Followers

Pages

Monday, May 28, 2012

yeay! sorang lagi kawan kite dah kawen




Assalamualaikum.

Maka hari semalam tertunailah juga hajat aku nak berjumpa si Zira di majlis perkahwinan dia. Ingat lagi siapa Zira? Kawan PLKN yang pernah aku bebelkan dulu. Meh klik ---> SINI. Tapi aku pergi belah Bob kat Sikamat sana. Datang kenduri tu memang semata-mata nak jumpa Zira je. Tu je hajat aku. Memang tak mengharap nak jumpa kawan-kawan lain sebab aku yakin takde pun yang datang. Nurul pun dah datang kenduri belah Zira last week kan. So memang saja datang lewat-lewat sikit supaya semua dah lengang boleh nak gosip-gosip lama sikit. :p


Sampai-sampai sana, kompang pun belum ok. hahaha. Dasar lambat pasukan kompangnye. So aku terjah pengantin terus kat bilik pengantin. :)






Cak! Selamat pengantin baru buat Zira dan Bob.
Serba hijau pengantin kita. Comel sangat Zira. :)
Si pengantin lelaki, Bob tu kawan masa aku duduk berek dulu. So dua-dua pun aku kenal. Mula-mula nak bergambar, Zira kemain tau tak bagi aku duduk tengah-tengah konon pemisah antara diorang. ekekeke..
Alahai Bob tu aku lempang-lempang je Zira, tak payah ko nak jeles sangat eh. hehe..







Bob tu pulak marah aku tulis nama dia Bob. Dia kata dia tak terima hadiah ni sebab aku tulis Bob. Ewah kan. Mengada betul. Bob ke Faizal ke tetap orang yang sama kan. Gedik betul dah besar taknak mengaku nama ko Bob. Padahal masa kecik-kecik nama Bob tu lah yang ko banggakan. kan? :p (ampunn Bob!)


Malam tu, Nurul kemain excited sms aku tanya pasal Zira. Macam mana kenduri lah. Zira borak apa masa jumpa aku lah. Minah tu memang excited terlebih tau. huhu...








Ni gambar Nurul masa dia datang kenduri belah Zira last week. Cantik betul sayang i dua-dua ketul ni. :)








Gambar lama. :')
Semoga ikatan ini kekal ke akhirnya. Love both of you.



Sunday, May 27, 2012

Apakah Cerita Perodua Anda?


Assalamualaikum.

Apakah Cerita Perodua Anda? Saya juga taknak ketinggalan untuk berkongsi cerita tentang Perodua saya. :)
Kereta Perodua semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kan. Mana pun kita pergi pasti kita akan jumpa kereta Perodua menyusur megah di atas jalan raya. Betapa rakyat Malaysia memang menyokong kereta buatan tempatan kerana rekabentuknya yang cantik serta harganya yang mampu milik.







Saya memilih Perodua Alza (Zaza) sebagai kereta pertama saya. Pada awalnya saya bercadang untuk memiliki Perodua Myvi kerana keluaran myvi ada yang berwarna pink. (hehehe..boleh ke alasan macam tu?).
Tetapi selepas difikir-fikirkan semula, maka saya memilih Alza. Memang tepat pilihan saya memilih mini mpv ini kerana saya sentiasa rasa selesa ketika memandunya.








Saya paling sukakan dashboard Zaza ni. Terletak cantik je radio, air-cond dan gear dia tu.









Barang juga boleh sumbat banyak.









Paling best bila berjalan jauh. Boleh buat senaman regangan sikit kalau dah lenguh-lenguh badan. (Luas katanya kan..ekeke..) Perodua Alza juga jimat minyak. Itu paling saya suka! :)








Perkhidmatan Perodua memang terbaik. Setiap kali saya menghantar Zaza untuk servis, layanan mereka di pusat servis Perodua sentiasa mesra pelanggan. Perkhidmatan televisyen, membancuh air panas, surat khabar dan majalah, tandas, surau serta khidmat nasihat disediakan untuk pengguna sementara menunggu kenderaan masing-masing siap diservis. Zaza saya pernah mengalami masalah air-cond berbau. Setelah aduan dibuat, sepantas kilat masalah tersebut dapat diatasi. Terima kasih Perodua! :)







Pihak Perodua juga ada menghantar surat kepada pelanggan untuk mendapatkan feedback berkaitan dengan apa-apa juga masalah kereta daripada pelanggan mereka. Tapi di belakang surat tersebut...eh? It's service time? Mana diorang tahu? Canggih la Perodua ni! hehehe...
Terima kasih Perodua kerana mengeluarkan kereta Malaysia yang versatile macam Zaza ni. saya sangat berpuas hati memiliki kenderaan berjenama Perodua.







Anda pemilik kenderaan Perodua? Jom kongsikan cerita Perodua anda dan hantarkan ke www.peroduastory.com.my
:)









Wednesday, May 23, 2012

Gegurl's day out



Assalamualaikum.

Minggu nak sambut hari guru tu kan i dah bising-bising tak boleh balik Seremban sebab ade ladap kan. So memang awal-awal dah plan nak jalan-jalan cuci purse. Kebetulan ada lagi antara kitorang yang belum cari baju color purple (baju purple memang dah ada tapi yang gojes belum ada..ekekeke). Maka jom ke Melaka  lah kita bersama-sama mencari. :p








Inilah gegurls (gedik betul bunyinya kan?haha). Sumbat semua naik Zaza. Kita pilih yang anak-anak dara je supaya pergerakan jadi lancar. Takde sape nak marah ko nak balik pukul berapa pun.









Housemate :)









Air ada 4 padahal orang ada 5? Ohh..lagi sorang tu order plain water je pastu rasa tak layak nak sertai air-air manis yang lain. *tetiba 



Pastu merayau lah kitorang mencari apa yang patut. Tak cukup jusco, kita terjah pulak tesco kat sebelah tu. :p Masih juga tak jumpa baju purple yang berkenan di hati. Dasar cerewet kan. 








Kalau benda yang dicari tak jumpa, memang jadi serabut kepala kan? So pergi minum petang dulu lah kita. Tetiba kat Kluang pulak kan? hehe..Cawangan aje uols. Teringat zaman belajar kat uthm dulu, Kluang station ni memang best. Roti bakar + kopi dia sedap sangat. Rinduu




Habes minum-minum, mencari pula sampai ke Mydin sana.








Menunggu ahli gegurl ada yang ngetest baju. Sampai terduduk-duduk dalam kedai tu. Punyalah penat seharian berjalan katanya kan. hehe..Nasib baik akhirnya jumpa juga. Bawak ke malam jugak kitorang kat Melaka tu. Mata aku dah rasa pasir-pasir dah. Boleh pulak terlupa bawak bekas contact lense. Merah-merah dah mata sambil drive balik Gemas.(ala-ala menangis gitu kenapa aku yang kena memanduu? hahaha)




Dan hari guru disambut dengan gembira oleh gegurls........... 
(penutup entri yang memang gedik :p)



Bye.



Tuesday, May 22, 2012

Mengidam nak jumpa yana?




Assalamualaikum.

Al kisahnya...Ahad lepas ialah hari perkahwinan Zira,geng aku masa PLKN dulu. Geng 6 jahanam tu. Memang plan nak pergi sebab kebetulan Zira kawen dengan Bob, kawan masa duduk berek dulu. Alahai kecik betul dunia ni. Pusing-pusing situ jugak kan. Tapi kenduri dia hari Ahad pulak, pastu kebetulan adik sakit mata n tak dapat menemani i pergi kenduri tu. Takpe lagi sebab boleh je nak pergi kenduri belah lelaki minggu depan. Dah cuti sekolah pun lagi. Rasa lapang sikit nak pergi kan.


Tapi ahli geng lagi sorang, Nurul...asik lah tanya aku pergi ke tak pergi ke tak. Sebulan sebelum pun dah tanya tanya kat facebook tau. Seminggu sebelum asik duk sms aku yana datang lah yana datang lah. Aku pulak jadi serba salah nak jawab apa tau.


Lepas Nurul pergi kenduri Zira, terus dia call aku tanya kenapa tak datang. Nak kena jawab buat kali ke seratus agaknya pompuan tu tau. hehehe...Pastu dia buat ayat touching..jom lah jumpa. Aku dah mengandung anak kedua dah ni ko tak jumpa-jumpa lagi irfan (anak pertama dia).
Aku mula lah resah. Mengandung kan dia tu? Permintaan dia yang nak sangat jumpa aku tu kira mengidam ke ha? Dah la malam sebelum tu kan, dia hantar sms lagi nak confirmkan aku datang ke tak.

Terus tak sampai hati.

Yelah yelah kita jumpa ye sayang. Tapi i tak boleh lama. Pukul 5 i nak kena drive balik Gemas da.








Tengok situuuu. Ewah kan.
Inilah Nurul. Kawan rapat i masa di PLKN dulu. Ada lagi 4 orang sebenarnya. Semua orang panggil kitorang 6 jahanam. Eleh jahanam konon padahal semua enam enam tu gojes tau? eh...







Anak Nurul tu comel. Irfan nama dia. Comel sangat ok. Sebijik ikut muka ibu dia :)








"Auntie ambik kasut Irfan ye?"

Tak reti duduk diam tau si kecik ni. Sampai kasut pun tertanggal-tanggal.







Terima kasih Nurul sebab sentiasa sudi jadi kawan aku walau kadangkala tak terlayan message kat facebook tu. heee...
Terima kasih juga sebab kau mengidam sangat nak jumpa aku. Tu tandanya anak kau nanti confirm baby girl dan confirm juga akan comel macam aku. eh..
Ada rezeki kita jumpa lagi ye :)




* Semua gambar diambil dengan lense baru abang i. Baru beli untuk majlis pertunangan dia sikit masa lagi. I curi-curi guna. Syhhhhh tau...
* Kepada Yanti yang sangat dirindui, sekarang i teringin sangat nak jumpa Ziyad....huhuhu...




tak sentap



I janji tak mengada-ngada lagi pasni.
Nak sentap sentap bagai.
hehehe..
:p

Monday, May 21, 2012

Sentap.



Takde mood langsung nak update blog sekarang ni.
Macam takde yang bace je.
Entri lepas pun senyap gitu je takde respon dari sesape.
Tak semangat tahu?


Kbye.

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru!



Assalamualaikum.

Selamat hari guru buat semua cikgu yang pernah mengajar saya terutama cikgu-cikgu dari SK Temiang, Seremban. SMK King George V, Seremban dan SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban. Serta tak lupa juga buat pensyarah-pensyarah yang boleh juga digelar sebagai guru kerana pernah mendidik saya dan juga kepada semua guru-guru di Malaysia :)

Terpaling istimewa buat emak saya, kerana dari saya kecil sehingga ke saat ini beliaulah 'cikgu' yang tersangat  banyak mengajar saya erti kehidupan.

Tak lupa juga buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berjuang sehingga kini bergelar seorang cikgu. :)


Hamboi. Ucapan kemain macam nak buat salam perantauan je kan. haha..:p
So semalam ialah hari guru dan telah selamat disambut dengan meriahnya. 







Ini ialah Cikgu Liana semasa hari guru. :)
Ehem. Anugerah guru paling anggun bergaya masih i pegang ok. :p








Ucapan sms dari Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat kitee. :)








Dan ucapan yang paling dicintai. Boleh? hehe.. :p



Nanti i cerita pasal sambutan hari guru di sekolah i semalam ye. Tungguu... :)





Saturday, May 12, 2012

Tahniah Zaki & Yun!




Assalamualaikum.

Magic sangat minggu ni sebab aku tak balik Seremban. Pagi tadi ada ladap (latihan dalam perkhidmatan). Kalau semata-mata ada ladap tu je memang habes ladap terus cargas je drive balik Seremban. Tapi ada jemputan kahwin kawan masa UTHM dulu. Dapat pulak dua-dua memang classmate. Lagi mendapat bila alamat kendurinye memang dekat sangat dengan sekolah aku. Dekat Felda Pasir Besar sana. Perjalanan dari sekolah dalam 10 minit gitu lah. So, lepas habes ladap dalam pukul 12.30 tengah hari, terus ada latihan persembahan guru untuk sambutan hari guru rabu ni nanti. Habes latihan dalam pukul 1.30 macam tu, terus zass kita ke kenduri Zaki dan Yun.







Sampai-sampai, pengantin tengah bersanding. So kita tulis ucapan dulu kat buku kahwin diorang yang vogue :)








Ewah wah wah. :p








Pastu jumpa pengantins. Ambik-ambik gambar. Masa samapi tu, sempat jumpa dengan encik Bachok bersama isteri. Tapi tak sempat bergambar. huhu...
Sempat bergambar dengan pasangan Yat dan Zaimi aje. Ehemm bila lah agaknya diorang punya turn ye..hehe..


Uols jangan meragui kenapa gambar dengan pengantin jadi begitu 'centre' ye. Kebetulan jumpa anak murid kat kenduri ni, so panggil dia je tolong ambikkan gambar. Ingatkan dia pandai ambik gambar. Rupa-rupanya hasilnya ini. *menangess*



So, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ZAKI DAN YUN. SEMOGA BAHAGIA DAN BERCINTALAH KAMU BERDUA SEHINGGA KE SYURGA YE.
(Yun kelihatan cun tadi <---- uols tak payah nak baca sangat eh. :p)


Byes.




Bapak ku ada jet terbang sini sana







Comel betul lah.
Ada pulak versi jawapan dari perempuan.
hehehe..



Friday, May 11, 2012

Lukisan Pelan Rekabentuk Landskap



Assalamualaikum.

Awal tahun haritu sebenarnya rasa cuak dah mula menyelubungi diri bila memikirkan apa pulak lah aku nak mengajar untuk kelas landskap aku tahun ni. Dah lah tingkatan 5 pulak tu. Ada exam yang penting. Kemain study lagi mengalahkan pelajar. Diorang kena buat rekabentuk landskap. Ada lukisan-lukisan. 
Ha dengar je ada lukisan dah mula lega sikit sebab bab lukisan teknik kan memang bidang aku. So agak confident lah nak mengajar kan. Tapi lukisan landskap tak sama dengan lukisan teknik ok. Memang nak kena study dan buat research.








Label untuk cover lukisan pelajar. Tajuk lukisan rekabentuk mestilah direka hasil idea pelajar sendiri. Memula mengarut je diorang nak letak taman cyber lah, landskap pujangga lah, teratak bayu apa benda lah. Last-last aku tolong-tolong sikit maka terhasillah 'Laman Hijau Flora' tu.
(Kalau aku tak tolong memang mendapat tajuk lukisan semua jadi merepek-repek je)









Simbol pokok renek dalam pelan landskap.









Simbol pokok.









Ni pulak simbol untuk batu ke siar kaki ke atau apa-apa komponen tambahan dalam pelan.










So memula diorang kena buat sesi lawatan ke tapak dulu. Ukur kawasan dan catat apa yang ada dalam kawasan yang nak direkabentuk tu. Then, lukiskan lukisan pelan tapak tu pada kertas lukisan masing-masing mengikut ukuran. 









Lukisan kedua ialah Pelan Inventori dan Analisis. Kena lukis arah matahari terbenam, arah tiupan angin kuat dan perlahan, pemandangan menarik dan tidak menarik. Dan warnakan dengan color yang lite-lite aje.










Then, pelan ketiga ialah Pelan Rajah Buih. Ko reka lah suka hati ko apa benda yang nak diletakkan. Letak kolam ke, simen ferro ke, gerbang malam ke...eh..










Keempat ialah Pelan Konsep. Tukarkan aje nama-nama komponen yang dah didesign tu kepada nama yang lebih saintific. Contohnya pokok pagaran ditukar wording dia tu kepada durantal gold. Begitu...










(Tolong abaikan whiteboard yang buruk. Sila ambil peduli lukisan dan tulisan cikgu yang cantik. Harap maklum)










And lastly, Pelan Induk. Lukisan ni lah susah sikit sebab pelajar kena lukis simbol-simbol dengan betul. Masing-masing punya lukisan lain-lain sebab idea rekaan pun masing-masing punya kan. So, cikgu lah penat sikit kena bagi tumpuan kat sorang-sorang pelajar. Fuhh peluh-peluh i tau. hehe...








Tekun melukis.








Sambil tekun melukis, mulut bergosip. :p







Ni pelajar yang paling mesti buat lukisan depan mata cikgu. Sebab dia sangat lambat nak faham. Tak fasih bahasa melayu. Sangat lah susah nak berkomunikasi dengan dia. Kadang-kadang perlukan orang tengah untuk translatekan bahasa. Tapi aku ok je sebab pelajar ni hormat pada cikgu. :)



Akhirnya lukisan telah siap!
Dan sekarang masa untuk membuat model pulak. :)




Thursday, May 10, 2012

Beauty Review : Charcoal Mask



Assalamualaikum.

Hai uols. Suka pakai mask tak? Kalau kita baca petua kecantikan, pemakaian mask memang tak lari kan? Sebenarnya aku pun tak berapa nak suka pakai mask sebab bila pakai tu rasa macam ada gangguan je kat muka kita pastu takleh bercakap takleh nak gelak. Alasan mengada je kan macam lah ko sentiasa nak bercakap sentiasa nak tergelak tiba-tiba masa pakai mask lah nak buat semua tu. hee


Dulu-dulu rajin jugak pakai mask putih telur tu sebab ala-ala banyak masa terluang tapi sekarang non hado. Kirim salam banyak-banyak pada mask putih telur itu. Tapi sekarang tetiba merindui. :p Walaupun bau dia tak berapa menyenangkan tapi mask semulajadi macam tu lah paling bagus sebab dia kaya dengan protein pastu dapat merawat kulit kita. Tapi tah bila lah nak pakai mask tu lagi. huhuhu...







Cakk!
Sebelum i cerita pasal charcoal mask meh tatap wajah i dulu. Ada banyak whitehead degil. Pastu tangan gatal nak picit-picit pastu tinggal kesan pastu tinggal parut pulak. So berialah i search pasal mask yang berupaya menanggalkan whitehead-whitehead degil itu. (Malas nak buat mask putih telur, nak mask yang terus pakai aje)








Taraaa.
Inilah charcoal mask dari Jepun yang best. Boleh tahan dia punya keberkesanan kalau pakai dengan cara yang betul iaitu pakai secara tebal dan biarkan dia betul-betul kering.
Masa nak tanggalkan mask tu memang rasa best sangat. Kulit rasa lembut je. Insyaallah boleh tanggal jugak whitehead yang ko bisingkan sangat tu. :p


I beli charcoal mask ni secara online. Dalam RM13 macam tu. Bila dikaji-kaji rupanya kat kedai Daiso Japan tu dijual dengan harga hanya RM5 SAHAJA. Kambing gurun betul penjual internet yang suka ambik untung lebih tu. Sampai hati dia tipu customer yang tak sabar-sabar nak beli sebelum mengkaji ni. :(
Tapi nasib baik RM 13 yang i laburkan tu berbaloi.
So uols, kaji-kaji harga dahulu sebelum membeli di internet ye.



Goodbye whitehead.
Selamat bermasker-masker uols! :)




Wednesday, May 9, 2012

Jomm Murni Discovery, Subang




Assalamualaikum.


Adik dah lama tak balik rumah. Asik busy je. Hujung minggu ada je aktiviti dia kat universiti dia tu. Lagi-lagi nak final exam kan. Lagi lah susah nak balik. So, macam biasa kalau dia tak balik memang ada je plan kitorang nak ke Subang sana. Kalau macam datang awal sikit, jalan-jalan cuci purse mata kat Sunway Pyramid. Kalau dah terlewat sikit nak ke petang tu, datang untuk makan-makan aje lah. So last two weeks, kitorang terjah adik dekat-dekat nak ke petang. So makan lah kitee. Dah lama sangat tak pergi minum petang dengan adik macam dulu-dulu. Rinduu :(







 Ke Murni Discovery Subang aje. Dekat dengan apartment adik. Dekat juga untuk kitorang nak balik nanti. Kawasan situ pantang jumpa waktu petang tau. Asik lah jalan dia nak jam. Dari apartment adik tu nak keluar ke jalan besar pun mahunya sampai setengah jam ok. Punyalah banyak kereta.








So inilah air yang berjaya diorder. Banyak sangat air pelik untuk diorder. Pelik-pelik semuanya. Tapi lagi pelik sebab dalam banyak-banyak air vogue, aku hanya order air nescafe ais. heee
Ya gelas tengah-tengah yang kurus tu ialah air aku. Konon-konon nak feeling kurus. :p








Air pelik. Air i kiss you lah. Air Pink Panther Special lah. Kemain tau.
Dia sebenarnya air campuran buah je. Tapi kan, air pink panther tu rasa dia macam cekodok pisang ok. Geli betol aku nak minum. :p









Adik yang dirindui. *~*








Makan pula i order spagethi meatball. Pinggan dia besar amat. Spagethi pun banyak. Meatball pun banyak. Tapi meatball dia tak boleh lawan meatball kat secret recipe yang rangup tu. Meatball sini dia masak sekali dengan sos spagethi tu so dia agak lembik-lembik gitu. Tak berapa sedap tapi ok jugak lah. 
Tak larat nak habiskan ok. Siap tapau-tapau.







Yang lain pun sama. Makanan dia punyalah banyak. Patutnya boleh share-share je. Tapi siapa nak share kan? Mestilah semua pun tamak. Last-last menangis ko nak habeskan makanan masing-masing. hahaha..




Sekarang adik tengah final exam. Dan dah mula bercuti hujung minggu ni. Tapi i pulak tak boleh balik sebab ada ladap (latihan dalam perkhidmatan). Okbye.




Saturday, May 5, 2012

Purple!



Assalamualaikum.

16 Mei nanti ialah hari guru. Kalau sebut hari guru, memang dalam jiwa ni rasa tak sabar-sabar nak sambut. hehe..
Tahun lepas tema ialah putih. Tahun ni banyak sangat cadangan nak buat tema apa tau. Pastu pulak lambat bagitau keputusan. Semua dah bising-bising eh apa tema tahun ni? Yelah kang lambat-lambat bagitau tak sempat nak pergi cari baju kan. Kalau tak sempat cari baju pun, aku pasti sangat memang tak sempat nak simpan duit. Tetiba eh duit dah habes camne nak beli baju? Kan?


Ada tiga pilihan untuk dipilih iaitu tradisional, baju sekolah atau baju color purple. Of course lah semua pilih purple. Kalau lah tradisional dipilih kan, aku akan pakai moden jugak. *degil
Tradisional kang confirm warne warni punya lah. Semua ikut selera warna kegemaran memasing. Jadi tak nampak macam ada tema lah kan? Baju sekolah pulak aku ok je tapi tak berbaloi nak beli semata-mata nak pakai masa sambutan hari guru tu je pastu nak bawak pakai masa raya pulak ke ko kan? Tidaklah mahu.


Maka color purple menjadi pilihan semua. Color yang cun sikit aje sebab pink ialah cun banyak. hehehe....
So nak beli baju purple yang bagaimana nih?



 Gambar ihsan Google



Pakai dress macam ni bolehhh?
:p




Related Posts with Thumbnails
 
design by suckmylolly.com