Followers

Pages

Thursday, September 5, 2013

Poor you, my Zaza :(



Assalamualaikum.

Masa balik dari kenduri Una haritu, Zaza accident. Dah sampai Melaka dah masa tu, dah sampai simpang nak masuk lorong shortcut ke rumah Afzan, tak memasal je tiba tiba seekor babi keluar dari semak lalu merempuh zaza. Kitorang slow je sebab nak belok kiri kan. 'Bedebuk' bunyinya. 


Apa tu?

Babi la..

Mana mana?

Dia dah lari dah. Tak nampak ke?

Tak nampak ponn...


Hahaha ingat babi tu nak tunggu tunggu ke? Lepas je babi tu langgar zaza, terus dia masuk semak sebelah jalan sana. Aku tak nampak, Afzan je yang nampak. Macam takde effect je bagi babi tu tau. Hampeh sungguh lah. Bunyi macam sikit je tapi habis zaza tau.








Ha ambik. Kurang ajar betul babi ni. Sakit je hati aku mengenangkan babi tu. Ggrrrr
Babi tunggal tu boleh tahan besar jugak. Kuat pulak tu. Dia baru lepas berkubang agaknya. Habis berlumpur si zaza. 










Dah satu kerja pulak nak menyamak. Nasib baik masa langgar babi tu Afzan ada. Kalau aku sorang tah mana lah hala tuju aku agaknya haha :p
Lewat petang dah masa tu. Terus Afzan kata tukar kereta. Dia tolong repair kereta aku, aku guna kereta dia. Mula mula macam eh betul ke ni?? Macam mimpi pulak. Ingat senang lelaki nak bagi  perempuan pinjam kereta dia? Alahaiiii :))
Tapi kejap kejap kalau call tanya kereta okay tak ada masalah tak. Hahaha mesti tak senang duduk dia selama aku pakai kereta dia. :p











Zaza dah jadi panda. hee
Dua minggu jugak zaza ada dengan Afzan. Afzan pulak sekarang tengah kursus. So takde masa nak bawak zaza pergi spray.












Aku pun dua minggu lah berulang balik Gemas dengan kereta Afzan. Best lah pakai kereta orang ni. Lajuuuuu. Kalau kat highway sampai tak sedar dah 150km/j. Boleh racing racing. kekeke :p
Zaza dah kembali seperti sedia kala masuk minggu ketiga. Kerugian lebih kurang RM300++. Semata mata sebab babi. Ahaiii lah nasib.











Bye kereta laju :)




3 butterflies concerned.:

Dzureen Darwis said...

Uih kuatnya babi tu :o

luqman zakaria said...

babi betul lah babi tuh..eh!eh! xpasal2 habis duit byk...dugaan betul :)

atiera said...

hehe. sian zaza. angkara vavi utan..

Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com