Friday, December 30, 2011
rezeki medan maya :)
lovingly created by yana lyana at 10:13 AM 3 butterflies concerned.
Labels: kisah medan maya
Tuesday, December 27, 2011
saya sangat-sangat sedih
lovingly created by yana lyana at 4:09 PM 9 butterflies concerned.
Labels: kucing
Monday, December 26, 2011
Selamat Hari Lahir, Abah
Like father like daughter. Muka aku ada rupa abah tak uols? Ada kan ada kannn....:)
Taraaaa! Inilah hadiah untuk abah dari kitorang 4 beradik untuk harijadi abah pada tahun ini. Kongsi-kongsi duit supaya dapat beli yang wow terus. Alhamdulillah abah pun suka. :)
Selamat Hari Lahir yang ke 20 tahun, abah yang hensem. Hamboi 20 tahun tau. Baru feeling muda sentiasa. ekekeke... :p Semoga panjang umur, sihat sentiasa, murah rezeki dan gembira selalu.
WE LOVE YOU, ABAH:)
lovingly created by yana lyana at 2:08 PM 6 butterflies concerned.
Sunday, December 25, 2011
selamat pulang abang!
Pami cakap dia sampai pukul 4 petang. Semangat ok kitorang tunggu dia. Macam lah tak jumpa lima tahun. Menyampah je kan siap nak sambut beria macam tu. hehe...
(psssst..cantik tak handbag Charles & Keith i tuu? Sayang sangat ok sebab i suka design dia yang ala-ala datin gitu.. Feeling tau. Hehe sempatt :p)
Alolo..
Yelah..Sweet lah..Sweet.. :)
Tukang menghulurkan sijil tu pun mat salleh. Jeles lagi. hahaha..:p
Aloh alohh comel. Siap kelopak-kelopak rose segala. :)
Aku ambik je gambar ni dari kamera so jangan tanya apa-apa eh uols. :p
Tahniah buat Effy sebab dah berjaya menamatkan pengajian di Aussie sana. Aku pun tumpang bangga untuk kejayaan ni. Semoga adik mengikut jejak langkah yang macam mustahil je aku jejaki ni. hehe..
Happy for you, Effy. :)
Eh?
Tetiba rasa nak lempang.
ekekeke... :p
Bye uols.
lovingly created by yana lyana at 12:07 AM 19 butterflies concerned.
Friday, December 23, 2011
Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan SPM
Assalamualaikum.
Kali ni nak kongsi dengan uols pengalaman aku menjaga peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula. Rata-rata pelajar yang mengambil SPM ialah berada dalam lingkungan umur 17 ke 18 tahun. Umur macam ni dah cukup besar sebagai manusia dan boleh berfikir secara matang.
Aku ditugaskan untuk menjadi pengawas peperiksaan SPM untuk tahun ini. Mula-mula taknak sebab mengganggu masa cuti akhir tahun. Tapi memikirkan aku ni masih free takde tanggungjawab lain seperti ada suami dan anak-anak, maka aku setuju juga untuk memikul tanggungjawab ini. Mula-mula agak berat tapi lama-lama rasa seronok pulak. :)
Kali ni aku dapat sekolah yang agak jauh sedikit berbanding masa aku jaga PMR haritu. Melalui pokok-pokok, hutan-hutan sikit, kampung-kampung, selisih dengan pakcik nak pergi menoreh getah, menahan marah kepada monyet yang main kejar-kejar atas jalan raya..agak mencabar. hehe..
Sekolah tu agak besar, student pun ramai. Maka, peperiksaan dijalankan di dalam dewan besar sekolah tersebut. Rakan-rakan yang sama-sama menjaga kebetulan semua muda-muda belaka.
Hari pertama aku jaga, paling aku ingat muka student semua baik je. Macam tak pernah buat salah, disiplin terkawal, senyap je. Tapi tu mula-mula je, masa edar kertas yang pertama diorang diam je, ontok je kat tempat duduk memasing.
Bila tiba masa nak kutip kertas jawapan....ha dah mula dahhh. Kita kutip kertas jawapan ikut row kan. Ikut angka giliran. So memang kena slow lah kutip dari satu meja ke meja yang lain. Masa aku kutip kertas kat satu row ni, sorang murid ni bersuara....
terima kasih kak..datang lah lagi...
Dengan suara gatal dia uols. Tu yang aku tak boleh blah tu. Aku pun terus toleh kat dia dan sembur sekali..
apa datang lagi? jangan nak main-main!
Dia sengih-sengih.
garangnye..
Hamboi kemain berani kau ye. Tak kuasa aku nak layan. Banyak lagi kertas jawapan aku nak kutip.
Tapi aku tak biarkan begitu je uols. Kalau biar lagi dia berani nanti kan. So, bila paper kedua bermula, masa diorang tengah menjawab tu, tugas pengawas ialah check slip kemasukan dan kad pengenalan. So aku pilih row student gatal tadi. Bila tiba kat tempat dia, aku stay lama. Aku belek ic dengan slip dia. Pastu aku diri je depan dia tengok karangan yang dia tulis tu. Menggelabah terus. Tak tentu arah dia nak pandang mana. Bila dia pandang muka aku, aku jegilkan mata je. Paper yang lain pun, masa nak edar ke masa nak kutip ke bila tiba kat dia memang aku pandang tajam je kat dia. Muka ketat habes uols.
Sejak dari tu, paper yang lain memang tak berani bersuara dah dia bila aku datang kutip kertas jawapan. Nak pandang aku pun takut. Bagus! :p
Kebanyakan pelajar perempuan datang jawab exam macam nak pergi konsert. Bergaya sakan. Make up bagai uols. Siap bereye-liner, bereye-shadow, tudung dah lah pendek yang amat siap pakai pin berjurai-jurai tu tau. Kemain lagi. Pelajar lelaki pulak bersongkok sebab nak tutup rambut. Rambut panjang, konon mat rempit. Siap karat lagi uols. Dah macam artis korea dah aku tengok. 'anyeong haseyo'... Nak aje aku cakap camtu tapi takut diorang tak faham pulak bahasa-bahasa korea ni. Tak memasal je dah memalukan diri sendiri kan..ekekeke :p
Ada sorang pelajar ni lagi best, masa tu dah seminggu kot SPM berjalan. Paper pagi dah settle. Bila nak masuk paper kedua, tetiba sorang pelajar perempuan ni keluar dewan dan mengamuk-ngamuk. Siap campak kalkulator dengan alat tulis dia sekali. Kemain tau. Aku pun berkejar lah kat dia. Tanya kenapa dia menangis mengamuk macam tu. Dia kata dia kena gangguan seksual, malu nak masuk dewan. Bila dah siasat siapa yang buat gangguan tu, dia cakap orang tu ada dalam kereta. Kereta mana entah. Padahal kereta-kereta kat situ semua kereta pengawas yang jaga exam je uols. Memang psycho budak ni. Tetiba dia nak balik. Sampai ke sudah tak datang-datang. Kad pengenalan dia semua tu ada kat ketua pengawas. Aku syak budak tu memang ada masalah remaja. Dah terjebak ke hape ke tiada lah aku ambik tahu.
Kes pelajar masuk dewan lewat pun ada. Kalau ikutkan, lewat setengah jam pun tak dibenarkan masuk dewan peperiksaan. Tapi kita tak lah sekejam itu kan uols. Kesian pulak kalau pelajar tu tertidur ke apa ke kan. Tapi ada satu pelajar ni uols, datang lewat sejam uols. Pelik jugak kan. Masuk dewan mata merah je macam tak sihat. Rupanya dia baru lepas kehilangan ayah dia. Ayah dia baru meninggal dunia. Kesian sangat-sangat aku tengok pelajar tu. Masa tu paper Pendidikan Seni Visual. Dia lukis-lukis dan warna sikit je pastu dia angkat tangan mintak keluar. Dia cakap ayah dia belum dikebumikan lagi. Dia nak pergi tengok ayah dia. Sebak ok masa tu. :'(
Pelajar keluar awal jangan cakap lah. Memang berlumba lumba diorang ni nak keluar awal padahal jawab entah apa-apa. Siap tak jawab langsung pun ada ok. Dah la tak jawab, boleh pulak tinggalkan nota 'matilorh akuew x dpt jwb' (matilah aku tak dapat jawab). Boleh pulak macam tu kan. :p
Paper matematik kan kita ada bagi helaian tambahan untuk pelajar buat kira-kira kan uols. Kan helaian tambahan tu nanti tak payah hantar kan. Kena gumpal-gumpalkan dan buang kan. Boleh pulak sorang pelajar ni kan, dia tinggalkan kertas tu siap lengkap tulis nombor kad pengenalan, nombor angka giliran segala. Paling tak boleh blah bila dia tulis Nama Kertas : Matematik kertas conteng. (apakah?) hehehe...
Aku tak faham dengan pelajar yang sebok sangat mintak keluar awal tu. Dah keluar awal bukan nak balik rumah ke apa ke. Diorang boleh berkumpul ramai-ramai atas motor masing-masing pastu duk bising-bising press minyak. Mengaum lah bunyi nya kan uols? Kau ingat kau dah merdeka sangat ke? Hadoi. Perangai macam apa je. Langsung tak risaukan masa depan sendiri.
Tak faham. Tak fahamm.
Jadi penat jaga SPM ni sebab tempoh dia lama. Penat sangat nak tunggu. Kadang tu selang sehari, kadang tu selang seminggu. Ikut sukati dia je tau. Kalau rumah aku sejengkal ke takpe jugak, ni jauh haa. Nak stay aje kat Gemas ni pun, boleh hang otak. :p Tapi alhamdulillah berjaya juga aku lalui. Last paper tu, aku pulak kemain excited nak merdeka. Over kan. heee
Minggu depan nak balik Gemas dah. Mesyuarat itu mesyuarat ini post mortem segala.
Baiklah. Tunai tetap saya tunaikan.....:)
Entri berkaitan : Pengalaman Menjadi Pengawas Peperiksaan PMR
lovingly created by yana lyana at 11:50 PM 24 butterflies concerned.
Labels: career focus, pengalaman baru
preloved dress for sale
Status : Available
Status : Available
Status : SOLD
Status : SOLD
Status : Available
lovingly created by yana lyana at 12:39 PM 0 butterflies concerned.
Labels: online sale, preloved
Wednesday, December 21, 2011
wordless wednesday : Meluncur Ais
Gembiranya kau di situ.
hehehe... :D
* kisah ice-skating
p/s : Jom beli preloved kebaya cun melecun!
lovingly created by yana lyana at 11:21 AM 4 butterflies concerned.
Labels: pengalaman baru, sibling, wordless wednesday
Sunday, December 18, 2011
Pre-loved Kebaya For Sale
lovingly created by yana lyana at 10:25 PM 13 butterflies concerned.
Labels: online sale, preloved
Thursday, December 15, 2011
Exchange Link
:)
lovingly created by yana lyana at 6:28 PM 8 butterflies concerned.
Labels: kisah medan maya
ber'ice skating lah kite
Haruslah pergi makan dulu. Menambah tenaga katanya uolss. hehe...
Makan. Makan. Makan.
Sana sini ada pokok krismas. Kemain tau siap ada efek salji lah apa. Pastu ada persembahan sempena krismas semua tu. Meriah amat.
Oh. Ada yang perasan tak adik dah berubah? Ada tak ada tak? Aku pun tak tahu nak cerita macam mana. hehe...
Alhamdulillah... :)
Ehem. Kau ada? hehe..
Ok cukup. Nak cerita pasal ice skating ke pasal krismas ntah yana ni.
Masa kitorang sampai kat level ice skating tu, boleh tahan ramai juga. Yang tengah meluncur ramai, yang tengah berehat selepas meluncur ramai, yang menonton lagi lah ramai. Nervous ok. hehe..Dah lama aku tinggalkan rollerblade. Masa duduk kat berek, masa zaman kanak-kanak dulu boleh tahan power jugak main rollerblade. Zup sana zup sini. Eh...
So, macam yakin je lah meluncur kat ais ni pun mesti feeling dia lebih kurang aje dengan main rollerblade kan.
Oh. kena pakai glove juga. Tapi sebelum masuk level ice skating ni, kitorang pergi beli glove ni kat kedai 5 ringgit dulu. hehe..Beli kat luar boleh pilih glove ikut kesukaan kita kan. Dan mine haruslah pinky-pinky gitu. :)
Naim mula-mula ikat ala-ala aje. Tak ketat. Pastu tak ikat sampai atas. Degil ok.
Bila dah masuk gelanggang ais tu, dah meluncur seround, mula lah sakit kaki lah bagai. Kena keluar betulkan kasut dia tu. Lepas betulkan kasut Naim, teruslah weols zup sana zupp sini. hehehe...
Mula-mula berpaut aje kat tepi-tepi. Sebab licin gila uols. Letak kaki aje dah berjalan je macam angin tau. Kalau tak imbang badan memang sedap lah jatuh aje kejenye. hehe..Aku jatuh dua kali uols. Dah la masa jatuh tu, lantai agak banyak air. Mendapat lah aku kan seluar abes basah. Heee :p
Tapi seronok sangat! :)
Ni dah kepenatan. hahaha...:p
Serius penat ok. Kaki rasa lenguh.
Adik-adik pun kepenatan. hehe..Pastu dah takmo masuk dah. Kita keluar aje lah. Puas juga dapat meluncur dalam 3 jam macam tu lah. Berbaloi-baloi. :)
Matahari pun dah otw nak balik tu. Jom lah ikut jejak matahari. hee
Hari yang sungguh menyeronokkan! :)
Bye.
lovingly created by yana lyana at 11:25 AM 10 butterflies concerned.
Labels: makan-makan, manis, sibling