Followers

Pages

Tuesday, May 31, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip




Time to contest again !






Kelik banner untuk terus ke belog penganjur.



Mid-Year Giveaway ni haruslah kita join sebab hadiah yang menanti banyak gila ok. Terbuntang-buntang mata i melihatkan list hadiah tu. hehe..Jom tengok hadiah apakah ituu. Kelik SINI
Semua hadiah-hadiah itu ialah tajaan dari......






4. Ayunar







Sungguh banyak kan? So tiada mustahil untuk menang kan? Jom sertai sekarang! 
Tarikh penyertaan ialah dari 31 Mei 2011 hingga 6 Jun 2011.
So, apa tunggu lagi?
Ayuh !



:)




go adik go !



Assalamualaikum.



Hari ini takde plan apa-apa pun. Mula-mula nak pergi memanjakan Zaza ke spa tapi rasa malas gila nak keluar. Zaza dah jalan lebih 6000 km uols. Amboi kemain kuat dia merayap yee. :p



Dah petang sikit, mula lah tak keruan kat umah. Apa nak buat kan. Dari pagi tak ke mana-mana pun. So, aku pun bbm Kss nak tanya pasal buku undang-undang jalan raya tu. Adik nak ambik lesen memandu tapi buku yang dia dapat tu just nota semata-mata. Takde soalan pun. So macam susah sikit lah kan nak dapat gambaran soalan nanti. Teringat adik Kss baru jugak ambik ujian memandu tu yang terus mahu pinjam tu.



Selesai ambik buku undang-undang di rumah Kss adik pun mula lah buat perangai pisau cukur dia tu....



"Kita nak minum petang katne ni kak?"


"Eh siapa pulak nak minum petang?"


"Eh tak ke? hehe.."



Minah tu suka sangat pergi minum petang tau. Nak minum kat tempat gojes je. Secret recipe pun ok jugak kan kak? HAAH MEMANG OK! hahaha....
Nasib baik kakak dia ni suka melayan tau. weeee


Oh ya adik tak jadi pun masuk Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan tu. Masuk UIA pun tak jadi. Adik dapat biasiswa JPA uols. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat. Adik dapat sambung belajar ke AS. Siot je kan dapat pergi belajar jauh-jauh..jeles i tau. hehehe..
Bulan julai ni adik buat foundation dulu kat Taylor's College kat Subang Jaya sana. :)























Makan kat secret recipe semua makanan banyak lemak tau. Pastu yang gemok aku jugak. Adik je yang kurus begitu. Mencik! hehe...





Tahniah ADIK !
:)


Monday, May 30, 2011

Selamat Menjadi Puan, rakan motorku - siri pertama




Haaa. Tajuk nak merapu je kan. hehe..
Rakan motorku semasa di universiti dulu ialah Ilyana atau senang aku panggil dia Ili lah ye. Nama pun nak dekat-dekat. Dulu masa nak pergi kelas kitorang selalu bergilir-gilir bawak motor. Minggu ni aku bawak skuter aku, Ili tumpang. Minggu depan pulak Ili bawak motor dia, aku yang tumpang. hehe..begitulah...
So dari situ aku agak rapat sedikit dengan Ili ni. Tak la rapat mana pun tapi kenal juga lah dia tu macam mana orang nya kan. :)





Nak dijadikan cerita, Ili hantar sms mintak alamat aku. Mula lah aku berdebar. Alamak nak kahwin dah ke minah ni....
Memang betul lah dia nak kahwin dah. Dush! terasa macam ada batu besar hinggap di kepalaku. Kenapa semua nak kahwin oii.. Tak hot lah nanti kahwin awal-awal. Kann? PANG sekali meh..hahaha :p









Gambar aku dengan Ili macam tak berapa nak ada je. hehe..So gambar ramai-ramai ni je lah yang ada.
Kemba ada tanya aku nak konvoi sama-sama tak pergi kenduri Ili nanti. Aku macam ok je lah. Ingatkan konvoi lapanploh buah kereta rupanya 5 buah kereta pun tak sampai ok. hee
Yunie awal-awal dah memang tak dapat pergi sebab kakak dia kahwin. Sedih kot :(












Kenduri rumah Ili ialah di Bota Kanan, Perak sanaa. Bercinta jugak lah nak sampai sana kan.











Ehem. Tu kereta baru Kemba. Putih juga sama dengan Zaza i. :)
Kemba tunggu aku dekat R&R Rawang. So bila aku dah sampai sana barulah kitorang bergerak sama-sama. Kemba bawak Ruby dengan Nard sekali.












Jalan nak ke rumah Ili ada bendang-bendang uols. Sejuk mata memandang. :)











Pastu berhenti kat masjid dekat dengan rumah Ili sebab nak tunggu Hana dengan Zhu sampai. Supaya meriah gitu rombongan cik kiah ni. hehe...So bila semua dah sampai, menuju lah semua ke rumah pengantin kita.









Dari tadi berpung pang dalam kereta je. Ni baru turun kereta dan berjumpa. So apa lagi. Jejak kasih lah semua orang kan. Lama tak jumpa katanyaa...










Yang aku peluk engkau. Yang engkau peluk aku. Begitulah...











Ceria je muka semua orang. :)
Oh ya. Yang datang dengan sebuah lagi kereta ialah Zhu, Epo dan Mat Art. Mat Art sorang je wakil jejaka idaman malaya dari kelas aku.












Masa kitorang sampai ni jam dah menunjukkan pukul 1 lebih macam tu la. Pengantin lelaki baru nak berarak masuk rumah pengantin perempuan.











:)











Sebok je semua orang duk sok sek sana sok sek sini. Yelah lama tak jumpa kan. Semua benda lah nak ditanya. hehe..
Sempat bergambar dulu kat banner Ili ni.










Warna tema ialah oren uols. Meletop gitu tau. Nasib baik i tak pakai baju oren. Kalau tak confirm dah feeling pengantin dah..






kekekeke :p












Memang takdo nak makan dulu do. Semua berkejar masuk rumah nak terjah pengantin perempuan.....









To be continue.....




honeymoon




Semalam i pergi menara condong kat Teluk Intan, Perak ni uols.




Menara Condong, Teluk Intan



Nanti i kasi cerita lagi ok?
:)



Sunday, May 29, 2011

Hari Cikgu Liana ~ edisi 2




Hari Cikgu Liana ~ edisi 1


Selepas rehat, guru-guru dan murid pun berkumpul semula di dalam dewan. Sukaneka time uols. Tapi tak seronok sebab hanya permainan dalaman. Kitorang dah suggest dah main kat padang. Cikgu lelaki main netball ke, cikgu perempuan main futsal ke whatsoeva lah kan asalkan boleh mengeratkan hubungan serta menggegarkan suasana. Tapi hampeh gila. Takdo jugak diikutkan. Pengawas yang uruskan semua tu so weols layankan jela. Antara game yang ada ialah model of the year, pastu puzzle lah apa, silang kata semua tu lah. Aku tak tahu pun sebab semua cikgu diarahkan berkumpul mengikut sukan yang telah diberi. Aku dapat game model of the year. Macam kem motivasi pun ada tau. hadoii.










Cikgu-cikgu kena bekerjasama secara berpasangan. Aku dengan Una memang tak dapat dipisahkan. Asiiiikkkk je bersama. hahaha. :p
So, kitorang diberi beberapa helai surat khabar. kena buat baju uols.....









Dan modelnya tentulah pelajar kan. Takkan nak suruh i pulak yang jadi model. hehehe..
Aku dengan Una laju-laju pilih pelajar yang paling cute untuk jadi model.
Memang sungguh cute budaknya. :)





 






Namanya pun Liyana. alololo sebab tu lah cute agaknya kann.




kekekeke :p






 






 Bertungkus lumus buat sebab masa diberi hanya 15 minit. Berusaha untuk menang! hahaha poyo. heee





 







Berusaha! berusaha!











Tema pakaian model kitorang ialah serikandi cintaku.
Budak tu layan je. hehehe....












Cikgu-cikgu lain pun taknak kalah uols. Bersungguh-sungguh buat. hahaha..











Sibuk-sibuk pun posing memang sempat. :p





 






Dah siap! :)
Bila semua model dah line up macam ni rupa-rupanya semua tema ialah serikandi cintaku. Semua pun ada mahkota. Semua pun ada tongkat ajaib. Semua pun ada tali pinggang keramat. Hadoiyaii. Resah i tau memikirkan i bakal kalah nanti. Tetapi mengenangkan si Liyana tu comel gila, terus yakin kita boleh! hahahaha...:p





 







Liyana...jangan comel sangat boleh? hehe...











Ehem. Sekarang kau pilih Liyana tu atau Cikgu Liyana tu yang comel?










PANGG sekali! hahaha... :p






 






Eh ehh gambar pengawas sesat dalam kamera i....






 





Antara game lain yang aku ambil dari facebook cikgu lain. Ni je ada. Game lain ilek.












Kek coklat dari anak murid Kay. :)











Alololo.....hehe..




 






:)


 







Gambar ni pun aku ambik dari facebook cikgu lain. Gambar aku naik pentas ambik anugerah. Segan je i tauu...heee















Cer teka i menang anugerah apa uols?






















jeng jeng jenggg.....





































Taraa!
Aku menang anugerah guru paling anggun bergaya uols! hehehe..:p
Tak boleh blah betul kan. Anak-anak murid yang undi lepastu dengan bangganya bagitau...cikgu, saya lah yang undi cikgu...






heeeeee.





to be continue.....







Saturday, May 28, 2011

pesta muzik





Assalamualaikum.


Pada 18 dan 19 mei 2011, pesta muzik peringkat Negeri Sembilan diadakan di sekolah jiran iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR). Entah macam mana sekolah kat Gemas ni pulak terpilih jadi tuan rumah. Peringkat negeri pulak tu. Dah la jauhhh bangat. Saje la tu nak bagi orang seremban merasa jalan jauh sikit kan. Selalunya kita yang jauuuhh ni la yang mengalah pergi seremban kan. hehehe..
Sekolah aku ialah venue kedua. Just pertandingan nyanyian solo lelaki dan perempuan dan pertandingan recorder diadakan. Pertandingan lain seperti kompang farmasi, tarian, koir semua tu kat STAR sana.








Aku ini ialah ajk pesta muzik. Macam biasalah orang baru wajib kena punya kan. teettt.
Aku jaga bahagian pentas. So, aku lah tu yang kena buat backdrop. Nasib baik ada Una. Bersama-sama lah buat benda alah ni. Dah la diorang tak sediakan peruntukan. Semua kene guna duit sendiri. Hampeh tak hampeh lah kan. Nak tak nak memang kena buat juga.










Venue kedua tak menjadi tumpuan sangat pun. Mula-mula lagi lah tau...diorang cakap takyah buat backdrop pun. Biar je kosong. Ish gila ke apa? Kata peringkat negeri. Kalau peringkat sekolah ke boleh tahan lagi kan. Punyalah kedekut gila nak bagi duit kan. So kitorang pun malas nak banyak cerita. Buat je lah apa yang termampu. Korang taknak bagi duit sukati lah.










Design pun hentam je. Asal ada sudah. heee










Klef treble la note apa lah semua tu pun hentam jugak. Main letak je.










Berpeluh jugak lah tampal-tampal semua tu. Senget lah ape lah nak tambah microfon lah. Last-last ini je yang terhasil. Cantik ke tak ke ikut tema ke tak ke pedulikk. (punyalah protes..haha)











Hari selasa ialah kategori sekolah rendah dan esoknya ialah untuk sekolah menengah. Kerusi-kerusi juga disusun mengikut daerah. Aku tampalkan daerah Seremban 1 dan Seremban 2 rasa sayu je hati sebab SEPATUTNYA AKU BERADA DI DAERAH ITU BUKAN DI DAERAH TAMPIN INI!. Ehh emosi terlebih sudah..hehe..



 






Pertandingan dimulakan dengan nyanyian solo minus one lelaki. Lepastu kategori perempuan dan last ialah pertandingan recorder.
Nyanyian solo best ohh. Macam menonton idola kecil kat tv9 pun ada. hehe.. Betapa comelnya budak-budak tu nyanyi. Budak lelaki jela yang comelnya. Yang perempuan suara dah mengalahkan aku pulak macam mana tu? Betul ke sekolah rendah ni? hahaha.. Lelaki sekolah rendah comel sebab suara bayi kanak-kanak lagi. Belum pecah uols.. so agak sengau-sengau tomok gitu la. :p




 







Aku dengan Una selaku pengkritik tetap. Seronok betul pegang tugas tu. *gila kuasa






:p





 





Pertandingan recorder.
Terpegun kejap aku tengok diorang main recorder ni. Kenapa aku masa sekolah rendah dulu takde pun main ni? Ada tu memang ada tapi tah apa benda yang aku tiup entah la. Siap nyanyi sambil tiup recorder tu. Punya lah tak pandai main kann. hahaha...



 


 







Selesai sahaja semua pasukan buat persembahan, terus semua menuju ke STAR. Tak jauh mana pun dari sekolah aku. 5 minit pun sampai kot.




 






Masuk je dewan STAR, terus rasa termalu tahap dewa sebab backdrop diorang gorgeous gila siap ada butterfly2 tau. Menci! Terus rasa tak nak ingat langsung dengan backdrop kat sekolah sendiri. Aaaaaaa maluuu......




 






Tiba-tiba terjumpa abang. Eh tipu. Bukan terjumpa tapi berjumpa. Sekolah abang aku memang wakil daerah Port Dickson untuk pertandingan kompang formasi.



 






Menang pulak tu. Caya lah!
Diorang dapat naib johan. Tahniah ye Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Tak sia-sia perjalanan jauh diorang tu. Gerak dari Pasir Panjang pukul 5.30 pagi kot. hehehe...




Sekolah aku tiada rezeki untuk kompang formasi. Hanya ada rezeki untuk nyayian solo minus one lelaki. Naib johan juga. Tahniah juga sekolah ku.







BIAR MENYANYI SEKALIPUN, ASALKAN ANAK MURIDKU DAPAT MENYUMBANG SESUATU YANG BERHARGA BUAT SEKOLAH TERCINTA.


:)

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com