Okay aku juga jadi teruja nak buat entri pasal kemba..hehehe..
Masa awal-awal kat universiti dulu aku tak rapat pun ngan kemba ni.
Kenal-kenal macam tu je yela dah nama pun classmate kan. heee
Satu hari, time kelas apa tah aku duduk sebelah kemba then aku terbaca email dia ada nombor 9887.
Aku memang familiar lah kan dengan nombor tu dah tentu birthday aku.
Bila dirisik (cehh) rupanya birthday kitorang sama.
Teruja gila masa tu.
Yela macam tak sangka ada orang yang sama birthday tapi dekat pulak tu kan.
Sejak tu kot aku dah tak reti nak ber aku kau dengan dia. hahaha tah pesal tah. ;p
Tiba-tiba jadi ber saya kamu.
Kiut kan macam couple. *muntah
kekeke..
Panggilan 'kemba' tu macam tiba-tiba je dah ade aku tak tau mana asal usul nya.
Budak-budak lain la kot yang bagi gelaran tu.heheh
Aku layankan je tapi lama-lama melekat pulak. ;)
Ramai kata muka kitorang ada iras.
Tang senyuman yang paling sama rasanya.
Aku pun tak tau sebab pandangan orang kan lain-lain.
Last year,
masa buat projek sarjana muda,
kebetulan projek aku dengan kemba lebih kurang je.
Aku buat bancuhan konkrit letak kertas, kemba pulak letak sabut kelapa.
So, banyak kali juga la kami bersatu padu menjadi buruh kat makmal bahan tu.
hehehe..
Jadi pergi ke makmal kadang-kadang pegi sama.
Aku ambik dia kat hostel naik skuter ego aku tu..
hahaha mesti kamu seram kan naik moto ngan saye?
Aku tak bape reti sebenarnya naik motor tau tak. Bawak tu pun aku main bawak je sebab skuter kan,,,,
Kalau bagi motor ada gear memang tak jalan la jawabnye.hehehehe..
Aku ingat lagi 2 tahun lepas,
Masa malam birthday aku, aku kat JB rasanya ada training volleyball.
So, balik hostel esoknye tengok-tengok ada muffin coklat dari kemba. Wish dia plak tampal kat board pink aku. hehehe sweeeet!
Last year pun sempat bagi shawl kat dia.
Tahun ni kitorang dah takde kat UTHM tu.
Jadi time birthday memang masing-masing di rumah sendiri lah kan.
Jadi aku rasa pos ekspres je la yang mampu. ;)
AKU MINAT LV.
Ape saja lah memang aku suka tak kira purse, beg, cermin pack aku pun lv sebab dah suka sangat kan.heee
So, masa jenjalan kat jj nak carik barang untuk kemba,
Aku nampak mafla lv.
First time tengok dah terpikat dah mula rasa tamak nak beli untuk diri sendiri tapi adik halang sebab aku dah ada mafla lv beli kat kuantan masa latihan mengajar dulu.
Tapi rasa sayang pulak tak beli takut orang lain beli..hahaha boleh? ;p
Jadi harus juga ku belikan untuk kemba.
Color merah pulak memang sesuai la kemba suka merah. kan kamu?
i tak sempat ambik gambar, i curik dari blog kamu je lah ye..;p
Ha yang paling tak boleh blah,
Kss ada sorang kawan yang ada iras muka cam dia tengah single. (haha tengah single kauu maknanya akan tak single?)
Pastu dia suruh aku carikkan someone yang boleh menjadi ratu hatinya lah kan.
Konon-konon ni confirm nak buat bini so kena carikkan yang perfect. hahaha jadahnya! kelakar bila ingat balik.
Aku memang takde cadangan lain memang aku cadangkan kemba je.kekeke..
Tapi sayangnya kemba dah ade steady bf.
(vanemi kalau kau baca ni mahapkan daku tau.lalalaa..)
So, tiada jodoh lah antara mereka. :p
Bf kemba pun hensem jugak ala-ala hero hindustan amir khan gitu.. ;)
Ishh makin merepek di situ.
Cukup rasanya sampai sini.hehehe..
kemba,
semoga kita sentiasa menjadi kemba sejati..*tiba-tiba
* HA ADA KEMBA BEST TAU. KORANG YANG BACA NI ADAA? ;P
10 butterflies concerned.:
huhuhu..aku ade gak..rumate aku..lahir lain tahun lain bulan dan lain hari..tp muka same..nama ayah pon lain...haha
syg kamu.hehe. :p
oong-ong,
haha.serius?
best kan ada kawan muka sama?
huhu
kemba,
syg kamu juge. ;p
Bagusnya jumpa kemba da besar2 ni.. hik hik.. Yana n Ema..
hihi..kelakar la cikgu oii
saya ada!!!!!
saya ada kembar!!!
lalalala~
jgn riak..
:D
mya,
bagus kan kan?best.
hehehe. :)
nenek,
ape yang kelakarnye nenek oii.
hikhik. :p
zue,
i tau tu.upps jgn riak.
:D
Post a Comment