Followers

Pages

Sunday, September 29, 2013

Dalam hati ada taman :)



Assalamualaikum.


Tarikh 26 Mei 2013 pun dipilih untuk kami mengikat tali pertunangan. Majlisnya ialah petang lepas asar. Persediaan kat rumah aku memang dari pagi. Dengan nak memasaknya, nak pasang mini pelamin, nak touch up hantaran, nak susun kerusi meja. 
Lepas zohor aku dah mula bersiap ok. Gila awal kenn. Sebabnya Kay pun sampai awal. Lepas zohor tu ada buat bacaan doa selamat sikit dan makan tengah hari untuk keluarga terdekat. 
Bila mula nak petang tu kan mula lah aku nak berdebar haha. Kek untuk hantaran belah lelaki ada kat aku. Nak tunggu rombongan sampai baru boleh nak pass kan kek. Afzan kata diorang berkumpul dulu kat Tesco. So kat situ Pami pass kan kek kepada rombongan.








Taraaaa.
Rombongan pun dah sampai.









Hai encik tunang :)










Qaleesya, Naim dan Wanie.











Abah wakilkan Pak Long untuk cakap cakap semua tu. Bincang tu bincang ni apa tah lama jugak. Aku yang kat dalam bilik ni dah macam apa berdebar tak tentu pasal haha. Terasa macam orang dulu dulu pulak :p
Tahu tahu je diorang dah panggil pergi depan. Malu sangat nak keluar mula mula tu. Sebab keluar je semua mata pun memandang kita kan. Alahai malunya malunyaa *lempanggg 











Menunggu emak Afzan nak sarungkan cincin. Alalalalaaa time ni tak tahu nak buat muka macam mana tahu tak :p











Menyarung cincin merisik.










Dan cincin bertunang. Alhamdulillah cincin muat. Eh










Salam, peluk dan cium bakal mak mertuaku :)









Sweet kan. Hehe :)









Kakar ipar dan adik Afzan.









Kakar ipar dan adik Afzan. Juga.










Abang dan kakakku yang gorgeous :)









Puteri puteri kesayanganku :)










Yanty, si sahabat lama. Thanks yanty sudi datang, sudi lepak lama lama. Thanks sangat :)










Sepupuku Anis. Sama tak muka weols? Bezanya Anis kurus, dan i ialah tembam. Okbye (tetiba sentap sendiri)
Thanks Anis sudi datang. Jangan lupa temujanji kita ya cik pengapit. hee









Jeng jeng jenggg. Dan inilah tunang saya, Encik Khairul Afzan yang malu malu kucing hehe.
Mana tak malu, semua pun mengusik masa nak ambil ambil gambar tu. Dengan aku aku naik malu kot. hahaha..
Tapi i steady jer :p









Alhamdulillah kami telah pun bertunang :)

Ya Allah Ya Tuhan kami, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkan kemesraan di antara kami berdua agar kebahagiaan itu abadi. Wahai Tuhan yang maha pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera sepertimana yang Engkau kehendaki.
Amin ya Rabbal Alamin....



Doakan kami...









3 butterflies concerned.:

tomatokering :) said...

subhanallah. cantik sangat! tahniah dear semoga kekal bahagia hingga ke syurga. :)

4feet8 said...

pheewit.. manis cikgu yana. semoga urusan ke peringkat seterusnya dipermudahkan.. Amin..

Al Kisah said...

wah beribu ribu tahniah

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com