Followers

Pages

Wednesday, March 30, 2011

kak nina sayang kamu lagi




Kesinambungan ENTRI INI.
<3


























































kekekeke

:p



Monday, March 28, 2011

kupu-kupu kahwin (episod I)


 
Assalamualaikum.

Ha siap ada episod-episod. Mengada betul kan? :p


 




Dan pada hari kenduri di rumah Mak Long, aku dan adik memakai baju RM 39 yang berjaya dibeli hari itu. Aku pilih merah dan adik pilih hijau. So takde lah boria sangat kan. Tudung aku pakai tu juga ialah bau kedai. Teringin juga nak ada tudung malas (ayat kss) tu dalam koleksi kan. Terus aku cari stok tudung eksklusif kat butik De Haja berharga teeettttt tau. Nak cantik punya pasal (konon). Aku rasa ok je aku pakai tudung tu. Tapi haritu aku pakai pergi sekolah, boleh pulak anak murid cakap aku macam bibik. Macam nenek pun ada. Dush! Terguris hati ini tahu? hehehe. Ada jugak yang cakap kenapa cikgu pakai tudung macam pengantin. Apakah tudung pengantin begitu rupanya? Confuse jugak lah kan.



Apa-apa pun, aku tetap selesa ke sekolah dengan memakai tudung bawal sahaja. :)








Encik kupu-kupu, Pak Teh dan Abah yang sibuk. Berkejar nak buat semua kerja. Kalau kenduri melibatkan masakan sendiri memang begini lah kan. Tenaga saudara mara memang sangat diperlukan. Kalau boleh nanti aku taknak mak dan abah susah payah penat lelah untuk kenduri aku. Biar diorang relax je duduk-duduk sambut tetamu. Yang lain kita serahkan pada encik catering sudah. hehehe..



 





Si bayi kiut ni memang buat semua orang geram ohh. Dia ligat sangat. Pastu berat pulak tu memang tak reti duduk diam. Ggggrrrr!











 


Dukung-dukung kejap je pastu pass kat orang lain. hehehe...
Lasak amat ini bayi tapi....JANGAN COMEL SANGAT BOLEH? haha..



 




Ohh. Bayi ini takpe. Pergerakan dia boleh dikawal lagi sebab tak berapa nak aktif. Senyap je pandang sana sini. Tapi rasa tak adventure pulak. Pun haruslah pass kat orang lain. lalala :p


 





Pak Long bersilat ketika anak-anak dia tiba. Sepupu aku buat majlis bersama. Jadi kita ada dua pasangan pengantin pada hari itu.



 






Ini lah sepupu-sepupu aku yang kahwin haritu. Buat majlis bersama-sama. Bagi aku tak best sebab tak rasa macam raja sehari pun. Terus tak rasa macam raja. Tetamu yang datang tak tertumpu pada kita dan pasangan semata-mata. Tetamu mesti pandang kedua-dua pasangan kan. Pastu mula nak banding-banding, ha pasangan itu sepadan sama hensem sama cun. Pasangan ini pulak Ya Allah macam langit dengan bumi tak sesuai langsung. Ha begitu...Tak seronok bukan?






Tapi kalau nak save budget ok aje.







Tapi tetap tak best lah !







:p




 





Sepupu sepapat ku.
Ha budak yang duduk tengah-tengah tu cukup fotogedik ok! Sangat suka bergambar. Banyak sangat gambar dia masa kenduri ni. Nanti i upload k. Pantang nampak kamera terus laju berposing siap buat mimik muka lagi tak boleh blah. hehehe...Tapi i likeee. Sangat sporting adik yang selalu salah panggil aku Kak Nina ni. Tapi sekarang dah tak tersalah lagi. Laju aje dia panggil KAK NANA! :))


 





Ini memang sangat rajin. Siap guna kereta sorong engko! haa jangan memain..hahaha....
:p





to be continue lah kite yee.....



Sunday, March 27, 2011

episod untuk dikongsi



Assalamualaikum.
Seperti biasalah kalau entri berlabel career focus memang ada sedikit emosi di situ. heeee~
* Saya bukan mengeluh tapi saya hanya mahu berkongsi....








Minggu ini berjalan seperti biasa. Hari Isnin seperti biasa memang monday blues. Biasalah baru naik cuti kan. Haruslah menjadi sedikit blur-blur dan semangat ialah suam-suam kuku sahaja. :p
Hari isnin aku telah dikejutkan dengan pembinaan dinding di belakang kelas 4 Cantik. Dinding itu dibina ketika cuti sekolah. Aku gembira sebab dah takde lubang-lubang untuk ditinjau oleh kelas sebelah ketika proses pembelajaran berjalan.







Beginilah rupa paras belakang kelas 4 Cantik sekarang.
Aku sedih sebab usaha aku mengecat kelas tempoh hari menjadi sedikit sia-sia di situ. Tapi takpe, untuk keselesaan anak-anak murid juga kan. Tapi aku jadi makin sedih sebab pekerja yang membuat dinding ini tidak bertanggungjawab langsung. Mereka telah menanggalkan carta-carta mata pelajaran yang telah aku buat. Ya, segala berkaitan kelas memang aku yang buat untuk pelajar tingkatan 4! Padahal aku dulu masa tingkatan 4, guru kelas memang serah bulat-bulat kelas tu kat pelajar kan. Lantak lah kau nak hias ke taknak ke sebab itu kelas kau *____*









Pinggan kertas yang ada kata-kata semangat ini juga terbiar bersepah di atas lantai.


*sedih*


Maka sekarang kelas aku dah takde sudut-sudut mata pelajaran. Sudut-sudut mata pelajaran yang lama telah rosak dan tah ke mana-mana. Itu semua hasil duit dan titik peluh aku seratus peratus tanpa anak murid 4 Cantik itu kesah pun.


*sedih lagi*









Alas meja juga telah rosak. :(
Kenapa diorang langsung tak boleh berfikir?
Aku sakit hati sebab duit membeli pembalut meja ini juga ialah duit aku.
ggrrrrrr!









Bukan sahaja pekerja yang membina dinding itu tak bertanggungjawab, tetapi anak murid aku juga begitu. Ini ialah sudut di hadapan kelas yang ada pokok-pokok hidup. Kelas Landskap kan. Padahal diorang yang beria nak letak pokok ni kat dalam kelas tapi diorang taknak jaga. Antara 22 orang pelajar tu, takde sorang pun yang ada rasa tanggungjawab nak siram pokok-pokok ini. Lalu mati lah ia kerana tidak mendapat air. :(
Takkan siram pokok ni pun guru kelas yang nak kena buat kan?









Kerusi guru sama je macam kerusi pelajar.
Sama taraf kah kita?


*sedih lagi*




Aku tak tahu nak buat apa lagi dengan kelas ni. Diorang tak tahu menghargai.:((








Dan hari selasa aku kena hadiri mesyuarat Pandu Puteri lagi. YE LAGI.








Pas habes sekolah aku terus ke mesyuarat ini. Aku lupa nak pakai baju warna biru.
Lalu aku ialah satu-satunya guru yang memakai baju berwarna MERAH ketika mesyuarat itu. hahahaha




*tak tahu nak sedih ke tak..sebab rasa macam kelakar je...*







Jumaat petang, tiba lah masa untuk bergotong-royong mengemaskan Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini. Aku pegang bilik ni so memang kena jaga semua lah kan.













Aku juga diminta untuk duduk di sini.
Nak taknak memang terpaksa tapi kat bilik guru pun meja aku tetap ada. Kira aku ada dua meja la. (tamak disitu)



*pasrah aje*








Aku dan rakan-rakan ialah ajk Kelab Guru Dan Staff. Dan ini ialah hadiah pertama yang dibeli untuk guru yang baru bersalin. huhuhu..Kiut kan? Rasa nak curik je satu losyen..hehehe :p



Tiba-tiba pada hari jumaat aku dapat surat dari pejabat. Aku dikehendaki menjadi pengadil untuk Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD di Tampin pada hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis bersama lima orang guru lain termasuk Kay :). Maka, memang hitam lah aku nanti kann. dush!


Mula-mula aku macam " Kambing betol kenapa aku pulak yang kena pergi!!!"
Tapi tiba-tiba menjadi gembira sebab kena pergi dan tak payah duduk kat sekolah sebab next week ialah minggu yang bahaya. Bahaya sebab hari selasa ada mesyuarat PIBG. Confirm-confirm ada perlantikan ajk baru kan. So aku memang terlepas di situ. heeee.. Dan, hari khamis pula, orang-orang dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) akan datang membuat pemantauan. Dan confirm-confirm juga diorang akan observe guru dalam kelas kan. So selamat juga aku di situ. heee~



Alhamdulillah.....








SEMOGA AKU DIBERI LEBIH KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI.



Saturday, March 26, 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin




Masa untuk contest lagi. :)
Hasil blogwalking telah menemukan aku dengan belog Encik Am ni. So, terus terjebak join contest dia. :)







So, jom kita lihat syarat-syarat contest ini :


1) Terbuka kepada semua warganegara Malaysia sahaja.
2) Follow blog encik penganjur.
3) Buat satu entry anda join contest ni dengan tajuk "1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"
4) Letak banner contest ini di belog anda.
5) Gambar tu mesti lah ORIGINAL sama ada secara beramai-ramai atau seorang diri yang penting anda mesti ada dalam gambar tersebut dan hanya terhad untuk satu gambar sahaja.
6) Tag 4 orang rakan blogger yang aktif, pastikan mereka tahu mereka ditag.
7) Tarikh tutup 11.59PM pada 23 April 2011
8) Pemenang akan dipilih melalui gambar pose paling sempoi/menarik di depan cermin.






Dan gambar yang saya pertaruhkan ialah......








Saya mahu tag :









Semoga berjaya !
:)

hohoho balik kampung




Assalamualaikum.



Pada penghujung cuti sekolah yang lepas, aku dan keluarga telah pulang ke kampung nenda di Johor. Sepupu aku kahwin maka kena menghadirkan diri. Mak cakap kalau kita malas ke kenduri kahwin orang lain, nanti kenduri kita takde orang nak datang. ke? Ohh baheklah ibunda. Saya pasti pergi.


Mak ada cakap lagi. Kalau kita kedekut nak bagi hadiah perkahwinan kalau orang lain kahwin, nanti kita kahwin kita tak dapat hadiah. Ohh baheklah ibunda. Saya pasti beli.


heee~


 





So, sebelum sampai rumah nenda, kitorang singgah ayer hitam. Tapi seperti biasa lah, kalau dah jumpa tempat macam tu, mesti takde maknanya nak cari hadiah perkahwinan terus. Haruslah aku menyimpang dulu cari barang untuk diri sendiri. :p
Beg raga yang comel ada riben tu kat sini murah-murah. Harga dia kalau nak dibandingkan dengan kat mana-mana mall, memang beza dia berganda-ganda ok. So, janganlah terpedaya kalau harga beg raga di pasaran mencecah RM 50 la RM 60 la. Semua itu dusta cewah. Kat sini boleh dapat dengan hanya RM 15 sahaja. :)



 





Mula-mula nak belikan ini untuk sepupu supaya boleh jadi perhiasan di rumah dia. kekeke..
Memang kena lempang terus la kann. hehe :p







Last-last kita belikan sebuah peti ais lima tingkat berjenama singer.









Haaa tu hadiah yang i harap i dapat bila turn i nanti. boleh? :p







Encik driver.


 





Baby pun ikut serta ok. Dah la dia tak reti duduk diam. Mengiau sana mengiau sini. Habes kereta aku penuh bulu dia tau. Gggrrrrrr....
Balik je Seremban terus aku pergi car wash mintak diorang vacuum besih-bersih.




*Taknak kawan baby*








Kalau dia dah penat sangat je baru dia tahu nak diam.
*___*




 





Kitorang sampai petang dalam pukul 3 macam tu. Semua dah pergi ke rumah Mak Long untuk merewang. Rumah nenda dan Mak Long aku tak berapa jauh. Boleh lah juga kalau nak berjalan kaki tapi penat lah kan.


Malam tu, ada majlis khatam quran. Aku bawak baju kurung sepasang sahaja tahu? Itu pun untuk dipakai pada majlis hari esoknya. Mula lah sedih sebab terpaksa pakai baju yang sama untuk malam itu dan untuk hari esoknya. Nenek boleh pulak nak offer aku pakai jubah dia. *__*


I bukan tak sudi, cuma segan macam tak berapa nak kena je kalau i pakai jubah. hehe :p




Last-last, pinjam baju sepupu.
:)


 






Antara sepupu-sepupu yang ada. Kitorang tukang makan je malam tu.
heeee


 






Ini kupu-kupu yang belajar sama maktab dengan Kss. Eh silap. Bekas maktab Kss. :p



 





Abang dan kupu-kupu lah yang agak bekerja keras pada malam itu. Busy menebar roti canai. hehehe....




Entri kahwin-kahwin ialah bakal menyusul.



Bye. :)



 

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com