Followers

Pages

Saturday, August 15, 2009

birthdayana 4 + pemergiannya.


Okay seperti yang telah dimaklumkan entri birthdayana ada sambungan kan.ha ni diaa.hehe..setibanya aku di seremban,ibunda menjemput and kitorang pun pergi makan-makan dulu sebelum balik rumah.sampai di rumah adik-adik dah ada kat bilik and tanpa tunggu-tunggu lagi mereka terus nahh akak,,,happy birthday..even dah lambat kann.heeee~okay okay aku memang tunggu part ni sebab mase birthday aku haritu adik call and bagitau ada hadiah untuk kakak jadi cepat-cepatlah pulang.baiklah sekarang aku dah pulang and sedia tahu ada hadiah menanti heh hehe.

Gelas yang ade tulis happy belated birthday.

Rantai tu adik bagi adalah supaya dia pun boleh guna sama.heh

Adik memang tau ohh aku minat pakai-pakai accessory macam rantai tu sebab tu dia beli agaknya.and juga dia boleh pinjam-pinjam pulak kan sebab kitorang selalu je mengamalkan konsep barang ku barang mu jua.hehe baiklah.anyway tenkiu yer adik…..:) Juga tidak ketinggalan dari adik lelaki aku encik naim.mereka berdua tu agaknya bersama-sama bekerjasama lah tu pergi beli hadiah untuk aku. *huuu mata berkaca

Sesuai kan dengan I yang suka sangat dengan butterfly?heheh

Baiklah.tentu semua pun tertanya-tanya apakah gerangan benda yang encik naim bagi tu kan?hee ok.memperkenalkan......benda itu ialah diary ok.rasa macam budak sekolah pulak kan ada diary-diary.i dah lama tinggalkan hoh amalan menulis diary..adoiiii
Tapi tiada mengapa sebab aku pun suka kumpul benda-benda comel macam tu.tu bukan setakat diary yang siap ada kunci wohh tapi ada frame gambar jugak and bekas untuk simpan pen-pen pensel-pensel and whatsoever lah kan.so comel.okay encik naim,saye simpan elok-elok diary tu sampai rase tak sanggup nak conteng apa-apa heh dalam tu.....hehe..





Sekarang bermulalah episod sedih dalam hidup aku......

Shibi


Hamster tu adalah haiwan peliharaan aku sejak lima tahun yang lalu.lima tahun adalah tempoh yang agak lama bagi seekor hamster.actually aku pun tak berapa pasti berapakah jangka hayat sebenar haiwan itu.tapi aku rasa shibi telah berjaya hidup dalam tempoh yang agak lama.masa mula-mula aku beli shibi,dia hanyalah sebesar bola golf.kecil kan?bukan setakat kecil tapi shibi ialah sangat comel dan aku pun sangatlah geram kat dia rasa macam nak genggam-genggam cubit-cubit je telinga dia kan.hehe..Mula-mula aku beli shibi ada pasangannya tetapi oleh kerana pasangan dia sangatlah gedik dan aktif sampai berjaya melarikan diri.aku pun tak pasti sama ada pasangan shibi tu sudah mati dimakan kucing,sudah lemas dalam longkang atau sudah join team-team tikus liar.aku pun tak tau lah ke mana menghilangnya dia.

Shibi tu sendiri dah banyak kali hilang sebenarnya.mula-mula hilang dia berjaya keluar dari cage dia and aku jumpa dia kat bilik tengah tersepit kat belakang almari.maklumlah masa tu shibi baby lagi.tak reti bawa diri lah tu sebab tu bising je bila tersepit belakang almari..hoho geram geramm...secondly,shibi hilang bersama-sama dengan pasangan dia.tapi shibi pulang ke pangkal jalan sebab lapar agaknya.hehe comelnyeeee....dia tiba-tiba muncul ada je kat ruang tamu padahal dah berpuluh kali kitorang cari kat ruang tamu tu..memang betul lah dia lapar sebab lepas dia pulang and aku masukkan dalam cage dia terus minum air and makan koci.alololo tu la lari lagi..i kan dah bagi makan cukup u nak lari cari apa lagi kat luar tu..ish ish....nasib baik u comel ok. Last sekali shibi hilang waktu malam.masa tu aku tak perasan.abang aku encik fahmi yang perasan shibi dah takde dalam cage dia.aku and adik-adik dah tidur dah masa tu.encik fahmi pun mengembaralah seorang diri mencari makhluk degil itu.last-last jumpa kat toilet tah apa dia wat tah.hehe..mungkin sebab kat cage dia aku tak sediakan toilet ade flush tu sebab tu dia lari sampai ke toilet rumah??haha..mungkin-mungkin.....

Betapa shibi manja dengan i makan pun nak bersuap.huuuu~
Lame jugak shibi hidup tanpa sakit-sakit sebab aku bagi dia makan oat.hehe..badan shibi slim ok.kurang kolestrol..actually shibi makan apa sahaja yang kita bagi.cakap lah segala jenis makanan yang manusia makan shibi pasti pernah makan.termasuklah ais krim and nasi ok.pernah masa family aku pergi bercuti,kitorang bawa shibi sekali.haha uol bayangkanla cage dia yang besar tu aku angkut sekali masuk dalam kereta.kereta weh kereta.bukan van or lori ok.sebab memikirkan nanti kesian shibi takde sape kat rumah nak tengok-tengokkan dia,nak bagi dia makan,nak bagi dia minum.begitu juga kalau kitorang sekeluarga pulang ke rumah nenda kat johor.pernah jugak angkut shibi sekali.ibunda memang bising jangan cakap lah kan.kenapalah nak angkut sekali hamster tu kereta dah la sempit cage dia kalau besar buku tulis takpe lagi ni dah besar macam manusia dah..heh heh tipu lah tu kan takla besar manusia tapi besar jugak sebenarnya.Tapi betapa aku nekad dan tekad nak bawa shibi jugak jadi akulah yang memangku cage dia tu sepanjang perjalanan ke johor..shibi,kalaulah kau boleh bercakap pasti kau dah berterima kasih kat aku sebab banyak berkorban..ceh perasan..hehe..aku bukan saje-saje nak angkut dia balik rumah nenda sekali tapi aku tak sanggup nak tinggalkan dia kat umah yang tiada orang..kesian.....
Inilah bukti! Hehe...
Dan masa cuti sem hari tu shibi sakit.aku rasa masa tu dah sampai masanya shibi nak tinggalkan aku.dia tak larat nak makan.kalau aku bagi makanan dia ambil tapi pastu dia letak tepi tak makan pun.masa tu aku sangat tawakal sebab nampak macam dah nazak sangat dah.tapi sampai ke malam shibi tak mati-mati jugak.sampailah ibunda cakap agaknya shibi ni sakit perut.cuba bagi dia minum susu.okay aku pun bagi la dia susu anlene tu.and tak lama lepas tu shibi dah ok!Berlari-lari macam biasa and kembali comel....:)
Comelnye kamu........................


Tapi masa aku pulang semalam adik bagitau shibi sakit.aku tengok shibi....ye memang dia sakit.bulu dah banyak gugur,mata dah tak boleh nak bukak,lepastu bahagian bawah mulut dia penuh dengan air.aku sangat sedih.tak sanggup nak tengok shibi tak boleh nak makan,tak larat nak jalan,tak larat nak naik kat rumah dia kat tingkat atas tu..keadaan shibi makin teruk....pagi tadi aku jenguk shibi and bawak dia kat atas para bahagian dapur tu.ya Allah sangatlah kesian.shibi dah buta.berjalan pun tak larat.sedih.sangat sedih.aku tak tau nak gambarkan bagaimana perasaan aku ketika tu.aku nak shibi mati masa tu jugak! aku lagi sanggup tengok dia mati dari tengok dia terseksa macam tu.menangis menangis menangis.yeah i’m crying....aku terpaksa alihkan shibi ke bekas lain sebab masa aku ambil dia dari cage pagi tadi ada semut kat badan dia.kesian.mungkin shibi sendiri tak larat nak gerakkan badan untuk halau semut-semut tu.

Shibi semakin tak larat.
Dan sehingga entri ini ditulis shibi masih menunggu masanya untuk pergi meninggalkan aku selama-lamanya.....telatah comelmu akan ku ingat sampai bila-bila...

Cage shibi yang bakal sunyi......
i'm going to miss you...semoga shibi aman menemui zaman tenangnya……


shibi...tunggu i di syurga... (boley tak?)

MUTIARA MAHAL :

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

7 butterflies concerned.:

aNisZs YuNus said...

huhuhu..
testing...

nabila said...

sedihnya.untung shibi dpt tuan cmni

butterflyana said...

ye..sungguh sedih...berat bahu memikul....
huuu~

Anonymous said...

huhu... kesedihan mu dpat kurasakan tika ku terlihat kamu menitiskan air mata tika shibi tenat... huhu... ayat!!! keh2!!

kehilangan shibi sangat dirasai sluruh kluarge... tp tlah diganti oleh seekor anak brung murai... huhu... ciap..ciap..

butterflyana said...

bukan ciap ciap la..tapi cici cici..haha

Anonymous said...

huhu....ak pon turut menitiskan air mata juga apabila m'bca artikel yg menyayat ati nih...huhu

butterflyana said...

perli la tu.panggg kang.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com