Followers

Pages

Monday, August 24, 2009

cuti universiti tak cukup indah lahhh.

 
Cuti pun dah berakhir.assignment pulak dah makin belambak menanti aku untuk berikan kasih sayang yang tak cukup heh..malas sungguh..cuti seminggu kat rumah rasa macam cuti hujung minggu je..hadoii even tak berapa puas tapi okay lah kan dari tak cuti langsung.. (masih tegar untuk berlakon..cehh)
Tapi yang paling tak menarik indah cantik menawan ialah cuti universiti dah berakhir tapi cuti sekolah baru nak mula?memang sungguh mencemburui..ishh tiada puas hati lah hati ni...siapa lah yang mengawalselia bab-bab cuti ni…hmm jaga kau. (eh tak tak..heeee)
Di hari kepulangan…encik kamalshazni hantar sampai terminal….

wajah menunggu encik tu pergi bayar bil.heheh
Dan sesampainya di rumah batu sewa mewah aku lihat si comel elok terletak atas meja..cik shida bagi untuk birthday aku yang dah lepas tu…hoho tenkiu kamu~
Si comel yang sungguh comel macam pemberinya..awwwww

20 Ogos lepas ialah ulangtahun kelahiran kakanda.ye kami dua beradik memang anak merdeka ohh lahir di bulan kemerdekaan.heheh..so ibunda pun merancang mahu beli kek sambut sikit-sikit je memandangkan abang pun dah tua kan. (even 24 ko tetap tua dari aku okay.) kalau sambut meriah siap ada belon warna warni dengan reben-reben kerinting lah bagai macam budak lah pulak kan.aku yang adik ni pun tak sambut macam tu..hamboiii..heeee~
Pagi tu aku and ibunda pun keluar lah mahu beli barang rumah sikit.dan bila tiba masa mahu beli kek ibunda kata nak belikan kek kat secret recipe.apa??secret recipe????ish mana keadilannya di situ..birthday aku tiada kek pun dari ibunda… (heheh jeles jeles)
Kesimpulannya ibunda pun kata takpelah kek tu kira share lah aku and abang…..yesssss!
Amboii bermaharajalela ya kau duduk memenuhi ruang.

Nah sekarang lihat aksi geli ni pulak..heeee~
Tapi yang menimbulkan keraguan ialah adakah si tukang tulis kek itu tiada dengar atau tiada faham.padahal sudah bagitau tulis nama aku sekali tapi sampai kat rumah nama aku takde pun..cis sungguh menimbulkan kesakitan di hati hoh.tapi takpela..bukan apa sangat pun.tak letak nama je kann.demi kakanda tercinta.. (sedapkan hati sendiri)
Kek chocolate indulgence kakanda.

Ye si baju hitam itulah kakanda aku ok.kek itu adalah sangat sedap enak lazat yummy lah sampai tidur pun termimpi-mimpi.. (haha tipu tipu) Anyway,selamat hari lahir yang ke 24 kakanda..semoga kau cepat kawen..kehkehkeh....
Baiklah.demi kerana aku adalah adik yang baik hati lagi menawan kalbu maka aku juga menyediakan hadiah untuk kakanda..tapi tak dapat mewah la heh i tak cukup budget..hohoo

Cukuplah ini sebagai tanda aku mengingati.huuuu
oh ya lupa mahu mengupdate tentang shibi..selepas selesai je aku post entri pasal dia,dia pun telah pergi jauh meninggalkan alam nyata..sedih memang sedih takyah cakap lah kan.tapi nak bermurung sedih resah gelisah je apa kejadahnya kan.aku redha jela.cuma masih tiada niat mahu membeli hamster baru.mungkin lama sikit..kata orang kubur shibi pun masih merah kan..haha (kau ingat shibi tu manusia??) baiklah.tiba-tiba tempat shibi ada gantinya.ayahanda bawa pulang seekor baby burung.ayahanda kata burung tu terjatuh kat office.mungkin dia mengada-ngada mahu terbang tapi tak sedar diri yang dia masih lagi baby.burung itu ialah burung murai ok.comel boleh tahan tapi bising bukan main..nama pun murai kann...

Itulah dia si baby murai..di sebelah itu interframe lebih.

Sekarang cuba uol nilai unsur-unsur ini adalah kategori kasih sayang ceria gembira atau sepak terajang??betapa kakandaku sangat gedik....

Kakanda : burung ape tu bah?
Ayahanda : burung murai....
Kakanda : burung ape tu bah?
Ayahanda : burung murai.......

Uol rasa ayahanda aku wajib bagi pelempang sekali ke dua kali kalau soalan tu diulang lagi??hehe..kakanda kakanda.....layan jela...


MUTIARA MAHAL :

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

4 butterflies concerned.:

~rVp~ said...

testing

CAKERA KERAS said...

nasib baik burung murai..
kalau siput babi mcm mana..
hehehhe

s.h.i.d.a said...

jage elok2 cik teddy i tu ye...syg kamu (jgn gli2)...emm abg ko mmg sengal..hakhak

yana lyana said...

hehe..bahekklah.

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com