Followers

Pages

Tuesday, January 31, 2012

Ingin ku gigit-gigit cuping telingamu



Assalamualaikum.


Eh? Tajuk merepek.
Sekarang ni semua cerita melayu nak diadaptasi dari novel. Bermula dengan kegemilangan Lagenda Budak Setan bawak ke Ombak Rindu, semua pun memang menawan hatiku. hee :p
Jalan cerita novel memang kebanyakannya feeling-feeling belaka. Kita baca pun dah feeling, tengok pulak cerita dia memang bertambah feeling. Kalau tengok sorang-sorang memang senyum malu-malu kambing tak sedar diri. :p






Ni ha dua novel yang didramakan. Oh novel Gemersik Kalbu tu memang aku akui aku baru beli sebab tu nampak cam cantik elok je kan. :p
 Beli semata-mata sebab cerita tu tengah hot ok. *sanggup
Aku ikut ok dua-dua ketul drama ni. Kalau terlepas tengok pun, memang lepastu aku carik kat internet terus! hehe..


Gemersik Kalbu tu selalunya kalau aku terlepas tengok dalam setengah jam gitu sebab petang aku pergi training budak volleyball kat sekolah. Si Bicara Hati pulak, sangat sedih sebab rumah sewa weols kat sini TAKDE ASTRO uols. Tetiba terasa miskin. haha..
So, Bicara Hati memang aku layan kat youtube aje lah. Lagi feeling lebih uols sebab iklan-iklan pun nan hado pastu layan pulak sensorang dalam bilik. Aww betul tau feeling tu. ekekeke...






Lagu tema Gemersik Kalbu ni memang tak boleh blah. Mula-mula dengar  rasa geli geleman je. Nak-nak pulak part 'ingin ku gigit-gigit cuping telinga kecilmu' tu. Macam ape je kan. Pastu dapat pulak watak Sufian yang ala-ala kasanova muka gatal gitu kan. Lagi lah macam tak kuasa gitu tengok Aqashah dalam cerita tu. Tapi lama-lama rasa best pulak. hahahaha. :p
Lirik dia pun kalau dihayati memang hot romantic ok. (eh i hayati sikit-sikit aje tau :p )







Bicara Hati ni lagu tema dia best jugak tapi tak geli la. Feeling bercinta sakan je kalau dengar. :)
Cerita dia pun sweeeeeeeeeeeet sangat. Suka tengok si heroin dia. Cantik, manis, ayu. Dan berjaya buat i cemburu terlebih. eh?
hehehe...:p



So uols, uols tengok jugak tak drama-drama ni? Tak tengok rugi tau. Okbye.








p/s : Cantik tak tudung bawal roses ni? Ohh...dulu kini dan selamanya tudung bawal tetap berada di carta tertinggi pilihanku. cewah! hehe..:p



Bye. :)



Saturday, January 28, 2012

one night at melaka



Assalamualaikum.

Nak dijadikan cerita, minggu ni kan minggu last adik bercuti semester, kebetulan jugak sekolah aku amik cuti seminggu untuk chinese new year sebab student dan guru sekolah aku tu ramai cina. Seronok memang seronok tapi mendapat lah nak kena ganti balik nanti. Tak memasal kena sekolah hari sabtu. *pasrah


So, kebetulan lagi mak dengan abah pun memang ada ambik cuti. Terus abah ajak jalan. Nak tidur hotel tak kuasa tau sebab kucing-kucing kat rumah kesian tak makan nanti, so kita bernight one only aje lah ke Melaka sana. Kenapa Melaka? Sebab itu paling dekat. hee...






Ehem. Gojes tak handbag lv ciplak i tu? :p
Motif? Memang nak bagitahu yang i seorang yang gila handbag. Tak kira lah ko ori ke cap ayam ke beli kat butik ke beli online ke beli kat Jalan TAR ke. eh?
:p






Jonker Walk, Melaka. Eh macam pernah terjah je? hehe..
Kitorang berjalan di malam hari dengan family Pakteh. Pakteh memang duduk Melaka. Pakteh dan makteh dua-dua pun polis. Sama dengan mak n abah. Diorang ni memang sejiwa lah asal borak je pasal polis. hehe.. Malam tu makteh kerja. Kebetulan lagi. Senang sangat lah nak dapat parking sebab makteh ialah tourist police kat bandar Melaka tu. Aci tak? :p






Tersangat ramai orang kat Jonker Walk malam tu. Yelah dah memang tengah beraya kan. Sangat sesak ok. Tak sanggup nak redah. Kitorang sampai kat pintu gerbang ni je pastu ok bye Jonker Walk. hihi..
(nasib baik dah pernah pergi dengan kss haritu :) )
Klik -----> WALK WALK DI JONKER WALK






Gambar ialah gegar sebab encik cameraman jalan laju. hihi..
Kitorang sambung berjalan kaki di tepi sungai Melaka.







Kincir air. Waktu malam kawasan sini ialah super cantik. Beza sangat dengan suasana waktu siang.
Klik -----> MELAKA WITH LOVE 
(Tak habis nak mengimbau kenangan je lah aku ni kan..haha..)








Eh? Tak nampak pulak apa nak dihighlight kat tangan tu kan. :p Fokus pulak kat muka i. Maafkan muka i yang macam pakai banyak bedak je kat situ. ekeke..







Ni ha. Super cantik!
Nak highlight hotel gojes ni sebenarnya. Alahai cantiknyaa. :)







Nak naik river cruise tapi ramainyaa lah orang. Beratur kemain panjang. Tak kuasa nak tunggu lama-lama tau. So tak jadi naik bot tu. Tengok aje lah. Nasib baik juga aku dah pernah naik haritu. :p







Kupu-kupu ku. Dari kiri Qistina, aku, Anis, adik. Sama tak cara kitorang senyum? Siapa paling gojes kat situ? eh...
*over :p







Lastly, ke Menara Taming Sari lah kitee. Jauhnya rasa perjalanan malam tu. Bayangkan kereta parking kat Muzium Stadthuys color merah bata tu, kitorang menapak sampai ke tapak menara taming sari ni. Fuh jauh ok. Dah la jauh, kitorang belum dinner pulak tu. Sabar je lah perut, sabar je lah kaki. hehe..






Ni pengalaman kali kedua aku naik menara ni. Dulu pernah naik sekali masa zaman universiti. Pastu lupa-lupa ayam macam mana perasaan masa naik tu. haha..







Again. Orang sentiasa ramai. Ramai-ramai pun tetap tegar menunggu giliran. Tak faham betul. hehe...







Rasa nak lempang je tengok muka teruja adik ni. haha..
Ni dah kat puncak. Dia pusing selama 10 minit kot untuk bagi kita tengok pemandangan bandar Melaka tu pada waktu malam. Cantik lah jugak. :)
Tapi pusing lama sangat pun boleh kasi boring jugak :p







Free magnet fridge ni masa beli tiket.
Setiap orang dapat satu. Penuh lah fridge kat rumah tu dengan benda alah ni je. :p







Jeng jeng jeng...inilah our makteh. Kebetulan kena bertugas pulak malam tu. Kesian makteh. Gelap pulak gambar ni kan. Maafkan gambar kerana cahaya tak berapa nak cukup uols.







Dah habes tu, kitorang pergi makan malam. Dah pukul 11.30 malam dah pun masa tu ok. Bayangkan perut semua orang dah berbunyi irama pop rock agaknya. Makan kat restoran yang masak ala-ala chinese gitu. Bermakan besar lah kami pada malam itu seperti menyambut tahun baru cina. hehe..
Dan malam tu jugak kitorang gerak balik Senawang. Sekian.





Thanks Pakteh sebab belanja kitorang semua-semua. Semoga murah rezeki ye.
Bye. :)





Friday, January 27, 2012

jumpa miau gebu lagi


Assalamualaikum.

Hai semua. Ada yang rindu kite tak? hehe..
Lama sangat tak jenguk blog ni. Bukak je dashboard, pergi kat new post pastu close. Esoknya, pergi lagi new post pastu close. Punyalah malas nak update kann. hee.

Banyak cerita nak kongsi kat sini tapi asik bertangguh je. Semua simpan dalam draft tu nak tunggu apa tah baru nak edit-edit dan publish. Ada masa i sharing caring eh uolss. :)

Semalam aku sekeluarga berpeleseran ke Melaka. Sebelum berjalan sakan tu, singgah rumah pakteh dulu. So bila singgah rumah pakteh, benda pertama yang aku sambar ialah si Boboy kucing pakteh tu la. Ingat lagi kucing gebu amat tu uols? Tak ingat meh terjah -----> SINI.
Ya Allah..sekarang dia ni semakin besar ok. Besar sangat! Macam musang pun ada. Siapa tengok depan mata pastu takde perasaan, tak rasa geram langsung kat miau tu, memang spesies pelik ok. hehe.. Punyalah geram sangat-sangat tau. Makin besar, makin comel, makin gebu, makin kembang, bulu macam makin panjang je. hehe...





Gambar ni tak nampak full pulak badan si Boboy ni kan. Tapi sumpah besar. Macam dukung baby manusia!





Gerammm sangat tau. Bau pun wangi macam bayi. :p
Lepasni kalau jumpa lagi mesti bertambah besar. Tak tahu nak dukung macam mana pulak. hehe..Sama berat dengan baby manusia umur 3 bulan. Ha cane? hehe..


Jumpa lagi Boboy. Jangan sakit-sakit ye. :)




Wednesday, January 18, 2012

wordless wednesday : Mana nak cari kucing oren gebu macam ni?






Nak color oren jugak!


Monday, January 16, 2012

678 yang gorgeous!



Assalamualaikum.




Hehe!
Ni ekoran 555 yang gorgeous lah ni. Nak sambung 666 yang gorgeous tapi tak sempat pulak sebab masa tengok dashboard tetiba dah lebih dari tu. hee..so, ambik 678 yang gorgeous je lah dan lepasni 777 yang gorgeous pulak. eh?
Betapa riaknya dengan bilangan followers kan. hehe..Malu sebenarnya dengan uols ni sebab blog aku ni tak semenggah pun, dah la lama tak update. huhuhu..

Sibuknya lah aku seminggu dua ni uols. Memang tak sempat nak update apa-apa tau. Malam pun cepat je mata aku ni layu di tasik madu. :p

Terima kasih daun keladi ye kepada yang sudi ikut blog aku, sudi baca, sudi komen, sudi curi-curi baca (eh ada ke?), terima kasih sangat-sangat. :)
Dah bertahun usia blog picisan aku ni barulah nampak hasilnya dari encik nuffnang. Fuhh letih tunggu tau. hehe.. Walaupun bukan dapat beribu-riban, tetapi tetap mensyukuri. Alhamdulillah....






Ha senyum lebar terus. haha..Seratus je setakat ni uols. Jadi lah kan dari takde. 
:)

Thanks again semua!




Monday, January 9, 2012

untuk kamu






*feeling
:p



Saturday, January 7, 2012

wow! naik helikopter pergi sekolah?



Assalamualaikum.

Baru tiga hari sekolah bermula, kepala aku dah mula nampak berasap-asap sikit. hehe..
Pelajar tingkatan 1 ada minggu orientasi begitu juga pelajar tingkatan 4 yang kena orientasi jugak untuk pemilihan kursus mana diorang nak ambik.

Awal-awal tahun semua kelas pun sibuk nak uruskan hal buku teks. Mendapat pulak aku ni jadi ajk bilik spbt tu. Ha memang terbaik kan. hee


Hari pertama mula sekolah haritu, kaunselor sekolah call aku mintak aku bagi taklimat sikit untuk slot subjek landskap dan nurseri. Padahal masa tu tengah kucar-kacir hidup aku kat bilik spbt. haha..Tiba-tiba dapat tahu kena bagi talk pulak, terus merana sekejap aku..eh nak merepek ape ni?? hehe..


Terpaksa lah aku promote subjek landskap dan nurseri kat pelajar tingkatan 4 terutama yang result pmr agak menyedihkan. Aku cerita pasal keseronokan je semuanya. Memang diorang dengar pun berbunga-bunga je pandangan diorang kat subjek tu. Padahal subjek tu lah ko kena berpanas-panas, berpeluh-peluh, berbusuk-busuk, bertanah-tanah, bersimen-simen, semua pun buruh la senang cerita. hehehe...


Nasib ko la murid. Tapi aku yakin yang pilih subjek landskap tu nanti pun jenis yang pemalas lipas semuanya. Confirm diorang bahagia kat bengkel landskap nanti takyah nak baca-baca buku sangat. Pelajar tingkatan 4 tahun ni agak samseng jugak bebudaknya. Nasib baik aku tak ajar diorang. Bersyukur jugaklah kena carry on pelajar aku tahun lepas yang tahun ni masuk tingkatan 5 walaupun perangai agak hantu juga. hehe..







Oh ya. Azam baru weols ialah nak datang awal ke sekolah setiap hari.
Memperkenalkan kenderaan weols yang terbaru. Canggih bukan...uols ada?
ekekeke...:p




Friday, January 6, 2012

Makan-makan di Umbai, Melaka




Assalamualaikum.

Dah lama tak makan ikan bakar berserta nasi lemak. Haritu kami sekeluarga semua nak makan besar ala-ala nak sambut harijadi abah. Padahal bila tiba harijadi sesiapa, semua pun terkena tempias makan besar. Sebenarnya memang nak makan kat luar tapi pura-pura je eh kan harijadi abah? jom makan kat luar lah. hehe..Nak sambut harijadi abah konon, padahal masing-masing makan feeling harijadi sendiri. ekekeke.. :p







Ewah. Berpantun segala. Baiklah. Terima kasih Orang Melaka.








Sampai sana dalam pukul 8 malam macam tu. Ramai sangat orang. Penuh semua kedai ok. Medan selera umbai ada dua kan uols? Umbai baru dan umbai lama kan? Entah lah ye ke tak, aku dengar abah cakap macam tu, aku pun ye kan aje lah umbai baru umbai lama. hehehe..
So kitorang terjah umbai baru. Sampai-sampai dah disapa bayu laut tau. Bau pun hanyir je. haha...Ye lah. Kata tepi jeti kan. Hanyir pun hanyir lah yang penting masing-masing perut dah takleh blah laparnya. :p









Nak cop meja agak mencabar juga. Kena peka ok tengok sana sini meja mana orang dah habes makan. Pastu tunggu kat tepi meja tu sampai orang bangun. Walau agak annoying tapi terpaksa uols. Kalau tak memang menangis lah ko tunggu meja mana yang kosong untuk ko. So bila dah berjaya dapat meja, pergi pilih-pilih ikan, sotong, ketam semua tu. *Kau tengok perempuan baju biru tu. Kemain excited. Rasa nak lempang je. hahaha... :p 








Nak tunggu makanan siap pun jadi cabaran jugak. Dia kasi hidang nasi lemak panas je uols. Ohh tak tahan ok. Bau nasi lemak pun dah menggoda nafsu tau. Tapi masing-masing cover iman uols. Pegang-pegang je nasi lemak tu tak bukak-bukak. Tegar tunggu ikan bakar! hee....









Serius masa tu kelaparan yang amat sebab dari siang tadi memang saja makan tak berapa makan sebab nak biar perut kosong supaya dapat makan dengan pelahapnya di Umbai tu. Perangai masing-masing hampeh je kan. hehe... 
Akhirnya semua tewas juga uols. Mula-mula sebungkus pastu eh sebungkus lagi? :p







Nasi lemak dia memang sedap. 5 bintang aku bagi. Nasi memang rasa lemaknya, lembut pulak tu. Sambal pun sedap amat! Bau pun sangat bau daun pisang. (apakah?) Betapa aku nak kata yang nasi lemak ni sedap tau. hehe...







Abah yang mula-mula jual mahal pun akhirnya tergoda juga dengan nasi lemak tu. :p








Mak pun sama. :p










Jeng jeng jenggg.. Sampai juga semua makanan. Aumm! hehe...
Sotong goreng tepung, pepahat masak cili, ikan terubuk bakar, ikan pari bakar, ikan siakap sweet sour, ketam masak blackpepper, prawn butter, sayur-sayur sikit. Hambik. Makan lah ko sampai muntah. Saiz ikan dah la bukan kecik-kecik semuanya. :p









Settle semua kecuali ikan pari. Oh ikan siakap juga. Memang tak larat nak masuk dah. Dah tuu, memasing pulun nasi lemak berbungkus-bungkus terutama Naim, mana nak laratnya. Eh tetiba salahkan Naim? ekekeke.. :p









Kitorang nak balik, orang yang baru datang makin ramai. Macam pesta ok. Masa tu dah tak kesah langsung orang ramai ke tak sebab perut kitorang macam nak meletup dah kekenyangan. Fikir nak tido dalam kereta je masa tu. hehe...








Ikan-ikan yang tak habes tadi kitorang tapau. Boleh sambung melantak lagi kat rumah nanti. eh? :p
Dan sebelum bertolak pulang, Pami sebagai driver dah kasi warning awal-awal, engkorang jangan tido bia aku drive sensorang ehh...
So kitorang yang terpaksa ni pun layan lah berborak dengan Pami sepanjang perjalanan sambil mata tertutup. (Tidur dalam iman uolss) ekekeke.. :p




Bye. :)




Wednesday, January 4, 2012

wordless wednesday : pantang!






Pantang jumpa tau. Beli banyak terus. hehe...
:p



Tuesday, January 3, 2012

ayuh! kembali ke sekolah



Assalamualaikum.





Esok dah mula sesi persekolahan bagi tahun 2012. Siang tadi anak murid aku call tanya khabar. Apehal entah padahal esok nak jumpa dah kan. Call tanya cikgu apa khabar pastu tanya tahun ni aku ajar dia lagi tak. Semata-mata tu aje. Dah la masa tu aku tengah bersilat gayung memasak kat dapur. Berkejar nak angkat fon tau. Dalam hati terus pasang niat, esok datang sekolah pastu pergi cari budak tu dan sekeh sekali. Jaga kau! Haha niat merapu-rapu je kan. :p


Esok ada perhimpunan rasmi. Mesti janggal je nak hadap anak-anak murid yang berpakaian sekolah baru. Mesti janggal jugak sebab esok ialah hari rabu bukan hari isnin. Bakal mengalami wednesday blues nampaknya. heee



Tapi esok nak terus mengajar pun takut murid-murid terkejut beruk je. Yela cuti lama pastu tetiba nak terima ilmu secara mengejut. Mesti muntah darah diorang nanti kan. hehe.. So aku plan nak suruh diorang bersihkan kelas je dulu, settlekan buku teks, yuran kalau ada yang nak bayar, kemaskini kerja kursus last year, atau masuk pengenalan sikit sambil cerita-cerita aktiviti diorang ketika cuti sekolah. Ha part cerita-cerita berborak-borak tu best uols. ekekeke... :p









Tolonglah doakan makcik ni tak wednesday blues esokk. huhu..
Selamat kembali ke sekolah wahai semua warga sekolah seluruh Malaysia!
:)



Sunday, January 1, 2012

welcome 2012



Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah di tahun baru pun kita. So apa azam tahun baru uols? Mahu kaya? Mahu kahwin? Yang dah kahwin mahu tambah anak? Mahu kurus? Mahu beli banglo? Mahu tambah harta? wah gitu. Macam-macam kan. Aku pun begitulah juga uols. Azam beribu-ribu tertanam dalam sanubari, segan nak bagitahu. hehe.. :p


Sepanjang tahun lepas nak dikenang satu-satu pun apalah gunanya. Kalau yang baik kita syukuri dan pertingkatkan lagi, yang buruk pula cuba lah kita perbaiki. Hidup memang penuh dugaan. Semua pun cuba buat yang terbaik kan. Rezeki masing-masing. Allah nak bagi cepat lambat banyak sikit yang penting bersyukur. :)


So untuk karier, tahun ni aku pegang tingkatan 5 uols. Carry on kelas tahun lepas tu ha. Muka yang sama jugak aku kena hadap selama setahun ini. Pengsan. hehe...Oh ya untuk tahun kedua ni aku dah dilantik menjadi Ketua Panitia Landskap Dan Nurseri uolss. Oh my. !! pengsan lagi


Masa mesyuarat guru haritu, aku dah bersedia secara mental nak terima jawatan apa pulak aku kena pikul tahun ni. (ceh bajet banyak sangat jawatan). Rabu depan dah mula persekolahan. Nak kata tak puas cuti tipu lah kan, nak kata berdebar nak mula sekolah pun tipu jugak, perasaan bercampur baur lah senang cerita. Macam kita zaman pelajar sekolah dulu lah. Bila cuti lamaaaaa pastu mula nak masuk sekolah kan rasa semacam sikit kan. Excited lebih. hehe..






Semoga yang indah menanti kita untuk tahun 2012 ini.
:)




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com