kuih yang ada unsur pulut ni. :')
Semalam aku ada beli kuih pulut yang ada inti kelapa tu. Excited tau nak tunggu waktu berbuka sebab nak makan kuih tu. Last-last bila dimakan, rasa masam. Basi uols!
Bengang ke tak haku ni kan? 



Ni bukan pertama kali jadi macam ni. Haritu abah ada beli kuih lopes banyak pulak tu tapi tengok-tengok bila tiba waktu makan, kuih ialah basi. Kelapa dia tu dah masam. Hampeh betul. Ada satu ketika jugak, kuihnya ok tapi kuah gula melaka tu pulak yang basi! Lagi hampeh. Guna kuah semalam ke apa akak-akak dan makcik-makcik yang jual tu ha? Ggrrr!



Diorang berniaga fikir nak untunggg aje tau. Menganiaya pembeli tak fikir langsung. Aku kalau tahu kedai mana yang abah beli, mahu je aku datang kedai tu dan tanya tukang jual tu 'Kuih basi pun awak jual ke dik nonnn??' Kita kasi tengok sikit dia punya menggelabah macam mana kan.









Kuih basi ni lah yang aku beli semalam. Dah sempat kunyah tinggal nak telan je tau.
Hati oh hati...sabar banyak-banyak yee...



6 butterflies concerned.:

Hans said...

aku pun baru sekali pergi bazaar

yups,kadang2 peniaga nih banyak tak jujur
jual makanan basi
rezeki diorang dapat tu tak berkat

Nabiel said...

tk phm kdg2 owg berniaga nie mcm mne~
ade stgh dorang mmg nk untg jek skrng..smpi mkanan tuh pn xjaga..
baru2 nie kwn nbiel kne cirit brit..huhu

wida said...

agaknya stok semalam kot..peniaga ni pon tak patut buat cam tu ke pembeli..dah lah bulan pose.saje2 je dapat dosa

Indah Mulya said...

huh, tak best btol lah kalo cmtu..mmg menganiaya orang..tak rugi pun kalo jual elok2 proper sket kat pelanggan..org lagi ske datang gerai tu jugak nnt..haih..mcm2 kan..huhu

dayah aziz said...

karipap pls..hahaha.;)

amoibeautiful said...

biasala peniaga mmg nak untung je kan..kitaorg pun ade terkena..tension ooo :-)
http://amoibeautiful.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com