Followers

Pages

Saturday, September 7, 2013

Selamat belajar adikku, doa kami mengiringimu



Assalamualaikum.

Akhirnya, adik telah pun berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Alhamdulillah. 
Walaupun banyak sangat rintangan dia sebelum berjaya menempatkan diri di universiti antarabangsa sana. 19 Ogos ialah tarikh adik berangkat ke Amerika Syarikat. Dia akan menyambung pengajiannya di Iowa State University, US.







Amboi siap dengan blazer segala.
Tahniah adik. Entri ni aku simpan lama sebab bila nak mula taip je sedih, mula je sebak. Mengada ngada betul.
Tapi ku gagahkan jua.











Pukul 5 lebih petang kitorang bertolak dari rumah ke KLIA. Tak ramai saudara mara yang dapat join sebab hari isnin masa tu. Aku nak mintak cuti pun tak dapat okay. Sabar jelah hati. Penerbangan dijangka pada pukul 10 malam. So lepas sekolah pukul 2.40 petang terus aku balik Seremban. Aku mintak cuti esok harinya tu sebab gila kau malam malam buta aku nak drive balik Gemas tu? Tak bahaya pulak kan? Tapi alasan kukuh tu masih tak berjaya meyakinkan pengetua. Kedekut tahap apa pun tak tahu lah. Padahal nak hantar adik kandung ni bukan sepupu ke jiran tetangga ke. Sedih betul bila benda penting macam ni pun majikan tak memahami. Hmmm












Sampai je KLIA, terus strap bag. Beg adik tu pun beli semata mata. Color pink sebab aku yang pilih. kekeke... Tapi dik kau suka je kann :)











Lecturer adik pun turut datang untuk mengucapkan selamat tinggal.











Tiket penerbangan. Ada dua perhentian sebelum sampai ke bumi Iowa. Adik kata penerbangan dia haritu ada lah dalam 22 jam. Nak terbelahak tak sampai sampai pun. haha
Tapi untunglah dapat ke sana dik, kakak kau ni naik kapal terbang pun tak pernah okay. Gila kesian -.-










Dengan mak abah.










Adik beradik.











Keluarga angkat adik. Masa adik kecik keluarga ni yang jaga adik. So sampai adik besar pun still rapat. Terima kasih keluarga CikRos sudi hantar adik saya haritu :)











Mak dah mula nak sebak sebak.










Naim pun sama. Eh..










Aku je tak :p











Pami n Effy nampak tenang je di situ. Eleh padahal dalam hati menangis jugak tu kann. :p











:)










Sementara menunggu briefing dari pihak JPA, kitorang makan makan dulu. Tak lama lepastu, Pakteh abah n Anis pun sampai. Tu je family yang sempat datang. Yang lain sampaikan salam aje. Takpe takpe yang penting doa kalian buat adik saya.











Sesi briefing dari JPA. 











Masa ni kawan baik adik masa sekolah dulu pun tiba tiba muncul. Mana datang tah hehe. Diorang kata dah lama sampai tapi pergi minum minum dulu agaknya.











Menunggu.









Menunggu lagi.









Dan menunggu.










Eh? Ok.











Habis je briefing kalau ikutkan jam belum lagi nak berlepas tau tapi adik kata dia nak kena pergi dah. Masa tu check check segala barang. Masa tu sebenarnya aku dah mula sebak tapi ku tahan jebat. Tak tahu nak buat apa adik kata cepatlah nak ambik gambar ke apa. Haha boleh pulak tanya nak ambik gambar lagi. 











So ambiklah gambar dengan sesiapa yang belum lagi. Ambik gambar dengan kawan baik adik, Qila dan Ain ni. Aku tahu diorang ni memang rapat sangat kat sekolah dulu tapi lepas habis SPM masing masing dengan haluan sendiri kan. Tempat belajar pun lain lain kan so biasa lah tu jadi renggang sikit. Adik selalu mengadu dia rindukan kawan kawan dia ni tapi dia takde masa nak jumpa jumpa selalu. Nak kena struggle takut tak lepas pointer nak fly nanti.
Qila n Ain..jangan ambik hati dengan Azie ye adik adik. Dia bukan sombong tapi keadan tak mengizinkan korang jumpa macam dulu dulu tu. Dia sedih bila korang kata dia sombong. Eh dah kenapa aku pulak yang sedih memikirkan hal korang nih? haha..

Berkawan baik baik ye adik adik semua. Kakak tahu korang ni sebenarnya rindu rindu rinduuu kan sebab tu lah cepat sangat nak terasa hati hehe. Selalu selalu lah bertanya khabar ye :)


Sahabat..untuk selamanya..kau dan aku sahabat.. (lagu upin ipin haha. Qila n Ain sila nyanyi)











The one and only sepupu yang dapat hadir. Thanks Anis sudi datang jauh jauh dari Melaka.
Ehemm Anis ni pengapit i nanti tau. Eh sempat..











Kawan kawan adik kat Taylor's University








Thanks sebab datang :)










Sesi salam salam dengan family. Masa ni sumpah sedih ok. 
Jauh kot tempat belajar dia tu. Sedangkan belajar kat Subang Jaya pun banyak masalahnya, kejap kejap nak datang jumpa jemput dia ni kan pulak kat US. Kita sendiri tak pernah tahu keadaan kat sana, nak melepaskan dia pergi sana pulak kan. Dua tahun pulak tu. Oh sedih sedih..
Tapi nasib baik ada kawan kawan dia yang memang kitorang dah kenal sama sama sambung belajar di university yang sama dengan adik, rumah pun sama. Maka lega lah jugak rasa hati kitorang. Lagi lagi mak. Kemain risaukan anak bongsu dia ni. huhuhu..









Berkumpul kat bawah. Kitorang dapat tengok dari atas je.









Terakhir melihat adik :(
Sedihnya bila tiap kali teringat ingat dia. Aku pulak nak kahwin kan, berganda sedih bila adik tak ada di hari bahagia aku. Dah lama aku plan..nak kahwin sebelum adik fly tapi sebaik baik perancang itu Allah jua kan. Aku redha dengan ketentuanNya. Tak sempat jugak kahwin sebelum adik fly. Gila apa tak sedih. Satu satunya adik perempuan aku kot.
Bila whatsapp dengan adik tunjuk kad kahwin dah siap..dia mula lah.. sedihnya sayaaaaa :(
Eh eh kau ingat kakak tak sedih ke adik? Dah lama dah sedih tau tapi ku tahan jebat tau.
Bila aku tunjuk pulak badges yang dah siap tu. Lagi sekali sedihnya sayaaaaa :(
Badges untuk dia ada tulis 'adik perempuan pengantin' tu dia kata nanti sila pos sekali dengan kicap, cili, belacan, baju baju dia dengan keperluan lain lagi. Tak cukup katanya, haritu takut overweight.
Siap kata aku kahwin nanti sila skype dengan dia. Hahaha :')



Takpe lah adik. Belajar rajin rajin di negara orang ya. Kitorang kat sini sentiasa doakan yang terbaik untuk adik. Jangan leka, jangan hanyut, jangan lupa diri. Jaga diri baik baik, doa kami sentiasa mengiringimu.
Hilang dah kawan tidur aku, kawan minum petang aku, kawan cari pasal aku. Eh dua tahun je kot, jangan nak emosi sangat lah yana. hee









Selamat tinggal adikku. We miss you :')
Eh apahal skrin macam kabur kabur je nih? Bye.




6 butterflies concerned.:

Luqman Zakaria said...

Tahniah untuk adik akak!

Nurazira Abd Ghani said...

Awhhhh bayiiii! Saja nak buat saya sedih eyyyy? :'( hahahaha.. I will always pray for the best for you sista... Arghhhh i love you, i miss youuuuhhh!

ikafantasi said...

cantik adik yana..kejap je tu 2thn kn

Wonderful Life with Mary Kay said...

Ya Allah sedihnya entri ni. Menangis gile dah ni. Semoga adik awak berjaya dengan cemerlang di sana.
Tahinah juga dengan kejayaan dia!!

Cik Sibuk said...

Tahniah dpt sambung study oseas..takyah sedih2..nnti bole la honeymoon gi us..dah ada adik kat sana..hehe

Unknown said...

=""""""""(

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com