Followers

Pages

Sunday, September 15, 2013

Patriotik ke?


Assalamualaikum.

Seperti tahun lalu, tahun ini pertandingan kelas paling patriotik masih lagi diadakan sempena bulan kemerdekaan. Kelas 4 zamrud aku tu awal awal tahun je rajin, awal awal tahun je dapat kelas terbersih terceria. Masuk bulan bulan akhir ni assalamualaikum je lah. Takde tempat langsung dah haha. Tapi belum sampai tahap kelas terkotor ok.

Macam tahun lepas, bila ada je pertandingan kelas paling patriotik, aku memang semangat lebih. Ingat lagi 5 zamrud tahun lepas? Tak ingat boleh refer SINI.
Untuk tahun ni aku tak harap lebih pun sebab persaingan dari kelas lain banyak sangat. Diorang siap beli bendera kecil untuk letak kat setiap meja pelajar lagi. Amboi semangat.
Tapi dalam pada tak harap lebih tu, aku bakarkan jugak semangat pelajar 4 zamrud ni. Sikit sikit aku pujuk aku ajak diorang hias kelas sampai satu tahap tu semangat diorang lebih berkobar kobar dari cikgunya ni! wow! eh..









Dan akhirnya kemenangan di tangan kami. Alhamdulillah :)










Jalur gemilang yang penuh di tepi tingkap.











Bendera 1 Malaysia digantung bahagian atas. Macam party. hee












Last minute, jalur gemilang yang besar digantung di sudut belakang kelas.











Semangat kemain lagi. Siap pergi pinjam hammer kat bengkel sebab nak paku bendera luar kelas.











Tulisan cantik ni of course tulisan cikgunya. eh











The best part ever. Aku rasa tingkap ni ialah punca. Dari jauh pun boleh nampak. Balut cermin tu satu satu guna kertas berwarna. Sila ambil peduli ya bahawa lukisan bulan dan bintang itu cikgunya yang lukis. (tumpang glamour)
Aku just bagitahu aku nak kelas ni macam ni macam ni dan alhamdulillah pelajar 4 zamrud semuanya pun rajin. Walaupun mereka selalu disebut sebut tentang kedegilan diorang tapi sebenarnya keistimewaan diorang kat sini. Mereka ni kreatif, sukakan kerja kerja fizikal macam ni. Aku cakap je terus benda tu ada. Kelas paling akhir paling jahat (kata orang ramai padahal tak pun) ni buruk baik pun, anak murid aku juga. Orang mengata sana sini pun, tak banyak tapi surely ada sikit terkesan kat hati aku sebagai guru tingkatan diorang. Dah nasib aku pegang kelas macam ni dari mula posting lagi kan. 










Dan alhamdulillah kemenangan itu milik kelas paling 'jahat' ini jua. Tahniah 4 zamrudku. Walau kamu semua dikata macam macam, cikgu faham hati kamu semua. Teruskan perjuangan.
Usaha yang gigih pasti mencapai kejayaan. Setiap manusia sama, yang penting usaha kita. Tahniah :)







0 butterflies concerned.:

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com