Saturday, October 24, 2009
Encik Misai tak hensem
lovingly created by yana lyana at 5:18 PM 14 butterflies concerned.
Labels: career focus
Tuesday, October 20, 2009
sayang sangat taw
lovingly created by yana lyana at 1:26 AM 7 butterflies concerned.
Labels: family
Saturday, October 17, 2009
hati bunga bunga cinta
Dari awal minggu haritu aku dah berkeputusan untuk pulang sebab nak sambut DEEPAVALI.
hehehe. betapa sungguh berjiwa muhibbah ye.
Semalam dengan jayanya aku telah menghantar laporan akhir Projek Sarjana Muda aku. yesss!
Dengan bersungguh dan tegar aku menyiapkan laporan itu last minute.heeee~
Aku dah tengok PAPADOM weh....
Dengan my encik siang tadi kat Terminal One. Cerita tu kan...ciss betolll...
Berjaya membuatkan aku menangiss pulak. ishh..
kalau sekali takpe, ni dua tiga kali pulak tuu..hehe..
Cerita tu bukanlah cerita sedih tapi agak menyebakkan hati dan naluri la sebab dia nak tunjukkan pengorbanan seorang papa! huhu..bukan nangis main-main weh,
automatik je dah berlinang tanpa sedar...haha malu tauuu. :p
Dengan kehadiran Farid Kamil yang hensem di situ makin menghidupkan cerita even dia bawak watak lelaki gatal..hahaha..
i suke la farid kamil tu macam u je bile tengok lame-lame...
ayat pujuk my encik.hehe..:p
lovingly created by yana lyana at 12:50 AM 4 butterflies concerned.
Labels: manis
Tuesday, October 13, 2009
serius i rindu
Seperti biasa....
Bila pulang ke Seremban, lepas jumpa ayahanda bonda dan adek-beradek,
Aku terus mendapatkan Shibi.
Rindu lama tak jumpa.
Ohh dia rindu jugak.
Aku pun dengan tak bukak tudung,
Dengan handbag yang masih di bahu,
Terus keluarkan dia dari cage n tengok keadaan dia.
Sihat ke tak, gemok ke tak.
Then, aku bawak dia ke ruang dapur n bagi makan oat.
Bagi minum susu.
Huuu..Aku mimpi tu weh malam tadi....
Hamster juga mampu menghidupkan emosi.
kelik SINI.
Serius aku rindu... :'(
lovingly created by yana lyana at 1:55 PM 9 butterflies concerned.
Labels: pahit
Monday, October 12, 2009
life affairs
Tarikh luput penghantaran laporan projek akhir makin hampir dan hampir lagi. Kecuakan dalam diri juga makin meningkat hari demi hari. huhu..Aku dah dapat feed back bab empat projek aku dari encik supervisor siang tadi. Tapi agak membimbangkan kerana dia suruh tambah lagi ujian sebab laporan aku nipis. Encik supervisor kata laporan aku ialah Not presentable. Not good enough. Not enough quality. Not not....wahh kusut masai.
Memandangkan aku tiada mahu otak dibelenggu hal ini, so petang tadi aku pergi main bola tampar. Rindu gila dah lama tak main. After Masum aritu, dah tak main dah sebab masuk sem baru pastu dengan bulan puasa lagi. Jadi tak bersukan lah aku maka bertambahlah berat badan. hahee~
Sangat best bermain petang tadi. Corak permainan yang menghiburkan kerana ada rakan-rakan baru dalam team bola tampar universiti. :)
Mereka hebat dan pandai memukul bola. Aku juga turut bermain sampai lah peluh-peluh. Tak sedar diri padahal puasa. heeeeee.
Adakah anda tahu? Jika seseorang itu baru lepas bersukan, jadi perasaan untuk makan menjadi berkurang. Mungkin kerana faktor suhu badan meningkat, peluh keluar, toksin keluar, lemak terpecah dan sebagainya lah aku pun tak tahu. Jadi, selepas bermain aku tak lah terasa nak makan sangat pun. Tapi memandangkan aku berpuasa jadi harus makan juga. Nanti pengsan la sakit la dah jadi sebab lah pulak kan nak menyusahkan orang lain.. Hohoho.....
So,aku pun pergi makan ditemani cik Anis. Aku order nasi goreng ayam dengan teh tarik. Makan dengan bersungguh-sungguh pulak tu. Apabila perut dah penuh, kami pun pulang. Sampai di rumah, perut aku mula buat hal. Rasa tak selesa la, sebu la, senak la, macam nak muntah la, macam nak minum eno la. Gedik.
Masa cukup diperlukan untuk menenangkan perut yang memberontak ni. Otak masih on the way untuk memberontak. weeeeee :p
Petang yang penat tapi puas. Dapat release tension. :)
lovingly created by yana lyana at 10:48 AM 0 butterflies concerned.
Labels: live life cool
Sunday, October 11, 2009
ade aku kesah?
lovingly created by yana lyana at 6:19 PM 8 butterflies concerned.
Labels: live life cool
Monday, October 5, 2009
psikomotor
Gila ke ape tido 11 jam dalam masa sehari?? Haha itulah hakikat yang aku lalui hujung minggu yang baru berakhir semalam. Dengan si internet yang malu-malu kambing nak ade. Asik problem je time loading. Tersangatlah bosan kan. Dengan hari yang sejuk je dari pagi sampai ke petang. Heee penat weh tido lelame. :p
Dan semalam aku dah syak tragedi hari sabtu bakal berulang kembali. Tido melebihi had waktu. Hehehe. Tapi nasib baik tak. :) Jam 3 lebih-lebih petang aku keluar dengan my encik. Haha dia bersimpati kot kat aku. Heeee. Tapi tiada lah ke mana-mana sangat. Just tengok movie and makan. Cukup lah tu sementara tunggu hari esok yang bakal bosan lagi kann.
Cerita A Perfect Getaway agak berbaloi untuk ditonton. Cerita pasal pembunuh psiko yang ngokngek. Haha terpedaya gak aku mula-mula cerita tu macam si pembunuh ni baik-baik innocent je kan. Padahal dia bunuh orang siap cabut-cabut gigi mangsa lagi. Eeeewww. Tapi psiko dia ni takla sehebat pembunuh psiko macam cerita Saw. Haaaaa tahukah anda? Cerita Saw yang banyak series tu. Tak sanggup aku nak tengok. Potong tangan la, korek mata la, banyak la lagi. Ngeri gila.
lovingly created by yana lyana at 10:53 AM 10 butterflies concerned.
Labels: manis
Saturday, October 3, 2009
fikirlah sendiri
I'm not a type of person yang lek lek sudah atau dengan kata lain tak yah la fikir sangat hal remeh temeh. Faham ke apa yang aku cuba sampaikan ni? haha. Layannnz.
I'm a thinker.
Semua benda aku nak fikir even tak perlu fikir pun tapi otak aku masih degil mahu fikir jugak. Tak semua yang aku fikir menemui jalan penyelesaian. Tak semua yang aku fikir memberikan jawapan. Aku ada pendirian aku sendiri yang mungkin membezakan pandangan antara kita. huhu.
Apa yang aku nampak, apa yang aku rasa, apa yang aku dengar semua buat aku terfikir. Kenapa yang di luar sana tak mahu fikir? Atau mungkin memang tak fikir langsung? Menjaga hati orang lain memang susah. Hati sendiri juga kadang-kadang tak terjaga sebab sebok fikir hati orang lain. Hmmmpff.
Aku mahu memperkatakan tentang seseorang. Juga salah satu contoh yang melibatkan pemikiran. (contoh lain leceh la untuk diceritakan..kang ada yang terasa hati..hohoho) Bekas kekasih. Aku bukan terfikirkan tentang dia,tapi dia yang datang buat aku berfikir. Apakah? Heeee sedikit confuse di situ. Okay. Kami dah lama tiada berkomunikasi sejak bertahun lalu tapi dis lately die sebok menegur di chat room. Lepastu aku pun dengan hati tulus ikhlas membalas teguran itu. Tapi perbualan kami tiba-tiba disampahkan dengan perangai dia yang poyo gila nak mamposs. Bajet macam aku nak sangat kan chatting ngan dia. Aku remove awek dia dari list fren facebook aku sebab rase cam meluat je kan. Dia kata aku kerek. Haha baiklah. Aku tiada peduli. Langsung tak heran. Kenapa aku begitu? Sebab, disebabkan dia lah aku ni sangatlah macam bodoh angau tak tentu pasal masa kat kolej matrikulasi dulu sebab dia dah condong ke gf baru. (yang aku remove dari fb aku tu la) Sampai nak belajar pun tak boleh. Serius. So, adakah perlu aku jaga hati dia?
No wayyyyy!
Hal yang sama berlaku sekarang. Aku tak nak jaga hati orang yang tak reti jaga hati aku. Boleh kan? Bukan membalas-balas tapi aku memang tak boleh. Serius tak boleh. Buat lah apa pun aku tetap tak boleh.
Nak cakap lebih-lebih pun aku bukanlah sempurna mana. Cuma aku terfikir, kehidupan kita ni macam tidak adil. Orang kata, hidup kita macam pusingan roda. Kadang kita di atas kadang kita di bawah. Tapi macam mane kalau kita asik kat bawah je? Huhu..Itu pun otak aku ni masih gedik nak fikir. Hahaha......
lovingly created by yana lyana at 2:26 PM 4 butterflies concerned.
Labels: live life cool