Followers

Pages

Tuesday, July 19, 2011

kerusi simen ferro



Assalamualaikum.
Jom kita belajar cara-cara nak buat kerusi simen ferro.



Simen ferro merupakan sejenis struktur binaan yang terdiri daripada campuran pasir, simen dan air yang dilepa nipis pada jejaring dawai keluli.
Sumber : Modul Pembelajaran Landskap & Nurseri







Mula-mula sekali, jejaring keluli dipotong mengikut ukuran iaitu 40 cm x 90 cm dan satu lagi ukuran iaitu 30 cm x 30 cm. Bentukkan kerusi bulat dan ikat dengan dawai hingga kemas.







Ikat kerangka kerusi dengan dawai keluli. Ikat juga di bahagian atas kerangka secara menyilang.







Kemudian, letakkan surat khabar di bahagian dalam kerangka. Susun dengan kemas supaya keseluruhan bahagian dalam kerusi dilitupi tanpa ada lubang. Tak boleh ada lubang sedikit pun sebab nanti kita nak masukkan pasir. Bocor pulak tak pasal kan...







Setelah yakin tiada lubang, masukkan pasir.







Sumbatkan pula surat khabar yang direnyukkan. Berselang seli lah dengan pasir ye...








Pindahkan kerusi ke kawasan lapang dan tidak berbumbung. Senang nanti nak buat kerja. Memang kena berpanas uols. Tahan aje la..huhu...









Bancuh simen, pasir dan air dengan nisbah 1 bahagian simen, 2 bahagian pasir halus dan 1/2 bahagian air.








Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka. Biarkan ia keras. Selepas itu, buat lapisan simen kedua kira-kira 1 cm tebal dan buat lorekan. Setelah ia keras, terbalikkan kerusi dan buang pasir dan surat khabar yang kita masukkan tadi.








Lepa pula bahagian atas kerusi. Lepa dengan licin dan rata sebab itu ialah bahagian yang kita nak duduk kan. Haruslah ia rata dan tak tajam supaya selesa dan selamat untuk digunakan nanti.








Biarkan ia kering dengan sendiri. Kemudian bersihkan struktur dari habuk, kesan tajam dan menggerutu.








Cat alas dengan warna hitam keseluruhan permukaan kerusi.









Setelah kering, sapukan pula cat coklat secara melintang.







Dan bahagian atas kita catkan dengan cat kuning. Nak lagi cantik, boleh combinekan warna cat supaya ia kelihatan seperti batang kayu yang dipotong. Tapi anak murid aku ni asalkan cat sudah. Warna kuning aje dah cukup. heee









Lastly, cat keseluruhan permukaan kerusi dengan cat kilat dan biarkan ia kering.
Lalu siap lah sudah kerusi simen ferro kitee.








Hasilnya ialah seperti ini uols.








Ni pelajar yang degil takmo dengar kata. Aku dah suruh lorek seperti ukiran kayu, dia pergi lorekkan seperti ini pula. Lepastu bangga konon dia punya cantik sangat. Gggrrrrr








Ni lagi satu degil. Corak pangkah pulak dia ukir. Senget pulak tu. Pelajar ni memang jenis yang ahh asalkan aku buat sudahh. Haa memang pemalas ok. Cincai aje. Yang pelajar perempuan ada seorang tu pun degil juga. Dia buat corak love pulak uols. Ok fine.



Inilah cerita projek simen ferro pertama aku. Alhamdulillah ia menjadi juga walaupun tak cantik mana pun.
Sebelum ni aku memang takde ilmu langsung pasal simen ferro ni. Dan apabila telah mengajar, barulah aku tahu tak lah susah mana pun sebenarnya. Korang yang baca pun sekarang ni tiba-tiba dah tahu macam mana nak buat kan. So bolehlah cuba buat sendiri lepasni.
:)



Byebye.




p/s : kamu-kamu yang bijaksana, yang pandai membuat simen ferro dan terbaca ini, kalau ada kesilapan saya di mana-mana tolong beritahu ye. Saya cikgu baru belajar. :)



14 butterflies concerned.:

Anonymous said...

salam..post yg menarik.tq..saya plan nk buat simenfero utk projek student saya. tapi tak penah buat lagi. bolehla membantu ye..

Anonymous said...

Salam.. Sy berminat yg teramat sagat utk belajar teknik membuat simen ferro. Bolehke tlong ajar sy bagaimana caranya.

Encik Nort said...

entri yg sgt menarik..cuti ni leh la blajaq wat..thanx yna!

Encik Nort said...

entri yg sgt menarik..cuti ni leh la blajaq wat..thanx yna!

Anonymous said...

saya minat awak..comel sangat..heheh

Anonymous said...

bagus idea ni. tak susah sangat nak buat. lepas ni penuh satu sekolah kita buat pasu bunga simen ferro...tengok je lah nanti...

Unknown said...

ok bole buat sendiri...........tq

Anonymous said...

salam cgu, nak tanya ckit cat yg d gunakan tu cat jenis apa ya.... cat simen atau cat kilat,,? harap cgu bantu saya yg baru nak cuba buat ni.kalu bolih email ke sri_bangun@hotmail.com or sms ke 0239823537. tolong ya cgu.

Anonymous said...

salam cgu, nak tanya ckit cat yg d gunakan tu cat jenis apa ya.... cat simen atau cat kilat,,? harap cgu bantu saya yg baru nak cuba buat ni.kalu bolih email ke sri_bangun@hotmail.com or sms ke 0239823537. tolong ya cgu.

Anonymous said...

salam cgu, nak tanya ckit cat yg d gunakan tu cat jenis apa ya.... cat simen atau cat kilat,,? harap cgu bantu saya yg baru nak cuba buat ni.kalu bolih email ke sri_bangun@hotmail.com or sms ke 0239823537. tolong ya cgu.

Unknown said...

terima kasih satu perkongsian yang menarik..tahniah cikgu

Unknown said...

Salam..cat apa yg dgunakan

Anonymous said...

terima kasih yana atas perkongsian ilmu semen ferro ini, kalau ada masa lapang nanti saya nak mula belajar buat pasu bunga dulu, dapat juga jimat belanja beli pasu dan menghasilkan pasu buatan tangan sendiri. terima kasih


Hafiz said...

Salam...terima kasih penkongsian , minta halal ilmu ye.. saya nak cuba buat. Mak nak tempat duduk santai petang2

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com