alhamdulillah..
berakhir sudah semuanya.:)
Hari itu aku bangun pukul 5 pagi. Begitu semangat.hehehe
Dalam kul 6.30 macam tu baru gerak dari rumah. Hantar adik kat kgv dulu then baru terus ke putrajaya.
Sampai SMK Putrajaya presint 14(1) dalam pukul 7.30 pagi.
Rupanya dah ramai yang sampai awal.
Sesi check-check nama mula berjalan. Aku akan ditemuduga oleh panel 2 maksudnya panel di bilik 2.
Semuanya ada 11 panel.
Tapi yang tak best nya, nama aku dalam list kat panel 2 ialah no 28. Last sekali!
Paling tak suka jadi orang first or orang last.
Tapi takpe aku berfikiran positif masa tu.* muntah
Ujian insak bermula.
Aku jawab seteliti mungkin sebab soalan agak tough.
Menguji kewarasan minda aku.
Nasib baik aku dah set minda aku ni waras sejak 2, 3 hari lepas.huhu
Selesai insak,
Masa untuk tunggu turn masuk bilik panel.
Masa tu baru orang ke 9 yang tengah ditemuduga.
Kau bayangkan la aku orang ke 28. Okay sangat perlu bersabar disitu.
Jam dah pukul 1.00 tengah hari.
Panel 2 tu rupanya agak skema. Lama jugak dia interview patut pun lambat sangat.
Panel lain siap dah setel 28 calon ditemuduga.
Fuhh dugaan betul.
Pukul 4 petang baru orang yang ke 20.
Aku ni siap make up dah cair tau tak,
Lipstik pudar sudah, muka mulai minyak sikit, tudung pun dah mula bertukar bulat.hahaha hampeh je.
Takpe, aku sabar lagi.
Isu semasa, info-info..jangan cakap lah.
Semua dah naik tepu kat otak aku ni.
Semua aku hafal dah termasuk NKRA, PIPP, nama-nama menteri bagai, sekolah wawasan, sekolah bestari, sekolah kluster, transformasi power rangers semua aku tiba-tiba dah tau.hahaha
Pukul 4.50 petang baru turn aku sampai.phewww.
YES PEREMPUAN MELAYU TERAKHIR, PALING AKHIR, CANTIK PULAK TU...
haa nasib baik korang puji aku.sejuk sikit hati yang dah lama gila tunggu ni.
hehehehe. ;p
Aku mula perkenalkan diri,angkat bakul sikit..
Cerita pasal aku join kadet polis sampai peringkat bla bla...join bola tampar wakil u bla blaa..join kelab kembara naik gunung bla bla..ada pengalaman mengajar..and so on lah kan..
Kecoh gila ok, dah lewat petang pun banyak gak soalan aku kena.
Hampeh betol.
Pendapat tentang gagasan 1 Malaysia,
Maksud falsafah pendidikan kebangsaan,
Bagaimana nak mengajar subjek kejuruteraan awam pada murid-murid yang malas,
Isu UPSR dan PMR mansuh..
Okay memang banyak nasib baik aku dapat jawab dengan smooth n clearly..cewahhh ;p
Alhamdulillah semoga semuanya menjadi bunga di hati penemuduga.
Dan semoga aku dipostingkan awal n di sekitar negeri sembilan sahaja.
I nak kumpul duit nak kawin okeyyy hahahaha.
Niat baik takpe. ;p
Kempen Hartanah Bumiputera Matrix
4 days ago
8 butterflies concerned.:
intebiu apa neh eh sista?
semoga berjaya okayy.
yeay.
(^___^)v
semoga berjaya juga!!!
kawan saya pun pergi gak temuduga
best!
thumbs up!
Nak Tart yang best tu leh? :)
drunbella,
intebiu cekgu cekgi.
thanks..pray 4 me k? :)
mofasad,
kawan awak mungkin kawan saya juga.
kirim salam dia ye. :)
mira,
thanks darl..pray 4 me cepat2 posting tau? :)
kampungku2u,
bleh2.meh datang semban. :)
Post a Comment